Carian

Tips Pilih Cili dan Tomato

 Assalamualaikum dan hai!

Selepas sekian lama kebuntuan untuk tulis, kali ini aku nak kongsikan sikit pasal membeli belah terutamanya barang dapur. Hehe.

Siapa yang memang follow instagram aku, dan rajin menonton IGStory mesti perasan sejak PKPB ni aku banyak berkongsi pasal pemilihan sayur-sayur. Setakat hari ini aku dah kongsikan cara pilih cili, tomato, kobis, brocolli dan terbaru pasal capsicum.

Cuma untuk entri kali ini aku terhadkan kepada dua jenis sayur sahaja : CILI dan TOMATO sebab aku rasa dua bahan ni antara barang wajib topup bila pergi beli barang-barang basah. Lagipun banyak sangat pun tak seronok kan. Nanti yang lain kita share dalam entri yang lain pula okay. 

tips pilih sayur


    Tips Pilih Cili

    Jom, kita tengok pada cerita pasal pilih cili dulu.

    Untuk pilih cili aku ada 2 tips sahaja.

    1. Tangkai cili

    Sebaiknya pilih cili yang tangkainya masih melekat. Biasanya kalau cili padi ni, aku perasan orang main ambil je sengenggam dua. Ini yang aku perhati sepanjang pergi membeli barang dapurlah. Masa aku mula-mula beli cili, aku tengok kanan kiri juga sebab cili padi ni kecik, kita nak beli banyak. Macam susah kalau telek satu-satu. Tapi selepas beberapa tahun, teknik ambil segenggam sebenarnya tak berbaloi: nak nak kalau dalam segenggam tu ada cili dah busuk atau yang dah tua, sudahnya nanti dia berjangkit dengan cili yang lain.

    So, pilih tangkai yang melekat pada cili. Nak senang pegang tangkai, goyang-goyang sikit. Kalau cili kuat melekat kat tangkai, maksudnya cili tu segar elok. Kalau macam dah goyang atau mudah terpisah dengan tangkai, maknanya cili sudah tua. 

    2. Warna cili

    Kalau cili merah, bagi aku lagi merah lagi bagus. Kalau cili hijau pun sama. Lagi hijau lagi bagus. Dan helah kat sini ialah pilih yang berkilat. Berkilat dan gelap. Kalau berkilat dan cerah, berkemungkinan cili masih terlalu muda (?), kurang sikit pedasnya. 

    Cili yang dah kurang berkilat ada kemungkinan cilinya sudah lama dipetik atau dah tua. Boleh je nak pilih cili tua, jika serkiranya balik tu terus nak guna. Kalau nak simpan cili, seeloknya pilih yang segar betul supaya dapatlah tahan lama sikit.

    Kedua-dua tips pemilihan cili sesuai untuk dari cili padi sampailah cili besar. Bab capsicum atau lada benggala, teknik dia berbeza sikit memandangkan saiz lada besar dan dia ada ruang kosong yang sangat besar kat dalam. 

    tips pilih cili padi
    Ada dua kedai yang aku suka beli barang basah sebab ada banyak pilihan sayur: Checkers dan CS Superstore.

    Tips Pilih Tomato

    Kita bergerak ke tips bahan yang kedua : TOMATO

    Untuk tomato pula ada 5 perkara yang perlu dilihat.

    1. Berkilat. 

    Aku memang suka sayur sayur yang berkilat. Hehe. Nampak segar. Kalau kusam tak berkilat macam kurang menarik perhatian.

    2. Buah tomato yang padu

    Buat tomato ni, kalau beli yang jenis lembik atau lembut, dia susah nak tahan lama dan berkemungkinan akan naik kulat nanti. Aku pernah dulu beli yang jenis lembut, selang tiga empat hari dia naik kulat lepas tu berjangkit kat buah tomato yang lain. Selain tu, pernah je buah tomato yang dah lama beli, yang dalamnya dah lembut pun naik juga kulat dan akhirnya berjangkit. Bila berjangkit tu yang jadi sakit sebab tak pasal-pasal kita kena buang. Jangan makan takut sakit perut.

    So, cari tomato yang padat dan masih keras. Bukan keras macam batu tapi yang tidak terlalu lembut atau squishy. Kalau nak buat sambal belacan, guna tomato yang dah lembut, yang airnya dah banyak sikit. Sambal belacan sedap guna tomato yang banyak air supaya ada rasa masam-masam tomato dalam sambal. Kalau tomato yang padu ni, untuk simpan dalam peti lama dan juga untuk buat salad.

    3. Warna buah

    Tomato sebenarnya warna tak terlalu merah macam cili. Dia macam oren-oren kemerahan. Lagi gelap lagi bagus. Kalau macam ada putih-putih atau kehijauan, tidak digalakkan untuk beli. Buahnya sangat masam! Dia macam putik sangat untuk dimakan.

    4. Kelonjongan buah tomato

    Kalau perasan, ada sesetengah buah tomato ni, hujungnya melonjong tajam ke bawah. Kalau nak tahu, lagi lonjong tu lagi masam. Aku tak suka buah tomato yang terlalu masam, aku suka tomato yang masam-masam. So biasanya memang akan pilih yang bentuk sedang elok cantik membulat. Nak sedap, pilih yang bulat dan berlekuk ke dalam pada bahagian bawah buah. Itu memang sedang elok masam dan manisya.

    5. Tangkai atau pangkal tak gelap

    Jarang nak jumpa buah tomato yang ada daun atau 'topi' di pangkalnya. Kalau ada, warna cantik, ambil cepat sebab itu segar dan memang sedap. Kalau tak ada 'topi' tu, pilih yang bekas tangkainya cerah. Lagi gelap maknanya buah tomato sudah lama dipetik. Biasanya yang tangkai gelap ni, tomatonya pun lembut kat dalam.

    Secara keseluruhan, tips ni boleh untuk tomato biasa dan juga tomato cherry. Kalau tomato cherry, sama juga tekniknya cuma tomato cherry, sifatnya memang memanjang. Tapi dalamnya masih manis!

    tips pilih tomato

    So, setakat itu sahaja perkongsian tentang tips memilih cili dan tomato. InsyaAllah nanti akan ada lagi sambungan untuk tips memilih sayur dan buah. Semuanya belajar dari pengalaman dan juga atas apa yang mak dah ajar masa kecik-kecik dulu. 

    Harap dapat membantu korang membeli sayur lepas ni!

    Sesiapa ada tips tambahan untuk cili dan tomato, boleh kongsikan kat komen.
    Kalau ada cadangan lepas ni nak minta tips pilih apa, boleh juga komen tau.

    Kalau korang berminat bab bercucuk tanam sayur-sayuran, boleh baca pasal tanam sayur sawi dalam pasu. Mana tahu, lepas ni dapat jimat duit poket, nak masak sayur sawi boleh petik je dekat depan rumah.

    Baca juga: Sayur Masak Lemak

    2 ulasan

    1. Nad asl nama cili padi ambil jele.. Ehhehe.. Ikut mana suka

      BalasPadam
    2. Cili padi Ai selalu amik separuh genggam pastu telek sekilas atas tapak tangan je.

      BalasPadam

    Komen