Carian

Buat duit online tanpa berniaga.

Zaman sekarang ni sekadar makan gaji tak cukup. Kos sara hidup semakin tinggi, tapi kenaikan gaji tetap tak banyak. Harga rumah, kereta dan barang boleh naik sampai 30-40 peratus tapi gaji naik tak sampai 20% setiap tahun. Siap ada yang bandingkan 20 tahun lalu, gaji RM2000 dah boleh beli Honda. Zaman sekarang masih boleh beli, tapi ikat perutlah tiap hujung bulan. Betul tak?

Nak tak nak, ramai yang buat kerja sampai 2-3 jenis. Tak kiralah kalau pagi kerja office, malam buat grab atau jual burger atau buat bisnes online dan hujung minggu part time jaga restoran atau butik. Selagi boleh cari jalan buat duit lebih, buatlah sampai lebam. Bukan sebab mata duitan, tapi kos sara hidup meningkat saban tahun. Kena cari jalan untuk survive.

Sejak balik Malaysia (tahun 2015), aku dah mula cari jalan untuk buat duit tanpa perlu berniaga. Aku jumpalah beberapa cara untuk buat duit tanpa perlu berniaga. Salah satu daripadanya ialah dengan menjawab survey-survey tentang produk-produk, iaitu jadi panelist survey.

buat duit dengan survey


Sebenarnya banyak platform untuk jadi panelist survey ni. Kalau rajin, dapatlah sebulan dalam range RM50 - RM100. Ada aku jumpa boleh buat RM200-RM400 juga. Kurang-kurang duit masuk, betul tak?

Aku dah mendaftar dekat 5 - 6 platform. Bukan sekaligus semua. Dari masa ke masa aku tambahlah. Biasanya setiap kali jawab survey korang akan dapat point. Point inilah yang akan ditebus menjadi ganjaran yang korang hendakkan. Ada platform bagi pilihan dari vaucher sampai cash. Ada juga platform cuma bagi tebus melalui vaucher sahaja.

Dalam banyak-banyak platform, aku paling kerap tebus dari 5 platform ni. Ada yang memang monthly aku tebus masuk dalam akaun paypal, ada yang aku tebus vaucher untuk topup credit telefon.

Peringatan: dengan jadi panelist survey, korang hanya buat duit geli-geli, bukan boleh ganti gaji bulanan tau. Nak ganti gaji bulanan join MLM. Serius tau. 


Semua platform ni legit, bukan tipu-tipu. Aku dok menebus sejak tahun 2016 lagi.

1. Toluna


Ini platform pertama yang aku jumpa masa tahu 2015. Masa tu memang blur nak buat macam mana. Hari-hari buka website, mencari kot ada survey yang nak dijawab. Haha. Rupa-rupanya tak payah pun pergi website hari-hari. Check email hari-hari. Biasa dalam seminggu akan ada dalam 2-3 survey yang dibuka. Sebelum proceed jawab survey dia akan bagi soalan untuk tapis kelayakan kita untuk jawab. So, tak semestinya ada survey yang dibuka kita boleh jawab.

Dalam platform Toluna ni, dia bagi kita banyak pilihan untuk tebus poin. Antaranya vaucher Aeon, cash ke akaun Paypal, vaucher Giant.

Aku suka tebus cash ke akaun PayPal je. Sebab kalau tebus vaucher, entah bila nak guna. Tahu-tahu dan mati dah tempoh guna. Haha. Masuk cash lagi berbaloi, kan?

Points tu adalah current yang aku ada. Dah banyak kali tebus since 2016.

Kalau nak register Toluna ni boleh klik link ni je: https://my.toluna.com/

2. Rakuten Insight


Sebelum nama Rakuten Insight ni, nama lain. Nama lama dia AIP Surveys. Nama Rakuten Insight ni dalam tahun 2018 macam tu.

Awal-awal aku bagitahu platform ni tak ada tebus poin ke bentuk cash. Dia bagi dalam bentuk vaucher dari vaucher KFC, AEON dan juga topup. Topup bukan semua telco, ada beberapa telco sahaja: Digi, Xpax, dan Hotlink tak silap.  Aku pernah tebus dua kali untuk topup. Platform ni memang jarang update kita dengan survey. Poin yang dia bagi pun tak banyak mana, kena extra rajin supaya poin mencukupi. Hehe.



