Carian

Join Try And Review Now!

Assalamualaikum,

Hai! Hari ni aku nak share satu website untuk mereka-mereka yang suka mencuba produk-produk baru dan juga mereka yang suka bagi review yang jujur dan telus tak bertapis.

Aku join dah dekat setahun juga kot. Asalnya aku join sebab ada orang share dapat set Teh Lipton yang berperisa tu.





Boleh pergi kat website Try And Review untuk daftar tau.

Macam mana prosesnya?
Senang sangat!

1. Daftar dulu, dengan butang SIGN UP. Isi semua maklumat yang diperlukan.

2. Pergi kat page TRY PRODUCTS dan pilih product yang korang rasa nak cuba. Bila klik APPLY NOW, korang akan pergi pada page soalan saringan. Soalan senang-senang je. Soalan ni untuk tentukan korang akan dapat ke tak produk tu.

3. Tunggu dengan sabar. Biasa proses saringan makan masa 2 minggu ke 2 bulan juga. Dan korang akan dapat email bila senarai tester terpilih keluar.

4. Dah dapat produk, cuba dan tinggalkan review kat Try And Review ni. Biasa diorang akan hantar mesej dan email untuk remind kita supaya tinggalkan review.


try and review

Kena bayar apa-apa ke?
Nope! Free je.

Biasanya, diorang akan bagi contest review. Siapa yang post review kat media sosial, Facebook, Twitter ke Instagram dengan review yang menarik boleh menang hamper product. Ini optional. Tak wajib pun buat. Kalau buat, ada rezeki menang dapaaatlaaaa hamper kan. Hehe.

Sepanjang aku dah join Try And Review ni aku baru dapat dua product je. Vaseline Sun Protection (saiz besar weyh!) dengan AHC Hydra B5 Toner and Lotion (travel size). Memang dapat free. Postage pun tak perlu bayar. Tapi, of course kenalah tinggalkan review kan.

Oh ya, kalau korang suka sangat bagi review, korang boleh je scroll over dekat website diorang tengok product-product yang dibuka untuk review dan tinggalkan review korang. Mana tahu review yang korang tinggalkan membantu orang lain yang tengah pilih produk kan.

So, tunggu apa lagi?
Pergi daftar kat website Try And Review cepat.
Banyak tau product yang tengah dibuka untuk menjadi tester.




Tiada ulasan

Komen