Carian

4 Cara Bermain Lego Sambil Belajar

Salah satu alat bantuan mengajar untuk homeschool adalah lego. Rasanya setiap ibu bapa mesti akan beli lego atau building blocks untuk anak-anak kan? Ini adalah antara permainan berbentuk pendidikan atau educational toys yang paling wajib ada dalam rumah.

Sejak Wildan dah mula sekolah tadika, aku sekarang cuba fokus pada aktiviti homeschool dengan Mukhlis. Bila Wildan balik sekolah, aku tak push sangat untuk beraktiviti melainkan dia memang ajak aku. Aktiviti-aktiviti sebegini dah lama pun buat dengan anak-anak, sebelum Wildan mula masuk tadika lagi dah buat.

Dalam banyak-banyak aktiviti homeschool dengan anak-anak, diorang memang akan teruja bila aktivti melibatkan dua permainan: LEGO dan PASIR KINETIK.

Entri kali ini, nak fokus pada cara bermain dengan lego sambil kita mengajar anak-anak.

Aku meletakkan lego sebagai satu permainan berpendidikan yang sangat bagus untuk homeschool sebab dengan permainan ini sahaja, kita boleh kembangkan daya imaginasi dan tahap kreativiti anak-anak. Macam Wildan dia boleh buat rumah lah, pistol lah, kadang-kadang dinosaur. Pernah juga jadi handphone!

idea bermain dengan lego


Sebenarnya dengan lego juga, kita boleh gunakannya sebagai medium untuk belajar dan mengajar anak-anak. Percaya tak percaya building blocks ni adalah mainan yang kita orang dewasa pun suka nak main. So, dengan gunakan blok-blok ini kita boleh terokai idea-idea dan hasilkan kreativiti sendiri untuk menarik minat anak belajar.

So, nak tahu apa yang kita sebagai mak ayah boleh gunakan lego ini untuk bermain dengan anak-anak?

Color sorting atau pengasingan warna.

Bermula umur 18 bulan dan ke atas anak-anak sebenarnya dah mula kenal warna-warna asas. Diorang dah boleh bezakan tetapi belum kenal nama warna. Inilah masanya untuk kita perkenalkan pada mereka nama-nama warna.

Bila beli lego ni warnanya pelbagai, ada yang ada 4 warna dan mungkin lebih. Kebiasaannya akan datang dalam 4 warna: merah, biru, kuning dan hijau. Daripada 4 warna yang ada, boleh buat aktiviti mengasingkan ikut warna. Uji kemahiran anak-anak membuat penapisan dan membezakan warna-warna yang ada. Dengan aktiviti ini juga sebenarnya kita boleh dapat kenalpasti kalau-kalau anak kita ada kemungkinan buta warna atau tidak.

idea bermain lego
Ini cara paling mudah. Guna kertas warna sahaja.

idea menarik bermain lego
Ini versi rajin sikit. Stesen ni tahan satu hari je. Haha.

Anak yang dah berusia sekitar 24 bulan ke atas, boleh bagi tugasan yang lebih mencabar. Contohnya,  buatkan satu kad beserta kertas warna yang ditampal atau boleh buat sendiri dalam komputer dan print untuk anak-anak susun lego ikut warna pada setiap satu kad.

idea menarik bermain lego
Ini sebab printer dah habis ink. Maka guna sahaja kertas warna dan tampal pada kertas putih.

Perlu diingat, untuk beberapa kali yang pertama, dalam lingkungan 2-5 kali, kita kena bagi tunjuk ajar pada anak cara permainan ini berlangsung. Sebab mereka tak faham apa objektif tapi mereka nak explore. Tak boleh expect anak tahu sendiri. Duduk tepi dia, buat sama-sama, sebutkan nama warna. Selepas beberapa kali supaya otak dia akan mula simpan dalam memori 'oh, ini warna merah, yang ini biru'. Memang memerlukan proses beberapa kali untuk dia belajar dan simpan ilmu baru.

Update 10 April 2020
Since dah ada printer, aku dengan gigihnya buat printable lego colour instruction untuk Mukhlis. Mudah sangat nak ajak dia main, kenalkan warna dan tunjuk pada dia yang kita kena ikut susunan warna seperti dalam gambar. Mula-mula dia macam blur dan ikut suka hati tapi lama-lama dia akan faham arahan dan objektif permainan. InsyaAllah.

Lego Colour Instruction Play

Jemput download dari link di atas dan manfaatkan ya!

Shape sorting atau pengasingan bentuk

Kalau korang memang beli yang ada shape sorter khas mungkin boleh skip idea ni.

Kalau tak ada shape sorter, bolehlah ikut. Caranya mudah, tampak kertas putih dan lukis bentuk asas: segitiga, segiempat, bulat, segiempat sama pada beberapa blok/lego. Kemudian suruh anak padankan juga.

