Carian

Pengalaman Terbitkan E-Book Pertama

 Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Akhirnya cita-cita masa aku sekolah menengah tercapai dah! Nak keluarkan satu buku dengan nama SlumberLady kat depan. Hehe. Kalau korang nak tahu, nama Slumberlady sebenarnya satu nama yang aku cipta sendiri masa aku umur 14 tahun dan entah macam mana nama tu melekat sampai sekarang.

Asalnya, nama Slumberlady ni aku banyak gunakan sebagai nama atas talian. Masa zaman Friendster, MySpace, haaa inilah nama yang aku gunakan. In fact kalau korang perasan, nama IG aku pun @slumberlady. Masa aku buat akaun Instagram lebih kepada nak edit gambar dan masa tu aplikasi Instagram antara rating yang tinggi. Dengan ada preset filter, sangat membantu aku. Tak sangka rupanya benda tu media sosial. Hiks.

Okay. Sampai situ sahaja kisah pasal nama Slumberlady. Jom, kita berbalik kepada pengalaman pertama dapat terbitkan e-book dengan Ukiyoto Publishing.

pengalaman tulis ebook

Pertama sekali, aku dapat email dari pihak penerbit. Mereka yang menyatakan hasrat mereka untuk tolong aku terbitkan satu e-book secara percuma.

Masa dapat e-mail tu, aku macam tak percaya. Maklumlah, aku menulis banyak kepada kisah kehidupan. Adalah sedikit perkongsian yang mungkin membantu orang ramai. Mula-mula tu macam ragu-ragu juga. So, aku memang check pasal company ni. Rupanya company ni dah terbitkan banyak e-book untuk blogger tempatan. Malah, mereka cover seluruh dunia punya market.

Ternganga kejap!

Macam dalam mimpi.

Seriuslah!

Aku pun baca details dalam email apa yang perlu aku buat. Mereka bagi masa untuk aku siapkan manuskrip sebelum hantar. Lagipun mereka cadangkan aku kompilasikan entri blog yang sesuai dijadikan e-book. Aku pun mencari juga entri mana yang sesuai untuk buat e-book. So, akhirnya aku tulis pasal perkahwinan sebab aku rasa entri tu yang paling dapat sambutan.

Dari entri blog tu, aku kumpulkan setempat dulu. Kemudian aku edit semula untuk penulisan yang lebih sesuai untuk audiens e-book. Penulisan lebih matang dan lebih mudah difahami.

Selepas dah siap manuskrip, barulah aku hantar. Dah hantar tu yang jadi proses macam-macam sebab ada tiga kali juga aku olah dan edit. Adalah dalam 4 ke 5 hari juga dengan kerja edit-edit. E-book aku tak tebal sangat pun. Dalam 36 mukasurat sahaja. Fuh, tak terbayang kalau buku yang tebal-tebal.

Bila aku dah puas hati dengan gaya penulisan dan penyampaian dalam ebook, baru aku bagitahu pihak penerbit yang dah publish. Masa tu pihak penerbit minta aku tandatangan secara virtual borang hak milik pencipta. Kemudian selang dua minggu tak silap, baru dapat email yang bagitahu e-book aku dah ada secara atas talian dan boleh mula promosikan.

Ada juga dapat offer untuk buat printed version. Tapi, aku belum bersedia untuk buat printed version memandangkan printed version memerlukan modal. Ada baiknya aku tengok dulu sambutan dalam bentuk e-book baru buat keputusan untuk keluarkan printed version atau tidak.

Apa yang ada dalam ebook Tentang Sebuah Perkahwinan?

Secara ringkasnya, penulisan blog aku yang terdahulu sempena ulang tahun perkahwinan. Cumanya, dalam ebook, ada perincian sikit. Gaya penulisan pun agak berbeza dengan dalam blog. Aku cuma tuliskan pasal persiapan untuk berkahwin, hiruk pikuk dalam perkahwinan dan bagaimana kita boleh kuatkan lagi kasih sayang dalam perkahwinan. 

Kat mana nak dapatkan ebook Tentang Sebuah Perkahwinan?

Untuk dapatkan e-book Tentang Sebuah Perkahwinan ni, korang boleh dapatkan dari empat tempat.

1. Amazon

2. Google Play Book

3. ShopZone Singapore

4. Ukiyoto E-Book

Bagi aku, pengalaman ini sangat bermakna walaupun cuma buat e-book. InsyaAllah cita-cita aku nak letak nama Slumberlady atas kulit muka buku masih tak terpadam. Doakan aku dapat hasilkan lagi karya-karya lain yang bermanfaat untuk orang ramai.

Dan, kalau korang belum follow blog ni, silalah follow. InsyaAllah dalam sebulan paling kurang aku akan cuba untuk update setiap minggu.

Thank you yang sudi baca!

Tiada ulasan

Komen