Carian

Raya belah mana tahun ni?

Assalamualaikum.

Minggu ni minggu terakhir Syawal. Dan aku tahu mesti ramai pulun buat open house kan? Mesti juga berderet jemputan yang korang dapat. Hehe.

Untuk Syawal tahun ni (1440 Hijriah), aku rasa puas hati sangat sebab cuti lama. Merasa balik kampung awal, buka buasa dua tiga beramai-ramai sebelum malam raya. Rasa-rasanya sejak dua ke tiga tahun lepas, asyiknya balik hari terakhir puasa. Lepas tu habis kelam kabut malam raya tu menyiapkan semua benda.

Ikutkan dari tahun 2016 aku sambut Syawal pertama belah suami. Sampai dah naik hafal dah rumah-rumah yang kami pergi beraya. Sebenarnya, masa kami masih lagi pelajar dulu, kami bergilir tahun sambut raya. Sebab dua-dua memang jauh dari keluarga masa tu.

raya suami isteri