Carian

Kereta Sewa Layan Diri

Assalamualaikum.

Siapa pernah dengar pasal aplikasi SOCAR?
Sebenarnya aku baru tahu pasal aplikasi ni pun dari encik suami. Hehe.

Ceritanya begini, minggu lepas, encik suami tiba-tiba ajak guna kereta sewa. Mula-mula tu, aku macam 'dah kenapa nak pakai kereta sewa? Kita kan ada kereta.'
Dia kata dengan aplikasi SOCAR ni, boleh dapat kereta sewa PERCUMA untuk 2 JAM PERTAMA BAGI FIRST TIMER.





So, apa sebenarnya SOCAR ni?

SOCAR ni aplikasi sewa kereta layan diri (self-service). Tak perlu lagi susah-susah pergi kedai sewa atau susah orang hantar kereta. Kita tempah kereta, pergi kat kereta dan terus guna. Senang je.
Dalam aplikasi SOCAR ni ada banyak pilihan kereta dari kereta keluaran tempatan sampailah yang kereta import. Pilih je nak pakai kereta yang mana.
Bila dah pilih kereta, kita tinggal pick up di lokasi-lokasi yang diberitahu. Pergi sana dan ikut arahan dalam aplikasi SOCAR dan terus guna kereta. Kunci? Come on, sekarang kereta semua keyless. Haha.

Dia punya method simple : BOOK, UNLOCK and DRIVE.

Mesti korang tertanya pasal minyak kan?
Minyak FREE 30km untuk sejam!
(Update April 2019: Sekarang cuma 20km minyak sahaja FREE)

Dalam kereta SOCAR akan sediakan untuk pemandu dua jenis kad: fuel card untuk isi semula minyak tanpa keluarkan duit sendiri dan parking card untuk kita masuk parking ke tempat-tempat yang parking berbayar. Kalau korang isi minyak sendiri atau bayar parking sendiri, tak boleh redeem sebab diorang dah sediakan dua kad tadi. Unless, dalam masa sejam korang pergi lebih dari 30km 20km, minyak kena tanggung sendiri la.

SOCAR
Untuk kereta SOCAR, memang akan ada logo 'SOCAR' pada kereta.


Dah tu, kalau minyak pun free, kita bayar apa je? Bayar servis guna keretalah. Harga sewa pun ikut jenis kereta dan tempoh masa. Bayar sewa pun tak mahal mana pada aku. Berbaloi dan berpadanan dengan kereta.

Contoh, kitorang ambil Honda City. Sewa selama 5 jam, 2 jam pertama dah percuma. Jam yang selepas tu caj dalam RM10/jam. Untuk pertama kali, akan ada sedikit bayaran pendaftaran. Sekali sahaja. Lepas-lepas tu tak ada caj dah. Oh ya, semua bayaran dibuat sebelum ambil kereta tau. So, plan waktu untuk guna kereta sebaiknya. Kalau nak guna 5 jam, guna 5 jam betul-betul. Pulang kereta awal duit tak dipulangkan. Pulang lambat pula ada caj jauh lebih mahal dari caj perjam.

SOCAR Malaysia
Jangan risau pasal parking masa nak pulang kereta sebab memang parking reserved khas untuk SOCAR.

Untuk sewa ikut hari pun ada juga. Tapi aku tak berapa pasti pengiraan cajnya macam mana. Belum explore lagi bahagian tu. Nanti dah explore aku ceritalah pula.

Pada aku, aku suka juga SOCAR ni. Sebab macam acah-acah test drive pun ye. Lebih seronok dan lebih puas hati. Hehe.
Dan actually kalau untuk family kecil nak berjalan dalam kawasan Lembah Klang (sebab sekarang ni SOCAR hanya di Lembah Klang je) tapi kereta tak muat ahli ke, atau saje nak try kereta lain, or apa-apa sebablah, boleh pilih untuk guna SOCAR. Dapat guna kereta besar sikit. Berbaloi dalam bentuk wang dan keselesaan. Sebab kalau beli kereta besar tapi jarang pakai mungkin tak tertanggung kan?
Ini pandangan aku lah. Terserah pada korang nak guna kereta untuk apa lah kan.

Kereta SOCAR


Selain daripada aku nak cerita pasal SOCAR ni, aku nak bagitahu yang korang boleh dapat 4 JAM PERTAMA PERCUMA berbanding kitorang yang dapat cuma 2 jam je.
(Update April 2019: untuk dapatkan 4jam pertama percuma, perlu guna SOCAR dalam masa sebulan selepas register dan redeem tau!)

Macam mana?
Klik je link kat bawah ni dan redeem je kat aplikasi SOCAR nanti. Jangan risau, korang takkan keluarkan duit lebih pun. Cuma dapat LEBIH BANYAK WAKTU PERCUMA untuk SOCAR je.
Untuk jam percuma ni tak boleh redeem kereta BMW dengan Mini Cooper tau. Kereta lain semua boleh.