Nak register Rakuten Inside boleh pergi website ni : https://my.m.aipsurveys.com/


3. B-Infinite

Siapa kenal BCard? Biasanya yang ada kad Tealive, kad Kenny Rogers, semuanya BCard. Sekarang namanya B-Infinite. Dia sebenarnya loyalty card ala-ala Boost dan Shopback. Cuma, kita tak boleh tebus cash. Kita boleh tebus dengan cara tolak point dengan total barang yang perlu dibayar dekat kedai-kedai yang sign up dengan B-Infinite.

B-Infinite juga buka peluang pada pemegang kad untuk kumpul point dengan jadi panelist survey. Aku selalu tebus point B-Infinite dengan bayar makan kat Kenny Rogers atau Tealive. Pernah juga bayar postpaid Umobile guna point dalam B-Infinite.


Nak register semestinya korang kena ada B-Infinite card tu. Boleh buat dekat mana-mana kedai yang berdaftar. Check je dekat website: https://www.binfinite.com.my/

4. Viewfruit


Ini platform kedua paling kerap aku tebus poin. Aku join dalam tahun 2017. Platform ni sangat banyak survey. Almost setiap hari akan dapat email untuk inform kita join survey yang ada. Tapi of course tak semestinya kita layak untuk jawab semua survey, memang akan ada pre-survey untuk tapis kelayakan kita sama ada kita ni target yang dicari atau bukan. Platform Viewfruit ni memang akan bayar cash ke dalam akaun Paypal bila kita tebus. So, kalau belum ada PayPal, silalah register sekarang.

buat duit dengan jawab survey
Dari Viewfruit ni aku dah tebus 35USD sejak register. 

Nak register Viewfruit boleh klik link ni terus: https://my.viewfruit.com/


5. Vase

Ini memang platform survey Malaysia. Platform ni akan terus masuk duit ke dalam akaun. Tak ada kumpul poin ke apa. Masa kita register pun dia akan minta semua details yang perlu untuk kita jadi panelist.

Vase ni jarang ada survey, kalau ada bayaran tak banyak. Tapi, kalau sekali dia offer bayaran yang banyak, rajinkanlah diri sebab kalau bayaran banyak maknanya kerja banyak sikit. Hehe. Nak duit ke tak nak?

Nak register ke platform Vase boleh klik link ni: https://getvase.com/


6. Valued Opinion
Ini salah satu platform yang aku dah tak ingat sejak bila aku daftar. Tapi antara yang terawal juga rasanya. Platform ni agak slow dan dia tak bagi cash. Vaucher sahaja dan terhad. Buat masa sekarang ni ada vaucher KFC, Aeon dan Zalora.

buat duit dengan survey

Nak register ke Valued Opinion boleh klik link ni: https://www.valuedopinions.com.my





Okay, panjang pula cerita pasal pusat-pusat survey untuk korang buat duit. Mana yang korang rasa berminat nak join, terus je join sekarang tau. Memang nampak macam alah ciput je, tapi kurang-kurang boleh buat duit tepi-tepi. Macam aku terasa kononnya ada offshore account (padahal PayPal je pun).

Selamat menjana pendapatan sampingan!

            Baca: Duit Tabung Haji

44 ulasan

  1. Nowdays macam-macam cara ada untuk buat duit kan. Skang lg senang semua kt hujung jari. Baru tahu psal website2 ni. Nak cubalah nnti. Mana tahu boleh buat income2 tepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Sekarang sebenarnya banyak cara nak buat duit. Kena rajin cari gali.

      Padam
  2. LeYa pun dah lama tak menjawab survey-survey tersebut. Rasanya bila terbaca entry, dah boleh aktif semula jawab survey..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teruskan je balik kalau akaun masih aktif. Dapatlah tepi-tepi duitnya. :)

      Padam
  3. wahh.. syoknya dapat baca entri yang ni.. sebab TB pun suka cari duit sampingan melalui survey dan cara macam ni .. ada jugak ynag TB dah dapat hasilnya.. yang viewfruit tu TB tak snagat legit.. ingatkan spam.. huhuhu.. boleh la sambung guna akaun lama tu.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu mula-mula join viewfruit tak faham, bila dah faham memang seronok buka email. Menantikan survey untuk dijawab.

