Carian

Sucree Amor dari AEON untuk seisi keluarga

Siapa kat sini tak boleh kalau tak makan dessert atau pencuci mulut macam aku? Baru-baru ni, AEON memperkenalkan Sucrée Amor, satu jenama baru yang menawarkan pelbagai pilihan pencuci mulut yang sesuai untuk seisi keluarga dari anak kecil hinggalah orang dewasa. Mengambil inspirasi dari gaya Perancis, Sucrée Amor bermaksud “kemesraan kemanisan” dan membawakan pilihan manisan yang eksklusif seperti macaron, kek, puding, dan banyak lagi.

Sucree Amor AEON Delicatessen

Majlis Pelancaran Sucrée Amor

Pelancaran Sucrée Amor telahpun diadakan pada 16 Mei di AEON Mid Valley, Kuala Lumpur. Bertemakan Hi-Tea Masquarade, majlis pelancaraan ini telah dimeriahkan dengan persembahan ahli silap mata yang memukau. Dalam ucapan pembukaan, Azidah Alimuddin, Ketua Pusat Pemprosesan Makanan, Bakeri & Delikatessen AEON, berkata, 

“Sucrée Amor adalah produk yang kami bangunkan untuk memenuhi keinginan pencinta pencuci mulut. Rahsia keindahan hidangan manis kami terletak pada teknik kami dan penggunaan bahan-bahan berkualiti tinggi, yang menghasilkan penampilan yang memukau dengan gabungan rasa dan tekstur yang sempurna.”

Bukan itu sahaja, beliau juga menambah,

“Misi kami adalah untuk membawa kegembiraan dan kepuasan kepada pelanggan melalui tawaran pencuci mulut yang inovatif dan lazat. Kami yakin bahawa Sucrée Amor akan menjadi tambahan yang bernilai kepada AEON Delicatessen, seterusnya meningkatkan reputasi kami dalam menyediakan makanan segar dan berkualiti tinggi. Delikatessen di AEON Store memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk hidangan siap dimakan, menawarkan pelbagai pilihan makanan istimewa, daripada sushi dan bento hingga ayam panggang, pencuci mulut, snek panas, dan minuman sihat. Semua hidangan yang disajikan di Delikatessen disahkan halal dan disediakan segar setiap jam dan hari.”

Sucree Amor AEON Delicatessen

AEON Delicatessen

AEON Delicatessen, satu produk sampingan daripada AEON Retail, merupakan destinasi utama untuk pengunjung di AEON yang mencari makanan berkualiti tinggi dan siap dimakan. Jenama ini bukan sahaja menumpukan pada kualiti makanan tetapi juga pada inovasi dan variasi produk. 

Bagi yang tidak tahu, AEON Delicatessen sekarang sudah mempunyai empat jenama utama:

  • Coco Café, sebuah tempat makan ala kopitiam yang selesa dengan suasana yang hangat.
  • La Boheme, yang menawarkan pelbagai roti, pastri, dan puding yang segar dari oven. 
  • La Boheme Coffee, yang terkenal dengan campuran unik biji kopi dari Brazil Cerrado, Colombia Huila, dan Indonesia Sumatra.
  • Sucrée Amor, pilihan manisan daripada macaron, kek, puding, wafel dan pelbagai pencuci mulut dengan resepi yang unik dan rasa yang memuaskan.
Sucree Amor AEON Delicatessen

Apa kata aku tentang Sucrée Amor?

Sebagai peminat manisan, banyak juga manisan-manisan daripada Sucrée Amor aku dah cuba. Sebelum majlis pelancaran lagi memang dah pernah rasa macam-macam. Semasa majlis pelancaran tempoh hari, yang menangkap lidah dan selera adalah Kek Pic yang lembut dengan taburan pic kiub di atas kek. Masa rasa, ada keliru sama ada ianya mangga atau pic. Aku yakin itu pic sebab buahnya tidak terlalu berlemak dan manis buah pic terasa.

Selain daripada kek, aku juga suka mochi daripada Sucrée Amor. Didatangkan dengan saiz yang besar bersama inti yang pada tetapi tidak memuakkan malah lembut dan enak. Mochi sedap dimakan sejuk-sejuk sebab intinya adalah krim. Ada empat pilihan mochi dan mochi kesukaan aku adalah mochi strawberry, tak masam, lembut, tidak terlalu manis dan memang boleh habis satu mochi seorang diri!

Ada satu lagi yang aku suka, kek Red Velvet. Bagi yang tidak tahu, kek Red Velvet ni aku tak berapa nak suka daripada mula-mula viral dulu sampai ke hari ini. Tak tahu kenapa kek Red Velvet daripada Sucree Amor buatkan aku jatuh cinta pula. Krimnya tidak terlalu berlemak atau rasa muak, malahan dalamnya seolah-olah ada biskut yang melengkapkan kelembutan kek.

Sucree Amor AEON Delicatessen

Psst, dah seronok-seronok makan manisan daripada Sucrée Amor, beli secawan latte panas daripada La Boheme Coffee. Pergh! Padanan yang lengkap terutamanya waktu minum petang.

Bagi aku, apa yang menarik adalah tawaran manisan eksklusif dengan harga yang sangat berpatutan sesuai untuk dibeli dan dinikmati oleh pelbagai golongan masyarakat yang masuk ke dalam AEON. Semestinya pendekatan daripada AEON adalah untuk memastikan pelanggan dan pengunjung dapat menikmati juadah dan makanan yang enak dan bersesuaian dengan poket masing-masing.

Nak tahu betul ke tidak sedap Sucrée Amor ni?
Pergilah sendiri ke mana-mana pusat beli-belah AEON untuk menikmati hidangan-hidangan ini dan memuaskan selera manis anda. Jangan risau, semua cawangan AEON ada Sucree Amor.

Sucree Anor AEON Delicatessen Launching Day


Tiada ulasan

Komen