Carian

Pentingnya Jaga Kaki : The Kaki Talk Show Sunfeet International

Pernah tak korang bangun pagi-pagi tiba-tiba datang rasa sakit pada tumit? Rasa menyucuk tapi tak berpanjangan. Datang sesekali sesekala. Kalau pernah, kemungkinan besar ada masalah kesihatan kaki dan perlu berjumpa dengan pakar untuk rawatan lanjut. Maksud masalah kesihatan kaki ialah masalah-masalah seperti 'flat foot', tumit sakit, ada benjolan atau apa-apa yang sepatutnya tidak ada pada kaki. Masalah sebegini boleh membawa kepada masalah kesihatan lain seperti masalah sakit belakang, sakit belakang dan mungkin juga masalah postur badan. So penting untuk kita jaga kaki kita. 

Fakta: 4 daripada 5 orang dewasa ada masalah kesihatan kaki. 

Ramai yang tak berapa nak ambil berat tentang masalah kesihatan kaki sampailah masalah dah jadi sangat ketara, betul tak?

Haaa, semua ni bukan cakap main-main ya. Fakta ini diberitahu sendiri oleh Dato Dr Edmund Lee kepada hadirin dalam The Kaki Talk Show pada 20 Mac 2022 yang lalu. Selain berkongsi pengalaman beliau berjumpa dengan pelbagai masalah kesihatan kaki, Dato Dr Edmund Lee juga berkongsi tips untuk penjagaan kaki supaya dapat mengelakkan masalah kesihatan kaki.

Sunfeet International Rehab Centre Kaki Talk Show

Kenapa kesihatan kaki penting?

Kita tak perasan benda ni tapi kesihatan kaki sangat penting. Kaki merupakan tapak atau asas kepada badan kita. Kaki memberikan tampungan (support) kepada badan kita. Kita bergerak, berjalan dan berdiri semuanya menggunakan kaki. Dan jika sekiranya tak dijaga dengan baik, akan membawa kepada masalah-masalah lain yang berpanjangan.

Sebelum datang Kaki Talk Show di Sunfeet International Rehab Centre, aku memang tak pernah terfikir sangat tentang kepentingan menjaga kesihatan kaki. Maklumlah biasanya aku sakit pinggang dan ke atas. Hari-hari turun naik tangga rumah, uruskan anak lagi dan buat pelbagai aktiviti harian, sangat jarang rasa kaki sakit. Rasa macam kaki mana ada sakit apa-apa.

Sunfeet International Rehab Centre


Sunfeet International Rehab Centre

Selepas sesi konsultasi dengan Dato Dr Edmund Lee dan staff di Sunfeet International, barulah aku sedar yang kesihatan kaki ni penting.

Antara cadangan dan tips yang Dato Dr Edmund Lee kongsikan adalah:

  • Buat senaman atau (strecthing) yang betul secara berkala, terutama untuk bahagian kaki.
  • Pilih saiz kasut yang sesuai dengan bentuk kaki.
  • Bila beli kasut, beli pada waktu tengahari dan ke atas.
  • Bila beli kasut, pastikan mencuba kedua-dua belah dengan selesa.
  • Elakkan membeli tapak kasut yang keras.
  • Jika memakai tumit tinggi elakkan terlalu tinggi

Sesi Konsultasi bersama Dato Dr Edmund Lee

Alang-alang dah sampai ke Sunfeet International Rehab Centre dan diberi peluang untuk dapatkan pemeriksaan kaki beserta konsultasi, memang kami tak lepaskan peluang ini.

Dek kerana buat pemeriksaan kaki inilah baru aku tahu, kaki aku ni jenis 'high arch'. Kira ruang tengah kaki agak besar. Paling mengejutkan adalah, dengan sekdar melihat gambar scan tapak kaki sahaja Dato Dr Edmund boleh meneka yang aku selalu ada masalah sakit leher! Maka betullah, kaki ni melambangkan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Kata Dato, orang yang kaki 'high arch' ni jenis keras kepala dan berdikari. 

Selain aku, suami dan anak-anak juga berpeluang buat pemeriksaan. Suami aku kakinya jenis 'low arch' dan nampak kecil sebelah. Kaki suami juga jenis lebar. Dan salah satu kepercayaan orang Cina, untuk pilih lelaki, pilih mereka yang berkaki lebar sebab mereka lebil stabil. Gituh! Ini semua hanyalah adat, tiada kesahihan dari sudut kajian mana-mana ya. 

Sunfeet International Rehab Centre

Sunfeet International Rehab Centre


Sebenarnya yang paling mengejutkan kami berdua ialah, dua-dua anak kami, Wildan dan Mukhlis, kaki mereka sedikit senget dan jika dibiarkan lama-lama boleh dapat 'flatt foot'!
Kemungkinan besar disebabkan keturunan sebab dah sampai dua-dua buat scan, dua-dua kaki memang lebih kurang. Dari postur belakang kaki memang jelas kaki mereka senget.

Tapi Dato Dr Edmund Lee ada bagitahu anak-anak ni, tulangnya masih lembut. Jika dibuat rawatan awal, tempoh merawat tidak memakan masa yang lama berbanding orang dewasa. Kebiasaanya rawatan yang diberi adalah buat 'insole' atau tapak dalam kasut yang 'customade' untuk kaki dan perlu dipakai 5-6 jam sehari. Untuk kanak-kanak biasa dalam setahun ke dua tahun untuk betulkan balik.

Dato Dr Edmund Lee ada juga bagitahu yang sejak pandemik ni, ramai anak-anak kurang bergerak, kurang menggunakan kaki. Disebabkan keadaan ini, biasanya beberapa bulan pertama persekolahan, akan ada ramai anak-anak mengadu masalah sakit kaki.

Kita rasa anak-anak berlari ke sana ke mari tu 'tak reti duduk diam' tapi sebenarnya pergerakan-pergerakan begini penting untuk mereka membina 'tapak' kaki yang sihat sepanjang mereka membesar. So, lepas ni biarlah mereka nak berlari sampai penat.

Dato Dr Edmund Lee Sunfeet International Rehab Centre

Rawatan kaki di Sunfeet International Rehab Centre

Secara asasnya, dekat Sunfeet International Rehab Centre akan membantu kita dapatkan bentuk kaki yang sihat supaya boleh kurangkan masalah masalah kesihatan berkait dengan kaki. Macam untuk kes anak-anak kami, rawatan terbaik yang dicadangkan ialah 'insole' yang dipakai di dalam kasut. Ada juga rawatan yang memerlukan pemakaian 'cast' atau macam rangka untuk bentukkan balik kaki jadi baik. Semua bergantung pada masalah dan keperluan kesihatan kaki.

Kalau ada ibu ayah yang nak buat pemeriksaan kaki anak ataupun kaki sendiri, boleh terus pergi ke Sunfeet International Rehab Centre ya.

Alamat:       Sunfeet International Rehab Centre
                    Ground Floor, Wisma Daju 5, No 21, Jalan Barat,
                    46200 Petaling Jaya, Selangor.
No Telefon: 0135283939/ 0139122839


Waktu operasi: Isnin-Sabtu (10am- 5.30pm)

Baca juga: Ubat sakit gigi

Tiada ulasan

Komen