      Padam
  4. Ada jugak join Toluna dengan Rakuen Insight tu tapi asyik terlepas je nak jawab survey sudahnya mereput dalam mailbox. Banyak jugak eh akak dapat dalam sebulan. Keep it up!

    Farhana Jafri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you. Kalau Farhana rajin nak jawab-jawab survey ni memang boleh buat duit sikit-sikit. Dapatlah nak jadikan duit simpanan (acah-acah akaun offshore ke kan? haha)

      Padam
  5. banyak betul cara buat duit online ni. dalam banyak banyak cara yg disebutkan di atas, saya cuma ada b infinite. senang bile nak beli tealive dengan shopping online. masukkan code shj

    BalasPadam
    Balasan
    1. b infinite memang best! cuma sesetengah merchant tak inform staff. macam seven eleven. kenny rogers pun ada staff blur kita bagi kad. katanya bukan ka krr, tak boleh guna sedangkan tu kad b infinite.

      Padam
  6. Sekarang ni senang nk buat kan secara online.. Cuma kena tahu ianya halal atau tidak dari segi dptkan duit tu.. Paling best klo yg jnis jawab2 survey pun dpt juga duit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kena pastikan sumber juga. Untuk survey ni dia memang tapis orang mengikut market yang dia cari. Dan sambil jawab survey kita dapat tahu akan ada produk baru di pasaran dan sesetengah kita belajar benda baru juga.

      Padam
  7. Banyak jugak platform survey ni ya. Bagus jugak untuk tambah duit sampingan. Ada jugak email utk buat survey2 ni tapi tak reti nk buat. Kena belajar le cam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawab je. Haha. Awal-awal dulu pun biarkan email terperam. Lepas dua tiga bulan terfikir nak buat secara konsisten. Every day check email. Ada je survey jawab. Tak ada survey tak apa. Kurang-kurang checklah email lah tiap hari.

      Padam
  8. Wah..tak sangka banyak apps yang boleh kita jana pendapatan. Kalau harapkan gaji semata-mata, memang tak setara dengan inflasi kan? Jangankan 20%, kebanyakan syarikat kenaikannya 10% pun tak sampai. Biasanya dalam 5% camtu je. Unless naik pangkat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inflasi teruk sekarang. Yes, kenaikan ada juga yang tak sampai 10%. Kos hidup makin tinggi tapi gaji macam tu juga. Huhu. Nak tak nak kena outsource

      Padam
  9. Sekarang ni memang banyak cara untuknkita daoatkan duit secara online. Salah satunya ialah jawab survey. Selain daripada dapat duit boleh jugak kumpul points untuk tebus baucer fre . Saya ada jugak join beberapa survey online ni .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Macam vaucher tu ada je yg sangat berguna macam topup dan vaucher giant ke kan. Hehe

      Padam
  10. Memang pelbagai cara pun nak buat duit online, heheh. emi sendiri pun duk jana pendapatan online dari pelbagai cara. Dari blog, jawab survey, macam2 lagi lah

    BalasPadam
  11. Sebenarnya ada lagi sis. Mcm globaltestmarket. Kita pernah tebus voucher dari situ. 2x kot. Tapi ni xdan sangat nak jawab survey. Sedih. Kadang jawab survey tak boleh pakai fon. Nak on laptop payah gak. Sebab berebut dengan anak. Hehe
    Kita pun ada juga jawab2 survey ni untuk tambah pendapatan. Apatah lagi sebagai surirumah kan.
    Jadi nak bantu suami dgn adanya duit tangan sendiri la. Segala keinginan ni kalau nilai kecik2 boleh je guna duit sendiri kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Register juga globaltestmarket tu tapi dia jadi platform lain. Huhu. Blur jadinya. Macam divert web ke apa.