Sekali lagi diingatkan, aktiviti ni beberapa kali yang pertama perlukan perhatian ibu ayah sepenuhnya. Mula-mula anak-anak ikut je, tapi otak dia kejap je lepas tu akan faham 'oh, ini bentuknya sama'. Lama-kelamaan dia sendiri boleh buat tanpa perlu kita duduk di sebelah. Dia sendiri yang seronok nak buat penapisan dan pengenalpastian bentuk-bentuk.

Kalau anak dah besar sikit dalam 24 bulan, dah boleh mula gantikan bentuk-bentuk tadi dengan huruf abjad ke nombor ke huruf hijaiyah ke atau huruf-huruf bahasa-bahasa lain yang korang nak anak korang belajar.
Mudah je kan?

Untuk bahagian ini tak ada gambar sebab kitorang sendiri memang guna shape sorter dan diorang ada banyak shape sorter.

Belajar mengira

Tahu tak, dengan menggunakan lego juga boleh ajar anak-anak pengiraaan. Ajar pengiraan asas seperti tambah dan tolak, yang sedikit kompleks seperti darab, bahagi dan pecahan juga boleh.

Untuk entri ini, kita pergi kepada pengiraan asas sahaja sebab target aktiviti ini untuk anak-anak usia 1-6 tahun dahulu. Ini memang betul-betul untuk buat aktiviti homeschool, ajar anak-anak benda-benda asas sebelum dia masuk tadika atau sekolah rendah.

Bagi aku, ajar mengira atau membilang adalah benda paling mudah untuk diajar. Sebab boleh guna visual dan mudah faham. Untuk peringkat 18 bulan dan ke atas, tunjuk pada anak macam mana bilangan satu, dua tu macam mana dan sampailah 5. Satu sesi kenalkan sikit-sikit je dulu. Jangan nak sampai berpuluh-puluh.

idea menarik bermain lego
Wildan sekarang dah pandai sikit bab 'more or less' tapi guna lego ni bagi dia nampak bilangan yang mana banyak dan yang mana sikit.

idea menarik bermain lego
Ini aktiviti menambah.


Agak-agak dah boleh ajar tambah, ajar jelah. Macam aku tunggu Wildan ready. Dalam dia 4 tahun lebih dia dah slowly start boleh menambah. Ada budak mungkin awal, mungkin lambat. Apa-apa pun masih ada perkembangan kan?

Belajar mengeja

Hah, dengan lego pun boleh belajar mengeja?

Sama sahaja konsep dengan shape sorting, cuma bezanya tampalkan kertas putih dan tulis huruf atau suku kata. Ikut tahap anak masing-masing.

Untuk anak yang dah kenal semua abjad, boleh buat satu blok satu huruf. Kalau anak dah besar sikit, boleh buat satu blok satu suku kata. Ikutlah kreativiti masing-masing perkataan apa nak ajar. Aku banyak guna perkataan bahasa inggeris sebab kitorang jarang speaking. Peringkat sekarang ni aku banyak kenalkan perkataan berirama (rhyme words) pada Wildan.

idea menarik bermain lego
Ini malas nak tampal kertas putih, pakai marker whiteboard. Habis aktiviti padam je dengan tisu.

idea menarik bermain dengan lego
Ini bahasa inggeris dan perkataan berirama (rhyme words)


Untuk buat aktiviti-aktiviti ni tak perlu lama. Buat dalam masa 5-10 minit, atau bergantung pada kemahuan anak-anak. Dengan Wildan biasanya boleh cecah 15 minit. Ada hari 5 minit je. Tempoh masa anak fokus memang tak lama.

Jangan sesekali paksa anak. Ajak dia baik-baik dan bagi decide. Paling penting kita nak anak belajar dalam mood happy. Bila mood happy penyerapan ilmu dalam otak dia sangat-sangat bagus. Kalau anak nak main lego sekadar main, bagi je dulu. Agak-agak nampak dia dah bosan, kita bagi idea kita. Tengok dia nak cuba ke tak nak.

So, insyaAllah sekadar itu sahaja sharing pasal Lego. Ada lagi aktiviti lain nak share. Lain kali pula.

Selamat mencuba!

35 ulasan

  1. Bagus sugguh perkongsian ni...boleh saya cuba nnt

    BalasPadam
  2. Tak terfikir pulak saya nak buat macam ni. Anak saya memang suka main lego. memang macam macam bentuk die buat sampai kadang kadang saya ternganga tengok die punya rekaan. nanti nak cuba buat macam dekat atas ni pulak lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak-budak punya imaginasi tak terjangkau dek akal kita yang dewasa. Haha. Cubalah explore cara main lego dengan anak, nanti dia pun seronok.

      Padam
  3. Hey bagus idea ni...semua ibu bapa boleh praktikkan untuk anak- anak kan...dengan cara ni rasanya anak- anak lagi excited dan lagi mudah faham kan..cuma ibu bapa kena lebihkan effort la..bukan mudah ye tak untuk tarik perhatian anak kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Ya, effort tu harus ada. Dengan lego ni kita sendiri kena jadi budak2 sekejap supaya creativity keluar. Hehe

      Padam
  4. Wah tips yang sangat berguna ni..nanti boleh cuba untuk Zulaikha & danish..takde laa mereka bosan main pasang2 puzzle jer..boleh pelbagaikan cara main lego..good idea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang tak perlu beli mainan baru untuk hilangkan bosan anak-anak. Kena twist sikit cara main, baru nampak seronok.

