Carian

Mesin jahit sulam Janome MC500e

Assalamualaikum.

Excited nak cerita pasal mesin jahit sulam. Sebenarnya minat menjahit dari zaman sekolah lagi. Minat sebagai hobi je. Paling seronok bila kelas Kemahiran Hidup. Projek buat blaus, buat skirt. Masa projek buat blaus, skirt, kat rumah sempat lagi dengan mak buat blaus dan skirt untuk raya. (mana pergi entah baju dan skirt tu) Guna mesin jahit mak yang klasik dari US.

Pernah jugalah terlintas cita-cita nak jadi fashion designer juga. Dulu rajin buat sketch walaupun tak lawa. Haha. Berangan bukan main. Selain buat blaus dengan skirt, selalu juga buat cross stitch. Isi masa kosong kononnya. Sampai ke Moscow dulu pun ada buat cross stitch (mana entah letaknya.) Sekarang banyak alter baju dengan buat busy book sikit-sikit.

Janome Memory Craft 500E


Sebelum raya haji (Ogos 2018), mak ajak beli mesin jahit sulam. Sebab dia nak expand buat home based business menjahit Aina (adik yang OKU). Memandangkan ianya mesin jahit sulam berkomputer, why not kan? Sambil asah skill lama, kita grab skill baru juga.

Nama penuh mesin sulam ini ialah Janome Memory Craft 500E. Ini versi terbaru. Model yang lama namanya Memory Craft 350E.

Oh ya, mesin jahit ni beli dekat kedai Pusat Kraftangan Epal. Pusat Kraftangan Epal ni ada banyak cawangan di seluruh Malaysia. Boleh tengok di website Epal untuk cawangan yang berdekatan dengan korang.

Apa yang menarik bila beli mesin jahit dengan Epal ni, mereka bagi kelas secara percuma selama setahun. Kelas-kelas ni ada banyak projek-projek yang boleh kita manfaatkan untuk buat 'home based business'. Kelas ni ikut selesa kita nak datang bila. Isnin sampai Ahad, siang sahaja. Kelas percuma ni untuk dua orang, bukan seorang tau. Bagus tak bagus?

Untuk kelas, bimbingan dan tunjuk ajar memang free. Paling-paling benda yang kena bayar ialah bahan-bahan projek. Sebab dekat Epal ni memang ada buat projek bulanan, ada tahapan kemahiran dan juga projek tambahan. Kita beli je set bahan projek tu. Dalam set tu ada semua bahan yang diperlukan beserta arahan. Yang tinggal, datang kelas buat sama-sama dengan cikgu.

Sebenarnya mak dah beli sebuah mesin jahit yang biasa dan yang gunanya Aina. Mesin jahit biasa yang ada fungsi sulam secara manual. Kena pandai main kain dan kawal kaki untuk kelajuan mesin. Dari mesin tu dah banyak hasil jahitan dan jualan dia buat. Dari beg pouch, pencil case, batu seremban dan terbaru ni buat pot holder.

projek jahitan asma aina
Batu seremban hasil jahitan Ainaa.


Untuk batu seremban ni, korang boleh baca apa kebaikan bermain batu seremban terutamanya untuk anak-anak kecil.
>>> Ilmu dari Batu Seremban<<<

projek jahitan asma aina
Ini pula pencil case/make up bag/ pouch yang Ainaa buat.


Sejak November lagi aku dah start aktif dengan mesin sulam. Buat tempahan tuala untuk reunion ayah, sulan tuala untuk hadiah guru adik ipar. Penat juga walaupun yang menyulamnya mesin tapi nak setup, quality check dan kemasan-kemasan terakhir tetap manusia.
Dan, Disember aku mula buat projek menjahit kalendar yang akhirnya siap selepas tiga minggu dengan demam dan sibuk daftar anak sekolah. Haha.

perpetual calendar


craft Janome Memory Craft 500E
Tiba-tiba jadi logo!

