Carian

Berbuka Puasa di Kafe Sudirman

 Assalamualaikum dan hai.

Dekat sangat dah kita dengan Ramadan. Tinggal beberapa hari je lagi. Rezeki kita tahun ni, solat terawih dibenarkan, bazar ramadan juga dibenarkan. Gayanya tahun ni raya kita mungkin lebih meriah. 

Korang suka beli barang raya dekat mana? Masa aku kecik dulu, waktu macam ni lah peluang untuk datang KL untuk membeli belah. Aku masih ingat Sogo adalah antara pusat beli belah yang mak akan bawa kami cari baju dan kasut raya. 

Bila masuk KL, kadang-kadang jadi leceh bila nak cari kedai atau tempat dekat mana nak berbuka puasa. Kalau dah membeli belah sampai dekat dekat nak berbuka, mana sempat nak singgah bazar apatah lagi balik rumah. 

Nak senang pergi je mana-mana buffet Ramadan tapi taktahu mana yang sedap?

buffet ramadan sudirman cafe


Haa, ni aku nak bagitahu korang pasal satu Cafe yang ada buat buffet Ramadan yang harga sangat berpatutan dan alang-alang dah sampai Sogo, elok sangat berbuka di sini sebab sangat sangat dekat dengan Sogo.

Baru-baru ini, aku dapat jemputan dari Cafe Sudirman yang terletak dalam bangunan Koptown EDC Hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Aku baru tahu di situlah terletaknya Cafe Sudirman. Selama ni aku hanya pernah dengar nama tapi tak pernah tahu dekat mana cafenya. Dan akhirnya aku menjejakkan kaki di situ.

So, kita nak cerita makanan ke nak cerita pasal cafe?



Mesti korang nak tengok makanan kan???? 

Jomlah kita tengok menu apa yang ada untuk buffet berbuka puasa sepanjang Ramadan nanti. 

Biasa nak buka puasa orang buka dengan apa? Kurma dan kuih muih kan?



Haa, dekat Cafe Sudirman ni ada baaaanyak jenis kuih muih yang disediakan.

Kita tengok dulu pembuka selera yang ada.

Untuk pembuka selera ada ulam-ulam kampung, acar rampai, variasi kerabu, salad dan dressing. Tak lupa ada juga aneka jeruk dan rojak buah. Rojak ni ada orang buat pembuka selera, ada orang bila dah selesai makan berat. Ikutlah korang kan.



Ulam-ulam dia yang menarik perhatian aku ialah ada daun pegaga dan daun ulam raja. Antara ulam yang aku suka makan. Walaupun aku jarang nak jumpa ulam, tapi dua ni, kalau jumpa memang aku ambil sikit dan makan. 


Dah makan pembuka selera, mestilah nak tahu makanan utama apa yang boleh makan kan?

So untuk makanan utama, Cafe Sudirman bawakan dua jenis nasi. Ada nasi putih dan nasi tomato. So, dah boleh agakkan, ada nasi putih dengan nasi tomato ni mesti ada lauk-lauk yang melengkapi nasi-nasi ini.

Untuk nasi tomato, semestinya ada ayam masak merah dan acar rampai. Untuk nasi putih, banyak sangat lauk yang ada. Rambang mata juga tau.

Ada daging masak lemak cili padi, kari kepala ikan, asam pedas tetel, sayur campur, pucuk manis masak lemak dan juga koh po sotong. Selain tu, ada juga aneka ikan bakar. Ikan jaket ada, ikan kembung ada.







Kalau tak nak nasi, jangan risau. Nama pun buffet kan. Mestilah ada pilihan mee dan mihun sup.



Dah sudah makan berat, nak dessert pula. Ada dessert apa agaknya?

Ada Ais Batu Campur atau nama paling glemer adalah ABC. Untuk ABC ni, boleh custommade nak letak apa dalam ABC. Nak manis ke tak manis ke ikut sukalah. 


Selain daripada makanan yang sedap, Cafe Sudirman ni juga satu lokasi yang sangat strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bukan sahaja dekat dengat Sogo, dekat juga dengan Sunway Putra Mall dan Bukit Bintang. 

Senang kata, alang-alang dah masuk Kuala Lumpur, kenapa tidak pusing dari pagi sampai ke petang berbuka puasa. Jangan risau pasal solat Maghrib. Memandangkan Cafe Sudirman terletak dalam bangunan Koptown EDC Hotel, sememangnya surau yang disediakan sangat luas dan selesa. Surau yang terletak di tingkat 12 memang luas, sejuk dan selesa untuk beribadah.

Kalau korang datang dengan kereta sendiri, dekat hotel ada je parking. Caj RM5 per entry. Bagi akulah, nak masuk KL ni senang naik Grab atau pengangkutan awam sahaja. Maklumlah Kuala Lumpur ni antara bandaraya yang sibuk. 

Berapa harga buffet Ramadan kat Cafe Sudirman ni?


Sebenarnya apa yang menariknya lagi dekat Cafe Sudirman ni, adalah tempat tempat yang 'instagramable'. Bahasa mudahnya, korang ambil gambar cantik-cantik dan upload instagram dan mesti ramai akan tanya korang ambil gambar kat mana. Korang pergi tempat makan yang ala-ala muzium gitu. Haaa. Best tak?



Aku tak tahu korang, tapi bagi aku sudut ni sangat sangat cantik. Ada elemen klasik dan nostalgia. Bagi seorang yang menghargai sejarah dan nostalgia, aku memang tak segan silu bergambar dan tengok setiap satu gambar yang ada. Menggamit memori gitu!

Boleh dah korang plan bila nak datang sini sementara masih ada kosong. Maklumlah sebab PKP ni, kena cepat cepat book sebelum terlewat. Alang-alang boleh plan bila nak datang memberli belah di Kuala Lumpur.

1 ulasan

  1. Part beli baju Raya, since pendemik ni lebih Suka online shopping je.

    Part makanan, hurmmm... Nampak sedap semuanya.

    BalasPadam

Komen