Carian

Pengalaman Buat Pedicure di Manikyu

Jarang-jarang orang nak bercerita tentang pedicure bila review spa-spa di Malaysia. Paling biasa baca review berkaitan spa adalah urut, sauna dan manicure. Sebenarnya kebanyakan spa ada buat perkhidmatan pedicure. Ini kerana pedicure juga sama penting dengan manicure.

Pedicure sebenarnya satu proses penjagaan kulit kaki termasuk kuku. Bukan sekadar mewarna kuku ya. Itu cuma sebahagian sahaja. Apa yang dilakukan sepanjang proses adalah memotong dan membentuk kuku jari kaki, membersihkan kulit kaki terutama pada tapak kaki yang mempunyai kulit keras, membuat pengelupasan kulit kaki bagi membuang sel kulit mati dan kalau bernasib baik, khidmat urut kaki juga turut disediakan!

pengalaman pedicure di manikyu.my

Sebenarnya aku ni tak pernah pergi manicure ataupun pedicure sepanjang aku pernah ke mana-mana spa yang berdekatan dengan rumah. Kebiasaanya akan pergi mengurut sahaja. Beberapa bulan yang lalu, sekitar bulan Mac dan April, aku terjumpa satu spa muslimah yang dekat dengan rumah. Tengok Instagram, memang menarik dari sudut pakej yang ditawarkan dan servis yang dia ada. Nama spa ini Manikyu.

Lokasi Manikyu

Lokasi spa ini sangat mudah dicari. Terletak di tengah-tengah kawasan rumah kedai dalam perumahan Bandar Tun Hussein Onn, di Lake Valley. Pintu masuk di belah belakang menghadap tasik. Nak mudah, parking sahaja sekitar kawasan rumah kedai, kemudian jalan sampai ke belakang kedai Pappa Rich. Nanti akan nampak papan tanda Manikyu.

Perkhidmatan Di Manikyu

Aku pasti sebenarnya inilah yang dinanti-nantikan. Di sini, mereka ada banyak jenis perkhidmatan.

1. Nail 

Di sini mereka ada buat manicure dan pedicure. Setiap satunya ada tiga jenis pakej yang boleh dipilih.
Express Manicure/Pedicure - potong, bentuk dan kilat kuku
Bare Essential Manicure/Pedicure - potong, bentuk dan kilat kuku termasuk penjagaan kutikel kuku dan urutan tangan
Indulgence Manicure/Pedicure Spa - ini termasuk dapat rendam kaki/tangan, buat pengelupasan dan ada urutan juga

Selain daripada tiga jenis pakej ini, mereka juga ada pakej untuk pakai pewarna kuku untuk kuku tangan dan kaki dengan harga yang berbeza.
Nampak tak, yang pakej manicure/pedicure tak masuk pun sebenarnya pakai pewarna kuku. Ramai orang, termasuk aku pada satu ketika dulu, ingatkan buat mani pedi ni warnakan kuku. Sebenarnya ianya satu perkhidmatan untuk penjagaan kuku dan kulit kaki dan tangan. 

2. Lash & Brow 

Lash Lift - buat 'perm', ibarat bentukkan bulu mata supaya kekal lentik untuk tempoh beberapa minggu. 
Brow Henna - inaikan bulu kening

3. Body

The Traditional - Urutan tradisional selama 60 minit
The Deep Tissue - Urutan berfokuskan kepada otot
The Body Glow - Urutan menggunakan minyak
 kelapa dara
The Ultimate Glow - Urutan lengkap satu badan, muka, kepala dan juga rahim
The Chill-Mama-To-Be - Urutan untuk ibu mengandung
The Bride-To-Be - Urutan untuk bakal pengantin

Tak nak urut satu badan? Jangan risau mereka ada juga buat urutan untuk kaki sahaja atau pun kepala sahaja. Dan selain daripada urutan, Manikyu juga ada buat mandi lulur. Mandi lulur adalah satu amalan kecantikan daripada Indonesia untuk gunakan skrub pada badan.

4. Wax

Untuk wax, mereka boleh buat untuk ketiak, tangan dan kaki. Mana tahu kalau tak berani nak buat sendiri, datang sahaja spa Manikyu dan buat wax pada bahagian yang dikehendaki.

Itu cerita pakej-pakej yang ada di Manikyu. Sebenarnya boleh sangat korang untuk Google dan tengok sendiri pakej yang mereka sediakan. Dan, yang menariknya pihak Manikyu selalu buat tawaran istimewa dengan gabungan-gabungan pakej yang mereka ada. Contohnya masa yang aku pakat dengan adik untuk pergi ke sana, kami ambil pakej khas yang sudah menggabungkan beberapa jenis pakej 
yang berbeza. 

Pengalaman Di Manikyu


Kami pilih pakej Raya, sebab masa pergi tu bulan puasa. Kami dapat urutan tradisional selama 60 minit, buat bare essential manicure, pedicure dan lash lift.