Yang terbaru, aku pulun buat sulaman atas tuala, sarung bantal dan leather (buat keychain) untuk Homestay keluarga di Temerloh. Tak pasal-pasal jadi logo pula. Haha.

Sebenarnya baaaanyak lagi benda boleh dibuat dengan mesin jahit sulam ni. Aku belajar secara online dan offline di kelas Epal.

InsyaAllah memang ada perancangan nak buat business kraf. Sekarang tengah slow-slow memperkenalkan diri dan menceburkan diri.

Wish me good luck!




40 ulasan

  1. good to know of this sewing machine. Been wondering which is suitable sewing machine for me, I used to like sewing too during KH time. Now with kids more busy as need fetch and send tuition as well. Both also diff time of school, sure I need time out for myself. Sewing can be good hobby too!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Other than writting, sewing is one of my favourite hobby. I could spend time doing craft without even a break sometime. Haha.

      Padam
  2. Bestnya. Kalau dapat satu ni macam2 boleh buat kan. Teringin jugak nak ada satu walaupun x pandai sangat mnjahit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut cikgu di Epal, tak perlu pandai menjahit pun boleh guna. Yang penting rajin belajar. Sebab mesin ni senang nak digunakan.

      Padam
  3. Wahhh... Cantiknya sulaman Asma... Menarik sangat.. LeYa tak pandai menjahit..hehe.. Suka betul tengok seni menjahit ni.. Yg calendar tu kreatif sangat.. Semoga berjaya ye dengan minat & bidang yang diceburi

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah terima kasih. Yang kalendar tu sampai demam nak siapkan. Haha. Tapi memang seronok bila dah siap. Diri sendiri pun tak percaya tu hasil tangan kita.

      Padam
  4. wah menariknya jahitan sulam tu. nampak kemas je. dah ada mesin ni no excuse ya untuk tak buat. hehehe semoga sukses!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Betul tu. Alasan yang paling famous ialah malas je laaa kan. Haha. Terima kasih.

      Padam
  5. Woww.. Kagum AM sebentar lihat hasil rekaan awak.. Memang terbaik.. AM suka dan sangat menyokong utk awak teruskan ke next level..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Tak adalah rekaan sendiri. Bahan dan template cikgu dah bagi. Kita ikut je arahan. Terima kasih.

      Padam
  6. aida minat! cuma lom ada masa.
    ada jugak riki riki produk & kelas epal ni. ada buka booth kat mall kan.
    sgt la berminat. harga pun berpatutan. cuma kekangan masa!!!
    sgt cantik hasil nyer. paling minat is the calendar tu! kreatif overloaded...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada booth! In fact untuk student epal, booth FREE tau. Tinggal kita buat craft dan pergi booth tu je. Harga dekat Epal berpatutan dengan after sale service; kelas ada, bimbingan ada, ilmu pun ada.

      Padam
  7. hobi ni kalu dah minat boleh lagi side income tau. tengok detail sulaman kat produk homestay tu boleh tahan nice dan cantik. Lepas ni boleh sulam nama anak-anak kat tuala..tak tertukar tuala bila balik kampung kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Design tu suami yang buat. Kita bab design tak pandai. Haha.

      Betul! Tuala senang tertukar kalau balik kampung. Duduk taska ke pun selalu juga.

      Padam
  8. Makcik SA ada set kengkap Janome dari Epal ni...banyak gak dia invest sampai masuk kelas bagai kan..untuk orang minat menjahit patut ada la kat rumah..kalau jenis x minat macam SA memang x jadi apa la kalau beli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minat dan rajin. Minat tapi malas tak jadi kerja. Haha.

      Wah! Banyaklah mesin dia ya? Saya kenal juga few makcik-makcik yang memang dah beli sampai 5-6 mesin, projek berlambak-lambak. Jealous juga tengok.

      Padam
  9. macam best pulak mesin jahit sulam ni. yang kalendar tu cantik. blh buat buku bacaan untuk budak kecik kalau pandai jahit ni. hmmm. mcm terminat pulak nak belajar benda ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best! Sebab tak perlu pandai menjahit sangat pun. Belajar dan rajin.

