Carian

Pengalaman shooting

Assalamualaikum.

Okay, untuk entri kali ini nak kongsi pengalaman dapat join shooting iklan. Haha.

Masuk iklan je. Bukan jadi retis pun. Tapi still, pengalaman dan peluang sangat-sangat dihargai.

Sebenarnya kalau nak kira pengalaman berdepan dengan kamera, ini bukan pengalaman pertama. Ini pengalaman kedua. Dan kali ini buat recording yang memakan masa lama dan memang tak tipu penat. Berbeza dengan kali pertama, it was a live shooting. So taklah penat sangat.




Yang first time, lama dah. Tahun 2013. Jadi tetamu jemputan untuk program Semanis Kurma. Tajuk Jodoh Untukku. Baru kahwin dua minggu kot masa tu. Tiba-tiba je ayah call bagitahu Ustaz Wan jemput kitorang suami isteri sebagai jemputan.

Untuk kali kedua ni pula, iklan atau pun testimoni video untuk product Sleek Baby. Aku terpilih sebab aku register untuk test product dan review dekat website HomeTesterClub. Lepas dah dapat produk, aku try dan aku bagi review jujur je. Dan dan team HomeTester mesej inform aku terpilih.

Percaya tak percaya untuk shooting menghasilkan video berdurasi tak sampai satu minit makan masa hampir satu hari dari pagi sampai petang?

Haaaa, aku datang set pukul 7 pagi, balik jam 4 petang. Lama tak lama?
Dan, masa shooting tu ada tiga part. Aku bercakap, aku berlakon basuh botol dan aku dengan Mukhlis berlakon. Dan setiap part entah berapa kali take.

Untuk part pertama, dua jam sahaja bercakap, nak make sure expression natural dan kena pada dialog. Penat bercakap je selama dua jam. Dialog taklah hafal pun tapi ulang-ulang kali juga. Haha. Part basuh botol pun, tak senang rupanya. Director suruh ulang basuh sampai dia rasa puas hati.

Daaaaaaaaaaan, part paling mencabar ialah dengan Mukhlis. Sebab masa shooting tu dah pukul 2 petang dan dia macam mengantuk pun ada, nak susu pun ada. Sempat dia tidur kejap. Dia okay sekejap. Sekejap tak okay. Biasa dia lagi happy bila main dengan Wildan tapi dalam kontrak memang Wildan tak terlibat. Memang pujuk lah dia sampai dia nak main. Rasanya dekat sejam juga tunggu Mukhlis ada mood. Sebab 10 minit pertama dia okay, lepas tu mood lari. Lama baru ada mood.

So, aku bagi sekali video nya kat sini. Selamat menonton!


Sleek Baby Cleanser


Tiada ulasan

Komen