Carian

Raya belah mana tahun ni?

Assalamualaikum.
Minggu ni minggu terakhir Syawal. Dan aku tahu mesti ramai pulun buat open house kan? Mesti juga berderet jemputan yang korang dapat. Untuk Syawal tahun ni (1440 Hijriah), aku rasa puas hati sangat sebab cuti lama. Merasa balik kampung awal, buka buasa dua tiga beramai-ramai sebelum malam raya. Rasa-rasanya sejak dua ke tiga tahun lepas, asyiknya balik hari terakhir puasa. Lepas tu habis kelam kabut malam raya tu menyiapkan semua benda.

Ikutkan sejak tahun 2016 aku sambut Syawal pertama belah suami. Sampai aku akhirnya jadi hafal dah rumah-rumah yang kami pergi beraya. Sebenarnya, masa kami masih lagi pelajar dulu, kami bergilir tahun sambut raya. Sebab dua-dua memang jauh dari keluarga pada ketika itu. Balik waktu musim panas (sekitar bukan Julai - Ogos). 

raya suami isteri


Selepas habis belajar dan balik Malaysia, kami duduk Selangor. Awalnya duduk rumah Ummi. Dan sampai hari ni masih duduk dalam kawasan Selangor. Dekat dengan Ummi dan Baba. Suami tak kisah sangat kalau dekat dengan Ummi. Senang kalau ada urusan keluarga atau emergency. Kerja kitorang pun agak flexible. So, sejak dah menetap di Selangor, memang jarang balik belah suami. Kalau ada cuti panjang atau urusan penting barulah balik.

Memandangkan hampir 4 tahun asyik beraya belah suami, aku tak pernah rasa raya belah mana adalah satu isu yang besar. Tiap-tiap tahun pun, suami akan tanya raya belah mana dan pada aku, aku memang tak kisah. Aku lebih utamakan kalau raya belah suami sebab dalam setahun boleh kira pakai jari berapa kerap balik kampung dia. Memandangkan kami tinggal dekat dengan rumah Ummi, rasanya hampir tiap bulan mesti akan datang rumah Ummi.

Kalau ada yang follow dari instagram, akan nampak feed instagram raya kitorang, memang dari 2016 tempat ambil gambar adalah tempat yang sama. Cuma pada tahun 2016 adalah gambar indoor.

Aku memang seronok balik raya belah suami. Sebab kampung dia adalah kampung yang ada reban ayam, ada kemeriahan rewang memasak malam raya, kekecohan anak-anak berlari dalam rumah. Aku suka bila dapat bagi anak-anak merasakan keseronokan duduk kampung. Biar jadi tahan lasak, biar kenal sikit alam ni. Kalau sebelah aku, semuanya dah duduk bandar. Rumah batu, makanan order catering je. Kalau merewang pun tak semeriah di kampung dia. (Mungkin sebab sepupu-sepupu dia ramai yang kecil-kecil, jadi meriah dia lain sikit).

raya tahun 2019
Ini raya tahun ni (2019, 1440H)

raya tahun 2018
Ini raya tahun 2018, 1439H

Tahun 2017 dan 2016 tak ada gambarnya sebab dah hilang jejak dekat mana simpan. Siapa yang follow, memang akan perasanlah. Pokok kuning yang jadi background setia kami sekeluarga masih ada di situ.

Pada aku, dalam rumahtangga kena ada timbang rasa antara satu sama lain. Suami timbang rasa pada isteri, dan isteri timbang rasa pada suami. Tak lupa juga, bila dah berkahwin, keluarga mertua adalah keluarga kita. Jangan sebab kita susah nak sesuaikan diri dengan keluarga mertua, kita layan acuh tak acuh. Aku tengok sendiri macam mana Ummi menjadi sebahagian daripada keluarga Baba (mertua dia). Dia jadikan adik beradik Baba adik beradik dia. Bila dekat, rajin berjumpa tanya khabar. Kalau jauh, sekali berjumpa bergosip sakan.  Ummi gossip dia jenis ilmiah, bukan banyak bawang busuk.

Nak sesuaikan diri dengan keluarga mertua memang susah. Aku baru nak masuk 6 tahun kahwin, tak adalah dah selesa sangat. Tapi, dari tahun ke tahun, kita kenal hati budi mertua, ipar duai. Mana boleh kita tolong, kita tolong. Mana rasa kita tak faham perangainya, risik-risik sikit suami. Usahakan untuk sesuaikan diri. Bertoleransi dan bertimbang rasa.

Suami pun, jangan asyik isteri je berusaha nak sesuaikan diri tapi suami buat sambil lewa. Suami aku dari awal kahwin dia taklah kekok sangat. Cepat dia terus ngam dengan adik beradik dan Ummi Baba. Automatik adik-adik dapat Abang Long. Boleh ajak main badminton, ajak main pingpong, ajak main PES lah, PUBG lah. Suami pun dapatlah adik-adik baru macam mana aku dapat adik-adik baru dari belah dia.

