Carian

Bila budak bandar duduk kampung

Anak-anak yang biasa duduk bandar, biasanya kekok bila kena duduk kampung. Tapi bagi aku, bagus juga merasa duduk kampung dengan anak-anak. Sebenarnya, sekarang (2017) ni kitorang duduk rumah mertua sebab mertua pergi haji. Dah tiga minggu lebih juga dah sejak diorang berangkat ke Tanah Suci. Doakan ya diorang selamat di sana dan selamat juga balik bulan September nanti.

Bila duduk kat kawasan kampung ni, anak-anak seronok sebab hari-hari dapat main kat luar rumah. Yelah, dekat KL kitorang duduk condo. Keluar petang bila rajin sebab umminya nak kena berpakaian lengkap dan kena turun naik lif bagai. Playground kat condo pun terhad. Sekadar main gelongsong, buaian macam tu je. Tanah rumput bukannya ada sangat.

Berbeza dengan rumah nenek Wildan ni, tanahnya luas. Rumput hijau. Pagi-pagi sejuk angin sepoi-sepoi, petang pun taklah panas terik, sedap nak berlari-lari. Kat sini pun ada kucing dengan 5 ekor anaknya. Kadang-kadang nampak bapaknya datang, berkepit dengan mak kucing tu je. Haha. Pagi-pagi nampaklah seekor dua katak atas rumput melompat-lompat. Seronok sangat budak berdua ni dapat explore habis-habisan alam. Lagi-lagi si Mukhlis.

Budak bandar duduk kampung



Pagi-pagi, kalau Mukhlis nampak Umminya buka pintu nak jemur baju ke, nak bagi makan kucing ke, memang dia akan berlari keluar rumah. Deras dia turun rumah. Tujuan utama dia sebenarnya nak 'ligan' anak-anak kucing. Haha. Paling tidak pun, sibuk berlari ke pintu depan rumah sambil berkaki ayam. Saja nak keliling rumah. Langsung tak ada takut ke risau ke (seronoknyalah jadi budak-budak)

Sebenarnya alam semulajadi ni sangat bagus untuk kita dedahkan pada anak-anak. Bagi diorang berlari atas rumput, dia pegang pokok-pokok, main dengan haiwan-haiwan yang ada supaya kemahiran sensori, motor, motor halus berkembang.

Sensori-sensori nilah yang perlu kita titik beratkan dalam masa 6 tahun pertama anak membesar sebelum kita fokus pada membaca, menulis dan sebagainya. Tak salah nak anak pandai membaca, menulis cepat tapi pastikan kita kenal pasti sensori anak-anak dah berkembang baik dan dia sendiri melalui zaman kanak-kanak selayaknya.

Budak bandar duduk kampung
Nampak betapa seronoknya dia berlari kejar kucing. Haha


Tahu tak yang sebenarnya sensori-sensori nilah yang paling banyak membantu untuk anak kita cepat belajar, cepat membaca, cepat menulis dan banyak lagi?
Contoh nak anak pandai menulis, bukan paksa anak menulis tapi buat aktiviti sensori motor halus seperti masukkan manik dalam tali, bagi anak pegang pasir dan banyak lagi. Sebab tu sebenarnya dengan bermain lagi banyak anak boleh belajar.
Mak mertua pernah cakap banyak kes budah darjah satu tak boleh pegang pensel dengan baik sebab terlalu banyak bermain dengan gajet. Dia Guru Besar sekolah okay.

Masa join playschool dulu, salah satu aktiviti yang cikgu diorang buat ialah bagi anak-anak berlari tanpa kasut atau selipar dekat padang. Lepastu dia kenalkan permainan 'baling selipar'. Mana nak jumpa budak-budak sekarang main baling selipar? Tahu cara main pun entah ya entah tidak. Secara tak langsung bagi anak-anak kurang rasa 'geli' pada tanah, bagi dia tahu seronoknya bermain dengan alam ni.

Sejak duduk rumah mertua ni, terserlah keberanian Mukhlis. Sekali dia keluar dari rumah, dia boleh berlari tanpa pedulikan sesiapa. Ummi dia pula kejap-kejap kena panggil dia masuk rumah. Dia punya berani, cicak pun dia berusaha nak ambil. Katak tu, kalau dapat berlari agaknya katak tu lari daripada lompat. Kucing pula kalau nampak je Mukhlis semua menyorok bawah kereta. Haha. Mukhlis ni memang berani sangat. Kalau jatuh jarang dia nak nangis, bercalar balar dia bukan peduli. Dia bangun dan terus main balik. Adoilah.

Berbanding dengan Mukhlis, Wildan banyak playsafe. Mungkin sebab dia dah besar sikit ataupun sebab dia membesar bukan dengan suasana kampung sangat. Ada masa Wildan memang penggeli sikit dan agak cerewet bab kebersihan, tapi dia boleh je berlari bebas tanpa pedulikan kecerewetan dia. Kena paksa sikit dia, baru dia kurang songeh dia tu. Tapi dengan kucing dia tak ada masalah dan kucing pun taklah takut sangat dengan dia. Kucing dah macam best friend kot. Hehe.

Budak bandar duduk kampung
Gelecek bola kononnya si Wildan. Haha. Gambar pakai phone je ni, itu yang kelabu.


Macam dulu awal-awal kenalkan dia dengan pokok semalu, dia taknak langsung pegang pokok tu. Dia lalukan selipar dia je untuk tengok daun semalu tu kuncup. Dia takut, dia geli. Memang kena pegang bagi tangan dia sentuh daun tu. Biar dia kurang geli. Sekarang ni dengan bangganya "Ummi, Wildan pegang pakai tangan!". Dia jerit pulak tu. Haha.

Selain perkembangan sensori, perkembangan emosi pun bagus juga. Macam kitorang ni banyak main dengan kucing. Aku banyak ajar Wildan cara nak handle kucing dan bagi makan pada kucing. Kalau Mukhlis agak susah sebab dia belum boleh cakap dengan jelas, sifat 'possessive' dia masih kuat, emosi pun dia baru nak kenal. Memang jenuh hari-hari ajar dia bersimpati, empati dan berperikemanusiaan dengan anak-anak kucing.

Budak bandar duduk kampung


Bila bagi anak-anak bermain dengan haiwan, kenal alam, lagi baaaanyak yang diorang boleh belajar dengan sendirinya sebab semuanya melibatkan skil kehidupan. Skil-skil macam ni, kalau sekadar cakap, anak-anak susah nak faham melainkan diorang alami dan rasai sendiri. Biar dia sendiri pegang binatang, tengok rupa sebenar, pegang rumput, rasa jatuh, rasa sakit macam mana. Benda-benda sakit, tekstur rumput, tanah, perasaan sayang ni kalau cerita je tak cukup.

Untuk 4 tahun pertama anak-anak ni, memang dari dulu aku cakap kat suami aku nak fokus pada perkembangan peribadi anak-anak.Sebab bila dah masuk 5 tahun dan ke atas, 4 tahun pertama tadi akan jadi peribadi atau 'inner core' anak-anak. Bukan tak boleh bentuk, tapi metod dah tak sama seperti 4 tahun pertama. Belum lagi bila dah masuk umur 8 tahun dan ke atas, lagi berbeza pendekatan dalam membesarkan anak-anak ni. 

So, itulah serba serbi apa yang dapat disimpulkan dari pengalaman kami main petang-petang dengan kucing dan berlari di tanah yang luas. Harap terhibur!

Tiada ulasan

Komen