InsyaAllah tahun depan Wildan (anak sulung) akan masuk 7 tahun. Satu fasa kehidupan baru bagi kami sekeluarga. Selama ni nampak anak tu kecik je. Rupanya dah nak masuk darjah satu dah tahun depan. Sebenarnya dengan situasi Covid sekarang, aku agak tak bersedia terutamanya bab sekolah rendah. Dah mendaftar dah, dokumen pun dah siap hantar dah. Cuma sebab sekarang dia dah cuti lama sangat.
Selain daripada bab sekolah, hal lain yang aku risaukan ialah solat. Peringkat anak usia 7 tahun ni dah boleh suruh dia solat cukup 5 waktu. Untuk sekarang aku masih lagi ajak-ajak sahaja Wildan solat. Tak pernah paksa. Malah aku selalu bagitahu kebaikan solat, ganjaran dan pahala. Cuma biasalah budak-budak, ada masa dia taknak juga solat. Sebagai seorang mak, aku perlu kreatif dan kritis dalam memikirkan cara untuk galakkan dia solat.
Solat adalah tiang agama. Sebagai seorang Muslim, aku yakin ramai yang tahu hal ini. Dalam pendidikan anak-anak Nabi Muhammad menyuruh kita suruh anak solat ketika dia berusia 7 tahun, dan pada ketika dia umur 10 tahun masih tidak solat maka dibenarkan untuk rotan. Ada jarak masa 3 tahun untuk membentuk peribadi solat dalam diri anak-anak. Maknanya bab solat ni perlukan masa.
Sejak awal tahun 2020 ni, aku mula hantar anak-anak ke tadika sehingga jam 3 petang. Tahun sebelum ni aku hantar sampai jam 12 tengahari sahaja. Aku hantar sampai jam 3 sebab nak bagi anak-anak belajar tentang solat dan nak bagi diorang ada tidur tengahari. Dalam jadual kelas diorang, akan ada solat dhuha jam 10 pagi dan solat zohor selepas makan tengahari.
Wildan dah hafal banyak wirid dalam solat. Surah-surah lazim pun dah banyak. Kiranya kalau solat penuh tu tak ada masalah sangat cuma nak ke tak nak. Anak-anak ni biasalah bila balik rumah, apa mak suruh layan tak layan. Haha. Liat juga kadang tu bila ajak solat.
Aku tak pasti ramai ke antara ibu-ibu muda yang struggle macam aku. Tapi ini serba sedikit yang aku buat sebagai galakkan untuk Wildan solat.
1. Solat Tracker
Aku terfikir buat tracker ni dah lama. Cuma tahun-tahun sebelum ni rasa membebankan Wildan. Sekarang dia dah 6 tahun, dah sedikit besar dan faham banyak perkara, aku tak rasa membebankan dia. Malah tracker begini sebenarnya bagi dia nampak pencapaian sehari-harian dia. Yelah, dapat tanda pada tracker dia dah solat berapa waktu memang dia seronok.
So, aku nak bagi pada korang solat tracker yang aku buat sendiri. Boleh print sebanyak mana yang korang nak. Ini gambar lelakilah. Kalau ada nak request gambar perempuan, aku akan siapkan. InsyaAllah. Boleh download solat tracker dekat link bawah ni.
2. Ajak solat berjemaah
Ini sebenarnya dari dia kecik lagi aku buat. Ajak bukan suruh. Kalau dia tak nak, biarkan saja. Sebab ada je masa nanti dia nak. Sekarang dia dah besar ni, bila berjemaah dengan orang dewasa, memang dia akan setia solat. Peringkat usia 7-10 tahun belum lagi peringkat kita nak berkeras, tetapi peringkat membentuk peribadi solat.
3. Tolong dia ketika solat
Bab wirid dalam solat yang banyak membantu sebenarnya pihak sekolah. Aku sejujurnya tak pandai sangat nak ajar anak hafalan. Tahun ni, bacaan dalam solat Wildan banyak yang dah lancar. So, aku suruh dia solat dan aku duduk tepi. Mana bacaan yang dia lupa atau tersalah baca, aku tolong betulkan. Dan lama-lama, dia akan hafal dengan sempurna. InsyaAllah.
4. Ceritakan keindahan bersolat
Ada hari dia liat. Tak nak solat. Pada aku normal pada seorang budak. Tak boleh kita terus hukum dia. Pendekatan yang aku buat ialah, bagitahu dia solat ni dapat pahala, boleh masuk syurga. Ada juga aku kongsikan yang masa solat ni masa kita minta dengan Allah setiap benda yang kita nakkan. Minta sahaja dengan Allah. Kadang-kadang bila anak-anak dengar begini, dia rasa nak solat sebab dia ada benda nak diminta.
5. Berikan ganjaran kecil
Kesinambungan daripada solat tracker, kadang-kadang aku bagi reward kecil seperti bagi dia main apa yang dia nak, bagi extra screen time ataupun kudapan yang dia nak sangat makan. Bergantung pada keadaan dan kemampuan untuk bagi ganjaran. Tapi aku tak amalkan setiap kali waktu solat sebab aku tak nak Wildan bergantung pada ganjaran semata-mata untuk solat. Aku nak dia solat sebab dia rasa solat itu adalah sebahagian daripada kehidupan.
So, ini adalah 5 benda yang aku buat untuk galakkan anak-anak solat. Masih jauh perjalanan. Yelah, anak-anak kecil lagi.
Kalau korang ada tips dan perkongsian boleh tulis kat komen tau. Sama-sama kita menimba ilmu.
Siapa yang nak solat tracker, jangan lupa tekan pada link ni dan download ya.
Siapa yang nak solat tracker, jangan lupa tekan pada link ni dan download ya.
Semoga bermanfaat!
Baca: Sedekah Subuh
terima kasih sharing ni. bagus untuk didik anak-anak solat sempurna 5 waktu sehari
BalasPadamAlhamdulillah..terima kasih atas perkongsian.
BalasPadamBetul setiap kali nak solat kita ajak solat.. Then bgitau pasal Allah, cerita2 semua
BalasPadamBetul anak 7 tahun dah perlu diajar solat dan cara pantau mcm nie boleh ditirulah.. tq sharing..
BalasPadam