      Padam
  12. Dulu rajin join jawab survey ni, sekali ada point yang expired. Sakit jiwa betul. Dah la nak kumpul tu payah. Tapi not bad juga bila dapat kumpul duit sikit-sikit kan. Nak tau apps boleh Jana duit? Download Jag Malaysia masukkan username qisstiera . Boleh dapat rm50.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini jaq rewards tu kan? Tak pernah download lagi. Hehe. Boleh lah cuba nanti.

      Padam
  13. ouhhh banyak rupanya platform online yg kita boleh buat duit. serious tak tahu. nanti nak check it out lah satu epr satu platform nie. mana lah tahu ada rezeki utk tambah2 pendapatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. do check them out. sebab jawab survey juga tambah life knowledge and product knowledge.

      Padam
  14. Kita pun dah daftar semua platform yang dinyatakan memang betul dalam keadaan terdesak dan juga tak cukup duit ia sangat membantu tak banyak tapi dapat lah juga bagus tapi kena rajin dan konsistan

    BalasPadam
  15. Thanks sharing. Byk juga yg huda baru tahu. Boleh la nnt ada masa daftar dan luangkan masa jawab survey2 dan dpt voucher

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Daftar jangan tak daftar. To me platform macam ni antara cara mudah buat duit sampingan sambil main internet.

      Padam
  16. bab survey ni kena rajin je sebenarnya..BBL pun ada jugak join 2 3 website jawab survey mostly dorang offer bayaran untuk jawab survey. okay la dari isi borang ntah apa-apa boleh generate income sikit. sambil baring sebelum tidur boleh jawab soalan mana yang patut

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes! rajin dan rajin. once you malas, habis. haha. sambil baring punn boleh.

      Padam
  17. Wah banyak gak tu u dapat. Sikit sikit lama lama jadi bukit kan org kata. Menarik gak ni,drpd guna internet untuk benda hiburan ja, baik laa guna utk cari duit poket gini kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oklah such amount untuk time spend on internet. Hehe. Betul tu, rather than scroll je and just buang masa, baik buat something beneficial.

      Padam
  18. Thanks for sharing these tips and ways to earn some income online, I pun berminat and will check it out.

    BalasPadam
  19. Nak try jugaklah...boleh dapat income on the side..memang betul akak cakap...kerja banyak mana pun sekarang ni macam tak cukup untuk survive.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaaan! Sebab kos barang makin naik. Tapi gajinya naik tak naik je. Huhu

      Padam
  20. Nice sharing... 1st time datang sini. Done follow.. jemput follow back.. terima kasih :)

    BalasPadam
  21. assalamualaikum sis..

    tahu tak apa no akaun paypal yg kita kena isi di tetapan akaun viewfruit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. paypal tak ada no akaun. biasanya masa tebus tu nanti dia akan minta email yang kita register paypal tu.

      Padam
  22. ada aplikasi nama nya Cashzine. baca berita/artikel, share artikel, kita dibayar. sangat senang nak buat duit tanpa modal ni.

    jgn lupa masukkan kod jemputan : 1875883
    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try ysense plak
      https://www.ysense.com/?rb=71062168

      Padam
  23. Sama la...tq info menarik..semua bisnes sy redah...
    Tapi masih belum ada yg meletop....😉


    Kat sini nk share sikit la link..utk kaki2 shopping..


    https://web.publicecommerce.com/angBao?lang=ms&countryCode=MY&shareCode=WNSU2A&serialId=476014682415570944&a=goodsDetailNew

    BalasPadam
  24. Sy jengah sini hujung 2019, terinspirasi dr penulisan puan, sy pn mula buat online survey nih. Sy mula buat spt yg puan cdgkn, dan tambah buat bbrp lg online survey yg lain spt yougov, surveyon dll. Tkasih puan.

    Selepas bbrp bulan nih, ada yg dah cashout. Yang paling byk ialah ysense, mula buat 24 feb sehingga kini 2 mei sy dah cashout 50 dollar, lebih kurang 200++ la. So sy suggest sapa2 yg buat online survey nih mesti masukkan ysense dlm list survey company dorg. Ni link ;
    https://www.ysense.com/?rb=71062168

    BalasPadam

Komen