Nah link untuk redeem 4 JAM PERTAMA PERCUMA.
>>>> SOCAR 4 JAM PERCUMA <<<<



Update April 2019:
Bulan Mac 2019 hari tu, (28 Mac - 31 Mac) kitorang balik Kerteh dengan SOCAR. Masa tu ada offer diskaun 50% dan untuk tiga hari cuma RM300 sahaja sewa SOCAR!
Maximum caj ada 12 jam sehari, kira kalau book 3 hari, caj yang dikenakan adalah untuk 36 jam. Kalau ada promosi mungkin boleh jimat banyak! Kitorang book kereta Proton Iriz sebab ini antara kereta yang available dan dekat dengan rumah.
Jumlah kilometer pergi balik Kerteh baru 600km dan jumlah kilometer percuma yang kitorang dapat adalah 720km.
Sangat berbaloi sebab minyak ditanggung (ada kad minyak untuk isi minyak).

Baru-baru ni (18 April 2019) kami ambil lagi SOCAR sebab nak hantar kereta masuk servis sebab suami nak kena pergi kerja juga. Sewa 5 jam dengan harga lebih kurang RM20 (Kereta Kia Picanto)

So, overall berkali-kali guna SOCAR ni memang puas hati dan sepanjang menyewa dengan SOCAR, kitorang dah boleh ada idea nak beli kereta kedua lepas ni. Test drive pun dah. Hehe.

Update Januari 2020
Dengar cerita kebanyakan kereta Socar tidak lagi menyediakan kad isian minyak atas sebab kes-kes kehilangan dan beberapa faktor lain.

Tapi dalam aplikasi SOCAR sendiri dah ada ruangan untuk korang upload resit pengisian minyak yang korang buat. Dalam masa seminggu dua akan dipulangkan balik duit minyak yang korang keluarkan tu. So, jangan risau. Duit insyaAllah akan dapat balik. Dan penggunaan SOCAR pada aku masih lagi berbaloi untuk jangka masa dan jarak yang dekat.

Jangan lupa klik link ni untuk redeem 4 jam pertama yang percuma tau!
>>>> SOCAR 4 JAM PERCUMA <<<<


Penafian: Dalam entri ini ada referral link yang akan memberi keuntungan pada pihak saya tanpa pihak tuan mengeluarkan sebarang bayaran.

38 ulasan

  1. wahh pertama kali dengar pasal kemudahan kereta sewa socar ni..harap2 perkhidmatan ni di perbanyakkan..mcm grab pun ada..tp hat ni kita drive sendiri..siap ada perfuma 2 3 jam untuk 1st trial kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Ni macam kereta sewa. Sebab dalam apps tu nanti memang akan minta details pemandu supaya dia boleh bagi kita bawa kereta.

      Padam
  2. so car ni kalau nak ikut rate dia agak murah skit dari yg lain. pernah je cuba

    BalasPadam
  3. Bagus gak ada kemudahan aplikasi SOCAR ni.. ada juga dengan nama SOCAR ni.. ni baru tahu cerita lebih tentang SOCAR.. boleh la nak sewa kereta lepas ni.. dengar cerita murah sikit dari servis sewa kereta yang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Ada satu lagi apps macam socar tapi berfokus pada kereta import. Macam Socar ni ada kereta tempatan dan ada kereta import. So boleh lah pilih kan.

      Padam
  4. Pernah dengar tapi tak pernah guna. So far yang pernah guna grab je tapi sekarang memang dah tak pakai pape dah sebab dah start drive sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni pun guna sebab husband saje nak try dan sesekali kami ada hal masing-masing. Nak beli kereta kedua belum ada bajet lagi dan belum ada keperluan mendesak. Hehe.

      Padam
  5. I dengar pasal SOCAR ni masa kerja dengan syarikat investment dulu. They all buat presentation to potential investor. This is seriously reputable and good apps and convenient for all.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow! Menariknya dengar pasal socar masa dengan company investment. Socar ni dari segi perfomance I really like. Sebab dia try to maintain and even customer service pun tip top.

      Padam
  6. Pernah nampak kereta sewa socar ni dekat I central Shah Alam.. baru tahu kegunaannya terima kasih diatas perkongsian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, kalau rajin nak cuba boleh cuba. Dapatlah merasa bawa kereta lain kan? Hehe

      Padam
  7. Laaa..dah syok2 baca servis terbaik ada kat lembah klang je kecewa taw. Baru nak download try survey. Hehe. Hope makin bertambahlah ke negeri lain pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. So far dalam website tak kata ada luar negeri. Tapi kalau buat round trip balik kampung macam kitorang memang boleh. Hehe.

