Carian

Petua dapatkan tidur terbaik dari Getha Sleep Therapy team

Hari tu, ada pergi jalan-jalan ke Mid Valley. Saja nak bawa anak berjalan sebab dua tiga minggu ni semua orang sibuk. Dengan hari persembahan anak-anak kelas tambahan, dengan talk untuk anak-anak sekolah tentang akil baligh, dengan persiapan untuk conference dan banyaklah lagi. Alang-alang pergi Mid Valley, singgah sekejap dekat Getha Sleep Therapy Center di sana. Korang kenal kan tilam jenama Getha? Jenama tilam yang sudah berada di Malaysia selama 50 tahun tau.

Sebenarnya aku baru tahu, nak pilih tilam ni, bukan sekadar nak kena sedap dibaring sahaja. Ada banyak faktor-faktor lain yang perlu diambil kira untuk memilih tilam yang terbaik. Dan team dari Getha sedia membantu semua pelanggan untuk mendapatkan tilam yang terbaik.

Masuk-masuk Getha Therapy Sleep Centre ni, mata aku tertarik pada katil berbentuk bulat ni. Serius sangat elegan. Nampak moden dan konservatif.


Pusing kiri pula, nampak katil bersaiz super king yang ala-ala katil diraja gitu. MasyaAllah memang terus terdetik nak kumpul duit beli set ni satu hari nanti. Berangan!


Walaupun Getha Sleep Therapy Centre dekat Mid Valley ni kecil, ada hampir 2 jam juga aku dekat dalam menelek dan berbual dengan jurujual. Cerita bukan sekadar pasal tilam sahaja, cerita juga pasal tidur berkualiti dan juga pemilihan material pun ada.

Tidur yang berkualiti sebenarnya sangat sangat penting untuk hidup yang lebih sihat, positif dan maju ke hadapan.

Aku nak share beberapa tips untuk dapatkan tidur berkualiti yang dapat daripada Andrew (jurujual yang layan aku)

1. Pastikan suhu bilik dalam 25 - 22 darjah Celcius.

Fakta ni aku tahu dari dulu lagi, tapi tak pernah ambil peduli sangat. Tapi, Andrew terangkan dengan jelas kenapa perlukan suhu yang rendah untuk dapatkan tidur yang berkualiti. Bila suhu bilik rendah, degupan jantung kita akan jadi rendah dan masa inilah sistem dalam badan kita akan bekerja untuk melakukan proses 'pemulihan' ataupun detoks secara semulajadi. Barulah aku tahu kenapa Wildan suka marah bila bilik panas. Dia selalu minta kipas dia. Dan memang bila bilik sejuk, senang sangat dia lelap dengan aman dan tenang.

2. Pastikan sebelum tidur kita kosongkan fikiran

Aku setuju dengan Andrew. Aku pernah tidur dengan keadaan stress sebab takutkan periksa tak lepas, sudahnya aku mimpi pasal periksa dan aku bangun dengan keadaan stress. Eh! Memang spoil mood bila bangun dalam keadaan stress. Banyak aku baca tentang orang berjaya yang mereka akan sediakan masak lebih kurang setengah atau sejam sebelum tidur. Sebagai seorang Muslim, sunnah Nabi ada mengajar amalan-amalan sebelum tidur seperti baca surah Al-Mulk, baca surah tiga Qul, baca zikir dan baca doa tidur. Buat semua ni boleh jadi setengah jam ke sejam juga kan?

       Baca: Surah Al-Kahfi 1-10

3. Pastikan bilik dalam keadaan yang gelap

Aku bukan peminat bilik gelap gelita. Cuma sejak dah duduk asrama, aku tak lah memilih sangat sama ada gelap atau tak. Bila dah ada anak ni, ada masa anak-anak nak ada lampu sikit. So, memang biasa ada lampu dari bilik air yang malap-malap. Kata Andrew, kalau ada cahaya, biasanya susah untuk capai 'Total Deep Sleep' sebab otak kita menerima signal dari cahaya. Hmmm. So, lepas ni kena train anak-anak tidur kena gelap sepenuhnya.

4. Sebaiknya ada aroma yang membantu untuk tidur.

Siapa yang tahu pasal essential oil, mesti tahu Lavender antara essential oil yang bagus untuk membantu kita tidur. Getha sendiri ada keluarkan Sleep Therapy Kit yang dapat membantu kita dapatkan tidur yang berkualiti.