      Padam
  5. Anak-anak memang gemar bermain LEGO. Dan dalam masa yang sama, macam2 benda yang diorg boleh belajar..2-in-1 kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup 2 in 1. Bila macam ni proses pembelajaran yang sangat menyeronokkan. Somehow kita nak anak rasa keseronokkan belajar tu.

      Padam
  6. Sangat kreatif.. Salah satu homeschooling yang wajib buat kat rumah. Lagi pun lego ni banyak jenis kan. So bolehlah dipelbagaikan.. Thanks for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lego memang pelbagai. Dan yang pelbagai tu lah anak2 suka explore. Haha

      Padam
  7. wahhhh bagus caranya...ini baru dinamakan bermain sambil belajar...walaupun dah tak ada anak kecik tapi rasanya boleh kongsi tips dengan anak2 buah dan cikgu2 tadika suapa anak2 murid lagi berminat nak belajar terutamanya subjek kira2....good one

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah boleh share kan. Anak-anak ni diorang suka bila bab 'main' walaupun dalam belajar. Hehe. Tapi time macamtulah otak dia serap sangat cepat.

      Padam
  8. Beruntung ada peluang untuk ajar anak-anak dirumah. Sure anak-anak seronok mak ayah sama-sama lakukan aktiviti sebegini..dalam masa yang sama mengasah minda mereka juga. Kalaulah sis bole pusingkan masa..teringin nak buat mcm ni dengan 2 orang anak teruna sis, tapi sayang sis terlepas peluang sebegini..hummm

    BalasPadam
    Balasan
    1. It's okay. You've done well. Semua orang ada struggle masing-masing kan. I'm sure your sons understand.

      Padam
  9. Wah kreatif dan bagus sangat untuk perkembangan minda kanak-kanak. Lego ni memang mainan fav masa kecik-kecik dulu. Buat kereta lah, robot dan macam-macam lagi. Bila diolah mcm ni pun nampak lebih baik.hehehe

    BalasPadam
  10. Wah eah menarik ni. Bagus untuk perkembangan akal kanak-kanak. Mostly kanak lanak yg suka main lego ni cepat belajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Bila anak happy, ilmu sangat senang nak masuk.

      Padam
  11. Eh. Kreatif la. Boleh la Rawlins share with my sisters so that depa boleh share bonding time dengan anak-anak depa sambil main lego kan.

    BalasPadam
  12. Bestnya. Suka dengan idea2 yg diberikan. Insyaallah nak apply kat anak2z. Tips mengeja sangat
    Membantu sebenarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Bab mengeja kadang bercinta nak buat dengan anak. As parent kita kena cari jalan supaya dia seronok. Takdalah nak kena drama selalu sebab belajar mengeja.

      Padam
  13. Wahhh nice one. Anak anak saya pun mmg suka main block. Blocks mmg bagus utk merangsang minda anak-anak, tapi sambil belajar macam ni, mmg lagi bagus lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Bila anak-anak tengah seronok, apa yang dia main boleh jadi satu lesson yang besar.

      Padam
  14. Thanks for sharing. Bagus betul, mak yang rajin. luangkan masa bersama anak-anak , bermain sambil belajar. Buat create strong bonding dengan anak2 juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Taklah rajin sangat tapi kita nak anak-anak tahu hidup ni seronok. Even belajar pun seronok. Hehe

      Padam
  15. Anak anak balik nanti nak belajar macam ni la.
    Sejak mama dia sakit haritu, banyak masa mama dia layan sakit je.
    Niat nak buat homeschooling ni terbantu.
    Nanti nak cari lego, nak ajar mereka macam ni.
    Lagi2 si adik yang cekap sebenarnya.
    Nak bagi daya kreativiti mereka lebih mantap lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faham sangat kalau homeschooling asyik terbantut. No worries. Buat slow-slow dan ikut pace anak. InsyaAllah all is well.

      Padam
  16. wahhhhhhhh! thanks for the tips. Yessss! i will do for my son soon, hehe... Dorang suka la kalau pakai lego ni, lagi seronok nak belanjakan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Have fun nanti. Sure anak enjoy. Kadang dia minta repeat. Haha

      Padam
  17. Begus sharing ini, memang dari kecil my mother also buy lego for us to play. It's not just for play but also train our brain at the same time. This is one of the educational games for the kids.

    BalasPadam
    Balasan
    1. True! Somehow lego membantu unleash new things from the children.

      Padam
  18. Bagus tips ni. Selama ni langsung tak terfikir. Duk bagi anak2 sedara main lego, biar ikut suka hati dorang nak main macam mana haha. Tak terfikir langsung nak buat macam ni.

    BalasPadam

Komen