      Padam
  10. Wah...very interesting. Looks beautiful. I am really fail in this sewing stuffs all.

    BalasPadam
    Balasan
    1. It's okay dear. Every one has their strength. Either way, this machine doesn't require that much sewing skill since the machine did almost everything. After all sewing is skill. You learn and keep on practicing.

      Padam
  11. yaallah sis,terujanya saya tengok mesin ni..insyaallah boleh menjadi nanti business ni,yang penting sis kreatif sangat..berkenan tgk kalender tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesin ni memang buat orang teruja dengan skrin dia. Hehe. InsyaAllah plan jangka masa panjang memang nak buat bisnes. Ramai yang berkenan dengan kalendar ni.

      Padam
  12. Bestnya ada mesin jahit sulam epal ni. Kita suka sangat. Tapi nak membeli tu, tidak la kot. Ada mesin jahit biasa tu pun dok dalam kotak. Ntah bila nak guna balik. Hehe
    Teruja tgk kalendar tu laa.. Bkn senang nak buat tu kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalendar tu sampai demam buat. Haha.

      Betul, sebelum beli kena fikir masak-masak sebab nak pastikan pelaburan kita berbaloi. Hehe.

      Padam
  13. That's a very nice art pieces by you, so pretty! My mum used to sew too. I like the thing she sew for us. but she has not sew for years because she can't see clearly. Maybe I should try it out

    BalasPadam
    Balasan
    1. You should try! I don't know why but to me sewing is my calming session.

      Padam
  14. Cutenya dan simple je. Dulu mama saya pun rajin juga jahit menjahit ni. Then, lelama dah takda masa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menjahit memang memerlukan masa. Tapi kalau dah minat insyaAllah apa pun boleh.

      Padam
  15. ya ampun cantik dan kreatifnya hasil seni jahitannya...sy ni agaknya kalau ada mesin un belu tentu mampu nak jahit macam ni...bestnyaaa...moga dapat hasilkan lebih banyak lagi jahitan yang menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Doakan ya! Sebab banyak plan nak buat hasil jahitan.

      Padam
  16. eh cutenya yang ada nombor-nobor tu..bgus untuk anak-anak belajar..jahit sendiri ke..bgus la..dulu batu seremban tu pun nad pernah jahit juga..permainan zaman dulu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nombor tu jahit dengan mesin sulam.

      Anak-anak saya selalu cabut nombor kalendar tu. Haha. Diaorang geram agaknya.

      Padam
  17. Wah. Bagusnya mesin nie. Dan banyak kegunaannya - especially nak buat yang sulam tu - cantik je logo tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Ramai yang saya tengok beli ni untuk buat bisnes sulam pada baju. Tapi mesin ni memang boleh buat macam-macam.

      Padam
  18. Wahhh mesin jahit sulam. Boleh tunjuk kat kakak2 emi, sebab dorang memang tengah ralit dengan hobi menjahit dorang tu. Rasanya dorang belum ada mesin jahit sulam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba untuk invest! Sebab kalau pandai guna dan boleh hasilkan banyak kraft, memang berbaloi. Cari je cawangan Epal yang berdekatan.

      Padam
  19. Cantiknya! Suka yg makeup box jenis kain, nampak Soft dan jugak exclusive! Siap blh jahit logo tu... nampak professional 👍👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow! You just gave me and idea! Hehe. Ada banyak lagi plan kraft yang nak dihasilkan. And fabric make up box might just been added. Thanks

      Padam
  20. BOLEH SAYA TAHU HARGA MESIN TERSEBUT DAN DIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN MESIN NI YE?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cari di Pusat Latihan Kraftangan Epal. Boleh check di website http://epal.com.my/ untuk tengok cawangan yang berdekatan. Masa saya beli ni haritu tengah proses pemansuhan gst dan tiada sst. Dapat dalam 10k. Kalau sekarang rasa dalam 12k juga kot.

      Padam

Komen