Carian

Kelebihan Bermain Buih Untuk Anak-Anak

Assalamualaikum.

Dah nak hampir tengah bulan Septembaer baru menyempat nak update blog. Draft banyak tapi content masih in the making. Hehe.

Kali ini nak tulis pasal bermain dengan buih a.k.a bubbles dengan anak-anak.

Sebenarnya, Wildan dengan Mukhlis ni dah biasa sangat main buih masa mandi sebab dua-dua pun memang suka main buih, lagi-lagi dia 'foamy' tu. Wildan sendiri tahu buat buih. (Jenuh bersihkan bilik air dan urut dada je bila angkat botol sabun mandi).

Tapi, ini cerita bukan tentang buih sabun mandi tapi buih belon yang kita tiup tu.

main buih dan kelebihannya



Kisahnya, haritu pergi pasar malam dan Wildan dengan Mukhlis berebut nak pegang air minuman. Kebetulan pula, kitorang lalu depan tempat mainan budak-budak. Offerlah pada Wildan untuk beli botol buih dia satu dan Mukhlis satu. Wildan memang suka kalau dapat offer beli mainan. Untuk dua botol RM3 je. Murah dan buih buih banyak kot.

Apa yang bagusnya botol buih ni, dia ada wisel kat penutup tu. Somehow relevan dengan aktiviti main buih ni untuk anak-anak. Sebab nak buat tiup bubble, kena pandai meniup dengan betul. Bagi anak-anak kecik dari umur 12 bulan hingga 4 tahun, meniup buih ni tak semudah yang kita rasakan. Berbanding Wildan yang dah besar, Mukhlis agak struggle untuk tiup wisel. Bunyi memang bunyi tapi macam tak cukup nafas. Haha.

Bulan depan Mukhlis nak masuh 2 tahun dan concern terbesar aku ialah dia belum bercakap walaupun semua benda dia dah faham. Bila kita minta tolong, sangat senang dia faham apa nak buat. Bila kita ajak mandi, makan, keluar jalan-jalan, main semuanya dia faham dengan jelas. Cuma menyebut perkataan belum jelas. Nak apa-apa dia tunjuk je. Adalah masa-masa dia mimik bunyi tapi dia malas. Haha

Pernah sekali dulu ajar sebut makan pun, MA je dia ikut. Bila suruh sambung KAN tu, dia sengih je sambil buat muncung yang mahal tu. Stress juga kadang-kadang.

main buih dan kelebihannya
Nampak perbezaan budak 4 tahun meniup dengan yang umur hampir 2 tahun?

So, bila beli buih ni, aku nampak macam peluang untuk latih dia bercakap. Sebab pernah terbaca article somewhere (lamaaaa dulu) yang aktiviti meniup, bersiul ni melatih otot mulut anak-anak untuk memudahkan proses dia bercakap. Yelah, budak yang otot mulutnya kuat memang senang nak gerakkan untuk menyebut perkataan-perkataan.

Mukhlis pun seronok bila kita suruh dia tiup. Sampai nak tercium gelung tu pun ada.

Selang beberapa hari lepas bermain dengan bubbles ni, terus buat research (of course Mr. Google) tentang kelebihan-kelebihan bermain buih belon ni dengan anak-anak.

Beberapa kesimpulan aku pasal main buih:

1. Melatih otot mulut.

Untuk anak-anak boleh bercakap, otot-otot mulut dia mesti terlatih sebab nak menyebut perkataan tak semudah yang kita sangka. Cuba kalau kita belajar bahasa baru, memang tergeliat lidah, mimik muka dah macam alien, lagi-lagi kalau bahasa yang tak pernah kita dengar sangat.

Sama juga dengan konsep anak-anak ni. Kadang-kadang dia boleh dengar dan faham, cuma untuk dia sebut balik tu mungkin banyak faktor menghalang dan salah satunya adalah perkembangan otot mulut atau bahasa inggerisnya oral-motor skill.

Bayangkan budak yang hidupnya tak dilatih otot mulutnya?

2. Melatih koordinasi tangan dan mata.

Ini pertama kali relate main buih belon dengan mata dan tangan. Bila baca-baca memang betul sebenarnya!

Macam Wildan yang dah besar, even Mukhlis pun buat, buih-buih yang bergerak buatkan dia bergerak dan nak tangkap belon-belon tu. Dia seronok bila dia dapat tepuk belon tu pecah. Dia seronok bila buih-buih tu berterbangan.

Kat sini, mata dia fokus untuk pastikan tangan dia dapat tangkap belon. Pada masa yang sama, tangan dia akan bergerak selari dengan target yang mata dia nampak. Lama-lama dia terlatih untuk mengagak jarak sama ada dekat atau jauh.

3. Belajar tentang arah, ruang dan jarak

Bila tengok Wildan kejar buih, kita nampak yang dia ada sense of direction. Lagi-lagi bila dia tak nampak buih tu, dari jauh bagi arahan buih tu ke mana dan dia akan cuba ikut.

Sama juga bila buih tu bergerak, sampai satu kawasan yang anak-anak tak sampai, automatik anak-anak berhenti kejar dan cari yang lebih dekat. Sebenarnya slowly diorang belajar pasal ruang dan jarak yang ada di sekeliling.

main buih dan kelebihannya


So, itulah 3 benda yang aku dapat simpulkan dalam banyak-banyak benda yang aku baca. Aku ambil isi-isi yang paling bermakna dan yang memang aku nampak sendiri depan mata.

Parents, ajaklah anak main buih and let them explore.

Tiada ulasan

Komen