Carian

Girls Spa Day

Assalamualaikum.

Minggu lepas, 23 Februari (Sabtu) akhirnya kami anak beranak perempuan pergi ber'spa' di The Hut Spa yang yang terletak di Kampung Sungai Sekamat atau Taman Seri Sekamat, Kajang.

Sebenarnya dah lama terfikir nak buat hang out macam ni, cuma kekangan masa dan keadaan. Walaupun bila balik rumah mak, selalu sangat kitorang duduk beramai-ramai borak sakan, berhibur dan sesi heart to heart, masa-masa ke spa ni somehow menambahkan rencah dan kira kami have fun. Hehe.

Aku terfikir nak ajak adik ke sana sebab dia ada sebut-sebut nak sesekali kitorang anak beranak perempuan pergi spa buat massage ke facial ke apa-apa yang girls things la kan. Aku teringatkan The Hut Spa ni sebab dah follow instagram dia sejak mengandungkan Mukhlis lagi. Haha.

Tengah scroll, nampak promosi Tahun Baru Cina yang sangat menarik perhatian.




Untuk bulan Februari ni, The Hut Spa ada buat promosi sempena Tahun Baru Cina, yang mana ada enam pakej bernilai cuma RM88/satu pakej sahaja. Kira murah sebab pakej-pakej yang ditawarkan bukan yang biasa-biasa.

Cepat-cepat screenshot dan mesej adik. Bincang punya bincang, dia kata 23 haribulan dia free. Tanya juga Ummi, cuma Ummi masih 50-50. Dia memang nak buat facial sebab katanya dah berzaman tak buat sejak dah sibuk kerja.


Disclaimer: Entri ini tidak diberi sebarang penajaan. Ini merupakan pengalaman dan review sendiri secara peribadi.
the hut spa kajang
Ini pakage BFF yang diorang offer

the hut spa kajang
Ini pula package yang lain diorang offer

the hut spa kajang
Haa, ni harga sebenar untuk package facial.

the hut spa kajang
Korang nak kahwin ke nak bertunang boleh try package ni.

Akhirnya kami sampailah ke The Hut Spa ni. Tagline dia Muslimah Home and Mobile Spa sebab diorang memang buat di rumah. Ada bangunan khas untuk spa ni. Untuk orang lepas bersalin pun ada sebenarnya. Tapi sebab kitorang tak minta harga dan tak ada siapa yang perlukan. Hehe.

Kami bertiga ambil pakej yang berbeza. Aku pilih untuk buat massage + milk bath sebab last berurut lepas bersalinkan Mukhlis. Dah dua tahun pun dah anak sorang tu. Atirah pilih untuk buat sauna + massage dan Ummi pilih untuk buat facial. Setiap pakej ni harga RM88 je tau. Sempena promosi Tahun Baru Cina.

Aina tak ikut sebab dia ada outing dengan counsellor dia. Dan dia pun dah lama tak outing dengan counsellor. Keutamaan adalah untuk dia bersama counsellor. So, insyaAllah next time boleh lah kitorang berempat.

Aku nak kongsi pengalaman aku berurut. Untuk aku yang dah lama tak berurut dan memang suka berurut terasa nikmat sangat. Aku memang jenis tak rasa sakit masa berurut. Memang dari dulu tak ada menjerit walaupun badan sekeping begini. Haha. Makcik yang urut pun pandai cari urat dan urut bahagian-bahagian yang aku sangat perlukan urut. Puas hati lah senang kata. Lepas tu dapat mandi milk bath. Berendam dalam air suam dalam 10-15 minit. Memang lega je badan rasa. It's about time aku pedulikan badan aku. Haha.

Atirah pulak, dia duduk dalam sauna. Dia kata best dapat buat sauna sebab tak pernah buat. Dan lepas sauna tu dia berurut. Ummi pulak buat facial gold. Sebelum dia letak gold mask dia buat facial sikit. Bagi keluar kotoran-kotoran dalam kulit tu kan.

Kitorang tak lama pun kat spa ni. Dalam sejam setengah ke dua jam je. Aku saja book awal pagi sebab tak nak berebut tempat dan nak siap cepat. So kitorang dari jam 10 pagi sampai 12 tengahari kat situ.

The Hut Spa ni dekat Seri Sekamat. Elok terletak belakang Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat. Senang je nak jumpa sebab ada signboard depan lorong sebelum sampai situ. Seri Sekamat ni dah macam kampung juga sebab arwah atuk tinggal di sini. So, The Hut Spa ni kategori dekat je lah bagi kitorang. Senang nak datang lagi lepas ni.

Bagi sesiapa yang duduk dekat dengan Kajang atau Balakong ke, try lah datang The Hut Spa ni. Aku tengok instagram ada juga beberapa selebriti pernah datang sini. Diorang pun jenis peramah dan servis bagus. Bagi aku yang baru berjinak dengan nak pergi spa-spa ni, aku puas hati.


Boleh follow media social The Hut Spa untuk dapatkan update tentang promosi dan info-info berguna:




So, siapa yang dekat boleh try pergi sana. Siapa yang dah pernah sampai boleh share pengalaman. Mana tahu ramai yang tengah cari review kan.

Terima kasih sudi singgah dan baca!

2 ulasan

Komen