Salah satu alat bantuan mengajar untuk homeschool adalah lego. Rasanya setiap ibu bapa mesti akan beli lego atau building blocks untuk anak-anak kan? Ini adalah antara permainan berbentuk pendidikan atau educational toys yang paling wajib ada dalam rumah.
Sejak Wildan dah mula sekolah tadika, aku sekarang cuba fokus pada aktiviti homeschool dengan Mukhlis. Bila Wildan balik sekolah, aku tak push sangat untuk beraktiviti melainkan dia memang ajak aku. Aktiviti-aktiviti sebegini dah lama pun buat dengan anak-anak, sebelum Wildan mula masuk tadika lagi dah buat.
Dalam banyak-banyak aktiviti homeschool dengan anak-anak, diorang memang akan teruja bila aktivti melibatkan dua permainan: LEGO dan PASIR KINETIK.
Entri kali ini, nak fokus pada cara bermain dengan lego sambil kita mengajar anak-anak.
Aku meletakkan lego sebagai satu permainan berpendidikan yang sangat bagus untuk homeschool sebab dengan permainan ini sahaja, kita boleh kembangkan daya imaginasi dan tahap kreativiti anak-anak. Macam Wildan dia boleh buat rumah lah, pistol lah, kadang-kadang dinosaur. Pernah juga jadi handphone!