Carian

Kenapa hantar Wildan tadika?

Assalamualaikum.

Dah terlambat ke nak ucapkan tahun baru? Sebab dah dua minggu kita di tahun 2019. Hehe.

Masuknya tahun 2019, bermula satu fasa baru kehidupan kami sekeluarga: Fasa anak bersekolah. Sejak bulan November lagi, dah mula runsingkan bermacam perkara. Yelah, nak masuk fasa baru ni tak senang. Nak-nak bab pilih sekolah ni.

Facebook dengan Instagram tak habis-habis bagi iklan bermacam jenis tadika. Jenuh menengoknya. Survey juga bermacam secara online. Dari segi silibus, pendekatan, lokasi dan semestinya yuran.

Kalau ikutkan abahnya Wildan, dia kata susah sangat tak payah hantar sekolah. Buat je homeschool macam biasa. Haha. Terasa ralat kalau tak hantar sebabnya Wildan sendiri dah mula seronok kalau dapat kawan baru, bermain, berinteraksi dengan orang selain daripada keluarga. Dan, of course, sifat ingin tahu Wildan tu sampai buatkan ummi abahnya mati kutu nak menjawab soalah. Dahlah sejak join playgroup, kadang ada dia menyebut nak pergi sekolah.



So, aku usahakan juga supaya Wildan boleh masuk sekolah. Bagi ibu bapa yang masih berkira-kira untuk hantar anak tadika boleh baca di sini untuk 5 perkara dalam memilih tadika untuk anak.

Boleh juga gunakan printable percuma ni untuk buat senarai semak sebelum hantar anak-anak ke tadika untuk prepare anak secara fizikal dan mental sebelum masuk tadika.


Kenapa aku nak hantar Wildan sekolah?


1. Social skill aku tak boleh ajar secara teori sahaja.
Ini satu bab yang anak kena lalui sendiri. Aku cerita-cerita pun, dia tak akan masuk 100%. Nak tak nak dia kena keluar untuk berdepan dengan masyarakat sendiri. Belajar dari pengalaman.

2. Homeschool cuma berpandukan google.
Bila homeschool pakai google, sumber sebenarnya terhad. Aku ada join group homeschooler tetapi aku ada kekangan dari sudut masa untuk berjumpa dengan homeschooler lain memandangkan kami memang susah bergerak. Dahla aku buat tak ada tema, tak ada jadual. Semua ikut rentak anak-anak. Haha. Orang kata main hentam.
Aaand frankly, aku tak berapa kuat untuk survive dengan dua anak yang lasak. And I need help!
So, dengan sorang pergi tadika, aku lega sikit. Dapat fokus kat adik pulak.

3. Biasakan rutin persekolahan.
Untuk tadika Wildan ni kami pilih program yang sampai pukul 12 tengahari sahaja. Tadika mula 8 pagi. Kira kalau hari-hari dia boleh survive 4 jam, insyaAllah next year, boleh dah kot nak join kelas sampai lepas Zohor. Dan bila masuk sekolah rendah, harapnya dia tak terkejut balik sekolah dekat-dekat petang. Hehe.

4. Fokus anak berbeza di sekolah.
Percaya tak, kadang-kadang anak-anak dengan cikgu lagi banyak dia grab berbanding dengan kita? Hahaha. Mana taknya dengan kita kejap ada mood happy, ada mood sedih, ada mood garang. Semua jenis mood yang pelik-pelik dia hadap. Lagi tak best, kalau sambil ajar anak memarah. Sedih wuuu. Boleh confuse anak.


So, alhamdulillah kami berjaya daftarkan Wildan di Amazing Seed Bandar Tun Hussein Onn. Kitorang register sedang elok tiga hari sebelum masuk 2019. Haha.

Tahun baru hari tu, ada parents' briefing untuk perjelaskan tentang module pembelajaran, cara pendekatan dan juga menjelaskan tentang buku panduan ibu bapa. Memang sebelum tu dah datang open day dan dah jelas tentang visi misi, module mereka. Cuma masa parents' briefing ada banyak lagi yang pengusaha jelaskan macam ada kursus keibubapaan untuk ibu bapa sebanyak dua kali setahun, kenalpasti kecenderungan otak anak-anak, multiple intelligence, perkembangan sensori dan banyaklah. Wow!

To my surprise mereka ada buat kolabrasi dengan Puan Liyana Raya, seorang occupational therapist kanak-kanak yang agak terkenal juga.

Officially, tarikh start sekolah adalah 7hb, so hari ni baru genap seminggu. Hehe. Wildan pun tak ada drama pagi-pagi tak nak pergi sekolah. In fact, gaya dia macam dah biasa pergi. Hari Isnin drop dia, dia salam dan terus pergi main. Tak ada dah pusing-pusing belakang ni. Ummi tak sempat nak ada touchy touchy feeling. Nak tunggu pun, macam cligy sangat pula rupa. Haha. Tak sangka anak dah besar dan tak sangka dia dah slowly independent.

Harapannya, semoga dia survive tahun ini dan seterusnya enjoy menuntut ilmu.


2 ulasan

  1. Lega banyak bila mak tak perlu handle dua anak kecil kat rumah. Boleh banyak rileks sikitla kan..

    BalasPadam
  2. Hehe. Bolehlah. Tahun 2018 adalah tahun yang agak kelam kabut sambil acah-acah homeschool anak-anak, dengan business lagi. Hahaha.

    BalasPadam

Komen