Setakat itu sahaja yang dikongsikan oleh Andrew. Selain daripada tips untuk mendapatkan tidur berkualiti, ada juga dia cerita pasal jenis-jenis tidur dan jenis tidur yang terbaik adalah 'total deep sleep'. Dapat 'total deep sleep' memang akan mencergaskan dan menyegarkan. Korang pernah kan tidur lama gila lepas tu tetap lemau, malah rasa lagi lemah. Sebabnya, tidur yang lama tu tak sampai pun 'total deep sleep'. Nampakkan betapa pentingnya tidur ni.

Ada lagi aku nak cerita pasal Getha ni. Di Getha, mereka tidak menggunakan langsung spring dalam pembuatan tilam. Mereka guna seratus peratus GETAH ASLI! Ya, getah yang dari pokok getah tu. Memang tilam dia macam berat sikit tapi, dia punya bouncy macam ingatkan ada spring tapi tak ada langsung!

Kenapa tak ada spring langsung?

Andrew kata, kalau spring, banyak kelemahan antaranya mudah keras dan cepat rosak. Ini aku setuju. Kat sekolah pernah tau dapat tilam keras sebab spring dah keras. Bukan tu je, kalau perasan, tilam spring ni sampai satu masa dia akan ada satu tempat yang tenggelam sebab spring nya dah mati, tak bouncy dah.

Dan, ada satu fakta baru aku tahu. Yang spring berkemungkinan menyerap radiasi yang ada disekeliling dan berpotensi untuk menyalurkan radiasi tadi pada badan kita masa kita tidur! Aku dengar macam terkejut sekejap. Tak pernah terfikir pun pasal benda ni. Tapi secara logik sains, boleh terjadi sebab spring diperbuat dari besi. Zaman sekarang pula kita hidup dengan teknologi di setiap ceruk. Belum kira kalau kita jenis tidur dengan handphone. Oh mai!

Kalau semua tilam dia getah, tak ada tilam yang keras?

Aku tahu, ada orang suka tilam yang keras. Dan ada sesetengah masalah kesihatan seperti sakit belakang, tak digalakkan tidur atas katil yang lembut. Di Getha, mereka campurkan sedikit sabut kelapa sawit untuk memberi kekerasan pada tilam. Sabut ni direndam dalam getah supaya dapat beri sedikit effect bouncy. Taklah keras macam atas lantai. Dan bagusnya sabut kelapa sawit ni, dia bahan penghalang semula jadi pepijat. InsyaAllah pepijat tak duduklah dalam sabut ni. Bagus kan?


Kalau aku nak cerita semua yang Andrew cerita, memang panjang. Aku nak cerita pasal tilam signature Getha: Latex 99. Tilam ni memang tilam paling terkenal sebab memang getah asli sepenuhnya. Dia punya lembut, aku duduk je terus rasa nak baring. Suami pun, bila baring terus dia tanya 'memang tak ada spring ke?' Memang tak ada langsung spring tau!


Yang bestnya, kalau beli tilam dengan Getha ni, dia komplimentari dengan matress protector.

Selain daripada tilam, Getha juga ada sediakan satu kit istimewa untuk dapatkan tidur berkualiti. Namanya 'Sleep Therapy Kit' yang mempunyai alat-alat menyentuh 5 anggota deria. Kit ini lengkap untuk membantu 5 deria tidak diganggu semasa tidur.

Apa yang ada dalam kit ni?

1. Topeng Mata 'I Am Sleeping'
2. Earplug
3. Bantal Peluk Teddy yang lembut
4. Teh Herba Bunga Chamomile
5. Penyembur Nano Silver

Getha buat Sleep Therapy Kit ni khusus supaya orang ramai boleh dapatkan tidur yang berkualiti untuk kesihatan yang lebih baik. Sebab tu dia lengkap dengan kit kit untuk 5 deria manusia.

Macam mana nak dapatkan kit ni?
Boleh beli dekat website diorang terus.

Website: https://www.getha.com.my/sleep/
Instagram: https://www.instagram.com/gethabedding
Facebook: https://www.facebook.com/gethabedding
Shop Online: https://shop.getha.com.my/




Tiada ulasan

Komen