Jadi, persoalan balik raya sebelah mana tak perlu dijadikan isu yang besar.

Kuncinya TIMBANG RASA dan BERBINCANG. Jangan suka main pendam macam dalam drama TV. Pendam memendam tak pernah berjaya selesaikan masalah, malah membawa lagi banyak masalah. Jadi nak mudah urusan dalam rumah tangga, banyakkan berbincang secara tenang berbanding memendam rasa dan menyimpan pendapat.

Nak tahu juga, planning balik raya korang-korang yang dah berkeluarga macam mana biasanya?

18 ulasan

  1. Betul tu. Timbang rasa itu lebih penting daripada duk bergaduh nak raya belah mana. Tak perlu la bertelingkah sesuatu yang sia-sia. Mana-mana pun boleh sebab dua-dua dah jadi keluarga kita. Tahniah buat puan sebab boleh raya kat kampung suami setiap tahun. Walaupun saya sekampung dengan suami, tetap bergilir rumah setiap tahun. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronoknya sekampung. Boleh ulang alik je. Hehe. Apa-apa pun raya adalah hari kita bergembira kan?

      Padam
  2. waa seronok kan bila dpt berkumpul sefamily ramai2 mcm tu hehe. mcm qeela, mmg every year ada turn masing2 so dapatlah merasa beraya dgn kedua2 belah family. lagipun easier for us kot sbb rumah family kitorg ni dekat2 je, mcm sebelah2 taman je haha. and as a high school sweetheart kinda couple, masing2 dh kenal lama dgn both family, alhamdulillah so far so good.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waaaaaaaa.... dah macam keluarga sangat. seronoknya dekat-dekat.

      Padam
  3. Dah hujung-hujung Syawal ni, memang masing-masing nak penuhi jemputan rumah terbuka. Untuk Raya, memang setiap tahun akan balik rumah nenek di Selangor dan baru pergi beraya ke tempat lain. Untuk famili, memang tak jadi isu sangat. Yang penting balik beraya. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untungnya rumah nenek di Selangor. Musim raya, nak masuk Selangor mudah. Hehe. Ye, betul tu. Yang penting balik.

      Padam
  4. Selamat hari raya! Bestnya sedodon baju semua. Airah tahun ni raya dekat dua-dua belah sebab rumah dekat-dekat je hhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari awal kahwin suka pakai sedondon. Dan rupa-rupanya keluarga belah suami suka pakai baju raya sedondon sekeluarga walaupun masing-masing dah besar. Hehe.

      Padam
  5. I ingatkan kalau I kahwin takkan ada problem macam ni tapi ada jugak sebenarnya. So kitaorang berdua tak bincang pasal ni sampailah seminggu sebelum nak balik raya. Nak balik belah mana pun kena banyak give and take nanti tak ramai yang makan hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes! Give and take, tolerate with each other. Kitorang biasa akan bincang selang 3 bulan. Hahaha. Time bulan puasa kadang ada juga buat last minit. But then, to me dia jarang jumpa family dia since ddk Selangor, so I tak kisah pun.

      Padam
  6. Meriah kan suasana hari raya kalau di kampung. Seronok berjumpa dengan sanak saudara yang jarang2 kita jumpa. Masa raya ni lah kita dapat eratkan silaturahim bersama keluarga di kedua dua belah pihak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Betul tu. Bila yang jarang-jarang jumpa tulah yang seronok. Catch up mana-mana cerita yang kita miss. Barulah harmoni.

      Padam
  7. Selamat Hari Raya to you dear! Can't believe time passes and almost end of the festive season! Love your family photo with your sweet family. I still haven't go any open house though haha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woa, no open house for this raya yet? It's okay. Raya is about meeting relatives and catching up moments.

      Padam
  8. Timbang rasa tu penting dalam hubungan kan.
    Dalam apa juga keputusan, tolak ansur tu perlu ada agar memasing faham dan sedar tanggungjawab memasing.
    Tapi memang best beraya di kampung - mandi sungai, kejar ayam dan main permainan kampung is the best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa kecik dulu sempat merasa mandi sungai. Lepas tu ayah dah tak bagi. Haha. Sekarang ni pun tengok je anak kejar ayam. Kita nak kejar macam buruk je rupanya.

      Padam
  9. Kita tahun ni last raya single, hehe. Baru lepas kawen. Next year dapatlah merasa beraya dengan suami. Tapi suami org sekampung. so memang tiap2 tahun raya kat kelantan aje.

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing, sukses terus..

    BalasPadam

Komen