Carian

Kempen Menderma Bersama Vit's

Assalamualaikum dan hai.

Semenjak kes penularan wabak Covid-19 berleluasa ke seluruh dunia, banyak syarikat mula mengambil inisiatif untuk membantu memberi sumbangan kepada merea yang memerlukan dan juga kepada barisan hadapan negara yang bertarung tenaga dan nyawa. Tak ketinggalan,  Vit's Makanan juga ada melibatkan diri secara aktif. Baru-baru ni, Vit's Makanan ataupun Vit's Food telah melancarkan satu kempen bantuan derma PPE untuk Hospital Kuala Lumpur. Kalau korang nak tahu, jenama Vit's ni sebenarnya dah bertapak di Malaysia sejak tahun 1975. Kebanyakan rangkaian makanan Vit's adalah mee segera. Aku paling suka beli yang macam maggi tu. Ada yang jenis tebal dan ada yang jenis halus. Sempena PKP ni boleh cari rangkaian produk Vit's Makanan secara online melalui Shopee sahaja.

Tahu tak, sejak perintah kawalan pergerakan diumumkan pada 18 Mac2020, pihak Vit's Makanan telahpun membuat rangka pelan untuk membantu masyarakat sebagai membalas jasa rakyat Malaysia yang telah meyokong produk mereka sejak 1975. Antara aktiviti yang dijalankan adalah agihan makanan kepada barisan hadapan negara seperti kepada pihak polis, pegawai bomba dan juga pusat kawalan Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. 


vit's food - covid-19

Di samping itu juga, mereka juga telah menubuhkan program bantuan makanan untuk warga emas di seluruh Malaysia. Dalam tak sedar, kita kadang terlupa hal ehwal warga emas terutamanya mereka yang berada di kampung secara bersendiri mahupun mereka yang berada di rumah orang tua-tua. Terima kasih buat Vit's atas usaha kerja bagi membantu warga emas di seluruh Malaysia. Rupanya pihak Vit's Makanan telah membantu sehingga 500 lebih warga emas! Wah, tahniah!




Selain dari memberi sumbangan dalam bentuk makanan, Vit's Makanan juga menyumbang sejumlah pakaian PPE untuk pasukan Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengarah Utusan Vit Makanan atau dikenali sebagai Malaysai Noodlesman iaitu Mr YT Lai. Kata Mr YT Lai "Ini adalah penghantaran pertama dari pihak Vit's Makanan setelah kami memesan sejumlah 'isolation gown' dari pembekal. Penghantaran kedua dijangka akan siap pada minggu hadapan (awal Mei) kerena pihak hospital memerlukan 20 000 helai sebulan". Boleh tahan sangat efisien barisan hadapan negara kita mengurangkan risiko Covid-19 ni kan? 

Dan, of course sebenarnya entri ini ditulis sebab pihak Vit's nak mengajak orang ramai menyumbang bersama dalam menangani Covid-19 dengan membeli sambil menderma. Bersempena dengan itu, Vit's Makanan telah mengeluarkan dua menu baru Vit's Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio. Dengan hasil penjualan produk terbaru ini, derma akan dilakukan dengan pembelian 'isolation gown' dan diserahkan kepada pasukan Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur.


Serba sedikit tentang Italian Mi Goreng dari Vit's Makanan.
Mi Goreng Bolognese diilhamkan dari menu klasik Itali dengan menggunakan buah tomato segar, minyak zaitun premiun serta campuran kemangi asli bagi menambahkan aura ala-ala Itali. Mi Goreng Aglio Olio juga dari menu klasik Itali yang terkenal dengan minyak zaitun dan rempah asli. Dalam setiap Mi Goreng ini ada disediakan campurn bawang putih, cabai, daun pasli dan semua ini adalah ramuan klasik Itali tau!

Kat mana nak dapatkan Vit's Makanan? 

Korang boleh klik terus link di bawah untuk dapatkan Mi Goreng baru dari Vit's Makanan dan juga produk-produk lain yang ada.



So, korang jangan lupa dapatkan Vit's Italian Mi Goreng sekarang. Sambil membeli sambil menderma. Tak salah malah lebih baik untuk negara kan?









Tiada ulasan

Komen