      Padam
  8. Wahhh.. . 1st time tau pasal. Kete sewa per hours. Socar ni pun baru dengar. Memang bagus dan memudahkan, nak pakai kejap kejap ok sangat.

    BalasPadam
  9. Selalu nmpk socar di parking2 khas tertentu. Tak pernah guna. Tapi mcm nmpk sangat
    Membantu org yg mencari kereta secara urgent

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada saya sangat membantu. Kami belum ada keperluan mendesak untuk beli kereta kedua. Tapi bila keadaan memerlukan, socar sangat membantu.

      Padam
  10. Tak sangka perkhidmatan mcm nie ada disediakan. Sekarang makin advance ya. Kereta pon boleh sewa melalui appss sahaja. Selalu jugak nmpak kereta socar nie kt mall2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, dunia semakin advance. Dulu mula-mula guna blur sangat macam mana nak guna. Bila husband explain dan dah beberapa kali guna baru nampak mudah sangat dan convenient bila keadaan memerlukan.

      Padam
  11. Kita pernah guna khidmat ini memang bagus dan berguna sekarang semua dihujung jari sangat mudah lepas ni tiada alasan lagi nak cari kereta sewa hehehehe nak balik raya nanti nak sewa kereta lagi hehehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaaaan, senang dan sangat berguna bila nak guna kereta bagi yang tak ada kereta atau yang perlukan kereta besar sikit ke kan. Hehe

      Padam
  12. Yup pernah tau,..hheehe..Memng memudahakn kerja kalau kereta masuk bengkel ke, nak tambah kereta boleh guna ni..kene cepatla, kadang orang nanti dah book

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kereta selalu ada orang book. Kena arrange timing betul-betul.

      Padam
  13. Eh dekat stesen lrt memang ada iklan pasal socar ni. Hari2 nak naik tren mesti terbaca iklan tu, hehe. Tapi belum pernah cuba pun lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau teringin nak try, tryla. Kalau guna referal link saya boleh dapat 4 jam pertama free. Hehe.

      Padam
  14. So far tak pernah lagi guna perkhidmatan Socar ni sebab dah biasa drive kereta sendiri huhu. Kalau tak pun guna Grab jee. Tak pernah lagi laa guna Socar. Maybe one day kalau ada masalah transportation boleh cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Grab ada driver. Yang ni kita bawa sendiri. Hehe.

      Padam
  15. Uish...so convenient. Yana pun pernah kerja kat ofis yang sewa kereta memang lagi senang if semua urusan dilakukan melalui app. The traditional way ni agak payah bila nak bercakap and terangkan to the renter.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila deal dengan human being kekadang boleh sakit kepala juga. Yes, ada benda ni convenient. Tapi untuk generasi atasan mungkin agak susah sikit.

      Padam
  16. bley guide sy mcm mne nk sewa utk 3-4hari x? sy sbnrnye x brape fhm, mohon tunjuk ajar ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam apps akan ada tarikh pick up dan tarikh drop. just pilih tarikh yang kita nak pick up dan set masa, then set juga tarikh kita nak drop sekali dengan masa untuk drop.

      contoh:
      pick up date; 6 mei 2019, time: 5 ptg
      drop date: 8 mei 2019 time: 5 ptg

      nanti masa pilih kereta dia akan bagi estimate harga yang perlu di bayar.

      tak silap saya, kalau book lebih 12 jam, maksimum harga sewa adalah 12 jam sahaja.

      Padam
  17. Hi, saya nak tanya. Boleh ke sewa seminggu ? Dan pasal parking, kita boleh je kan parking di depan rumah kita dalam duration sewaan atau still kena parking dekat parking SOCAR ?. Nak guna untuk balik raya haha 😂. First time userlah katakan haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, I think boleh je. Just set je kat duration nak guna tu nanti. Start bila sampai bila. Parking time dalam sewa tu ikut kita je nak parking mana-mana. Hehe. Lepas dah habis sewa, itu yang kena parking balik semula kat mana kita ambil.

      Padam
  18. Hi. Kalau nak return kereta, boleh ke kita return dekat designate parking lain dari tempat yang kita ambil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mostly tak boleh. Kena return balik dekat mana kita pick up. Tapi rasanya ada certain yang boleh kot. Dalam apps tu ada label, if I'm not mistaken. Boleh check dalam apps.

      Padam
  19. As salam, nak tanya. Saya cadang nak guna socar khamis pagi (3.30 pagi) ke KLiA2. Boleh ke kalau saya nak booking daripada sekarang? terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Kami selalu buat macam tu. Kita book awal-awal. Kena makesure memang akan ambil kereta tu pada tarikh dan masa yang kita booklah. Sebab book akan bayar dulu, kalau cancel tak pasti macam mana procedure sebab so far, kami memang tak pernah cancel.

      Padam

Komen