Salam.
Hai kawan-kawan.
Mood shock aku dah turun dah. Memang minggu lepas adalah minggu SHOCK. Lepas satu dan satu shock yang datang mendekati dan mengganggu. Tapi, dah semakin berkurangan dan semakin pulih dah mood shock tu. (^.^)
Kali ini aku berbicara tentang konsep ingin berubah. Signifikan juga dengan post Dia atau DIA? Ada satu hari tu, keluar dengan seorang teman. Berbicara tentang keinginan berubah ke arah kebaikan. Memang nak berubah ke arah kebaikan tu ada dalam diri tapi yang penting hati dan semangat kita untuk tinggalkan yang buruk dan yang tak elok tu. Pada pendapat aku, tak perlu la secara drastik nak berubah. Perlahan-lahan pun cukupla. Asalkan istiqamah. Ini tidak, berubah laju je, tapi tak cukup kuat hati tu dan semangat mudah luntur pula, tambah dengan tak istiqamah, haih~ apa nak jadi kalau gitu? Ibarat amalan kita la. Lebih baik kita istiqamah melakukan amalan sunat yang kecil-kecil dari buat amalan yang besar tapi tak istiqamah. Bak kata pepata Melayu la kan, “sikit-sikit lama-lama jadi bukit'”. Ye dok? Kan?
Statement yang paling kerap bermain difikiran mereka yang seperti aku ni adalah,
“Nak tinggalkan sekian-sekian, tapi kalau tak tinggalkan pun seronok juga”
Tak tipu dan aku akui, memang itulah yang acapkali bermain difikiran. Ada saatnya, kita rasa best bila kita buat kebaikan, tapi ada saatnya kita rasa best juga buat keburukan. Almaklumlah, hati kita ni bukanlah tetap. Cuma kena kuatkan semangat sentiasa. Susah tu memang susah, tapi tak mustahil. Boleh usaha perlahan-lahan. Kan? Contoh perasaan bergolak macam ni simple je. Aku bagi contoh orang yang suka mencuri. Bila dia nak tinggalkan amalan mencuri dia dan berusaha cari duit dengan cara yang halal, terasa macam seksa juga cari duit cara halal sebab dah selesa dengan dapat duit cara mudah. Tapi dalam hati tu kerap mengingatkan diri sendiri, jangan mencuri, parah kalau tertangkap, lebih baik dapat duit cara halal, tak susah hidup kelak. Peperangan dalam diri tu peperangan kita yang paling besar sekali sebenarnya. Hati kita tak sentiasa tenang, tapi berilah makanannya dengan zikir dan selawat. Ye dok?
Hati kita ni sentiasa berbolak balik kerana janji Iblis pada Allah S.A.W untuk menyesatkan kita. Berlawanla dengan diri sendiri untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Tak ada ruginya kalau kita berusaha. Kalau kita tak lawan diri kita dan ikut je kehendak nafsu dan hati kita, lama-lama syaitan sendiri takut dengan kita. Yela, jahat-jahat dia pun tak semacam kita. Lupa segala-galanya, ikut kehendak diri semata-mata. So, macam mana? Siap sedialah untuk berperang dengan diri sendiri dengan amalan di dada dan amali feqah kita. Jangan sekadar ada ilmu tapi tak diamalkan. Tak rugi kita praktikkan, dan sekiranya suatu hari menjadi ikutan, pahala kita akan berganda.
p/s: Fighting cik Asma Amirah! Fighting. Make it worth a thousand chances of life you could live! yeay!