Dan aku kira inilah kali pertama aku pergi buat manicure dan pedicure. Segan juga sebab tengok kuku sendiri pun tahu taklah lawa mana. Tapi apa tujuan buat manicure dan pedicure kalau bukan untuk dicantikkan, kan?

Untuk aku, mereka bagi aku buat bare essential manisure dulu. Masa buat ni, aku okay lagi. Seram juga masa dia buat penjagaan kutikel. Penjagaan kutikel adalah mereka buang lebihan kutikel yang ada atas kuku. Dulu kalau tengok video aku rasa macam sakit je buat. Tapi pekerja yang buat sangat cermat dan langsung tak rasa sakit. Tiba-tiba dah siap. Terkejut juga.

pengalaman di manikyu
Sumber: www.rawpixel.com

Selesai buat manicure, buat pedicure. Haaaa, masa buat pedicure aku kecundang. Sebab vibe atau aura dalam Manikyu ni memang sangat sangat menenangkan. Rasa tenang dan aman. Sesuai dengan pembawakan imej spa muslimah, mereka pasangkan lagu-lagu yang mendamaikan dan menenangkan. Tiba-tiba aku dikejutkan untuk bergerak ke bilik urut. Punya selesa dalam spa Manikyu.

Untuk pedicure, aku punya concern sebenarnya adalah kuku kaki aku. Kuku kaki aku sedikit menggerutu dan selalunya rupanya tak cantik manalah. Tapi pekerja yang potongkan, bentukkan dan kilatkan kuku memang sangat sangat pandai buat. Mana tidaknya, tengah-tengah pedicure aku tertidur. Memang tak sedar dia urutkan kaki aku.

Untuk bab urutan, aku memang bagi lima bintang. Aku jarang nak berurut sebab aku susah nak jumpa tukang urut yang sesuai dan kadang-kadang aku tak sempat nak susun masa untuk bagi masa pergi berurut. Sebab itu bila nampak tawaran sebegini dari Manikyu, memang aku rasa sangat berbaloi untuk aku ambil. Tukang urut yang mengurut adalah seorang yang memang ada pensijilan untuk perurutan dan memang berpengalaman lebih dari 3 tahun, tak silap aku. Masa mengurut aku tak tidur sebab ralit berborak dengan tukang urut. Jangan tak percaya ya, tukang urut pun muda dari aku. Tapi dia urut memang bagus, tak sakit, selesa dan badan rasa segar lepas berurut.

Terakhir sekali selepas selesai berurut barulah buat lash lift. Aku pernah buat sendiri di rumah tapi susahnya, memang aku jadi banyak kali fikir nak buat sendiri. Bila ada servis begini di Manikyu, aku rasa lebih baik ambil. Lagipula masa buat ni nak dekat raya. Jadilah kan untuk pagi raya tu dah tak payah susah-susah lentikkan bulu mata.

Memandangkan aku buat empat jenis servis, jumlah jam aku berada di Manikyu adalah 3 jam. Aku datang dalam pukul 2 petang dan siap semuanya dalam jam 5 petang. Kira dapatlah me time yang memang betul-betul menenangkan jiwa selama 3 jam. Aku pula bukanlah jenis nak me time yang kena keluar ke mana-mana. Cuma bila dapat begini, seronok jugalah. Bolehlah cuba repeat lagi kalau ada rezeki.

Harga Pakej Manikyu

Untuk harga di Manikyu, bagi aku harganya berpadanan dengan servis yang diberi. Tidak terlalu mahal tetapi tidak juga terlalu murah. Aku pernah jumpa yang lagi mahal. Cuma di Manikyu ni dia macam all-in-one. Nak buat manicure pedicure ada, nak berurut pun ada, nak buat lash lift pun ada.

Oh ya, di Manikyu juga mereka ada buat program ahli. Setiap pakej akan ada harga untuk bukan ahli dan harga untuk ahli. Walaupun perbezaan harga tidaklah banyak tetapi untuk pelanggan ulang datang memang berbaloi jadi ahli. Lagipun ada dapat juga special treatment seperti early access to new package, birthday special dan jemputan kepada acara-acara.

Agak-agak dah baca cerita pengalaman aku ni, nak pergi tak Manikyu? Kalau korang pertama kali nak cuba buat manicure dan pedicure, aku memang galakkan untuk buat di Manikyu sebab harga berpatutan, pekerja sangat mesra dan bagus dan paling penting tak sakit apa sepanjang dia bentukkan dan kilatkan kuku.

booking manikyu.my
Ini contoh booking di Manikyu.
Booking Manikyu


Cara Book Manikyu

Di Manikyu, mereka lebih suka pelanggan buat tempahan berbanding walk in. Jangan risau sistem tempahan mereka ada banyak cara. Sama ada melalui whatsapp ataupun booking website. Mana-mana pun boleh buat booking. Cara booking pun tak susah.


Follow Manikyu di Instagram

Untuk dapatkan update terkini tentang pakej dan promosi-promosi di Manikyu, silalah follow mereka dekat IG manikyu.my
Untuk proses booking, senarai harga, lokasi dan semua maklumat penting memang ada di sini.


Tiada ulasan

Komen