Carian

Nostalgia

Salam.

Orang kata, dalam kehidupan jangan mundur ke belakang tapi maju ke hadapan. Betul la tu, pasainye, kalu asek mundur ke belakang, kenang benda-benda yang lepas tu, tak ade faedahnya. Tapi dalam diam tak diam, sedar tak sedar, jauh dalam sudut hati kita ni, sokmo kita pusing ke belakang bukan sebab tak maw maju ke hadapan tapi sebab nak mengenang kiesah-kesah lampau yang pahit dan manis. Kalu ingat pahit, mesti akan terpikir macam ni “macam mana aq bole lalui sume tu dulu?” kalu tak pun macam ni “kelakar la plak ase, zaman-zaman separa matang”. Kesimpulannya, memang semua yang pernah jadi tu adalah kenangan.

Sekarang ni aq teringat memori-memori aq bersama abang cute dan my hunny. (psst, Anas, panggil abang cute mcm gedik pulak =P). Aq kenal dengan Anas sejak darejah 4 tapi mula berdamai sejak darejah 6. Kalu zaman sekolah dulu, cikgu suke letak tempat duduk murid selang seli laki perempuan, alasannya sebab tak nak bagi budak tido ataupun hilang fokus. Sebabnya pada usia 10 ke 12 tahun biasanya budak perempuan dah matang dan perasaan malu tu dah ada. Lainla budak laki. Umo 19 pun tataw matang lagi. Tapi aq pada usia 11 tahun, memang satu hapa tak matang. Yang tahu masa tu kerja cari pasal. Serius, dulu aq ni kaki berangan. (Sampai sekarang kowt). Port fevret dulu kat tepi tingkap. Bole tengok kat luar, tengok burung-burung berterbangan, tengok orang dok lalu-lalang tepi kelas. Tambah-tambah kat belakang-belakang kelas, cikgu tak nampak aq tengah dok layan jiwang. Tapi, cikgu aq mase tu, Cikgu Rahimah, sangat alert. So, everytime dia nampak aq tengah syok layan emosi, konfem, dia suruh aq bangun dan dialog fevret dia berbunyi ,”Sila ulang perkataan saya yang terakhir” Aduh…PERKATAAN terakhir bukan content terakhir. Lain tu. Besor lagi bezanya. First student yang kena, mestila bukan aq, so, since that day, aq train diri aq jadi multitasker. Sambil layan jiwang sambil dengar cerita cikgu. Hurm, boleh kata 75% dalam tahun tu aq berjaya meloposkan diri dari denda. Disebabkan attitude aq yang serupe MAT JENIN, lepas exam mid-year, aq dicampakkan untuk duduk bersebelahan dengan Anas dan Afiq. TENSION bai! TENSION. Hari-hari perang mulut dengan Anas. Afiq sibok jage border meja. Haisyh. Memang TENSION gile mase tu. Tapi disebabkan hari-hari aq berperang dengan Anas, sekarang dah jadi bestfren aq. Kalu nak citer pe jadah yang digadohkan, berabad baru nak habis tulis. Bukan pe, bukan masing-masing je yang dah tak larat nak gadoh, cikgu matematik pun dah larat mengabaikan perang kami. Cikgu Rohaiza. Sebenarnya cikgu English. Hari-hari latihan dekat 50 soklan. Dahla aq dulu markah math tu nak cecah 70 setakat dalam angan-angan je laa. Pe yang cikgu Rohaiza tu buat kat kami supaya kami berhenti gadoh, hurm… takpelah… ngok ngek pulak ase. Tuhan memang dah takdirkan aq kawan dengan Anas. Naik sekolah menengah tengok lagi muka dia. MUAK! (Anas, jangan terasa…=)) Kalu dulu zaman sekolah rendah aq tinggi dari dia, naik menengah konfemla dia tinggi dari aq. Dengan kesempatan yang ade, dia suka cakap aq ‘pendek’. Dulu sensitif kowt, tapi sekarang dah tak kesah pun. Anas, pade aq ko pun pendek jugak! =p. Sayang, jodoh kami tak berpanjangan (walamak weyh… jiwang pulak! kehkehekeh), naik form 4 masing-masing bawak diri. Padehal mase form 3, ade orang tu ajak aq pindah sama-sama. Tapi rezeki manusia lain-lain. Sekarang ni, aq akan ke Rusia, insyaAllah. Dan Anas akan ke German, AMIN! Anas, bolehla kan aq heret ko ronda Moscow? Aq tamaw pergi German. (hahahaha… gurau je la ). Doa aq, biarlah persahabatan kami ni kekal.

Sepanjang perkenalan aq dengan Anas, macam-macam nostalgia dengan mamat ni. Pahit ke manis ke tawar ke payau ke masin ke masam ke suma ade. Bak kate orang asam garam kehidupan. Pada aq lah, persahabatan kami pada asalnye, sehelai kain putih. Kami telah mencorakkan kain tu dengan pelangi yang sangat cantik. Ye dok, Anas? Hahaha. Bro, gua sayang sama lu. Lu la sahabat gua yang paling TUA! Pasalnye Mator tu sahabat gua yang remaja. And Aina (KJJ… korag tak kenal, nanti de rezeki aq kenalkan), sahabat gua paling MUDA! Anas, accept the factlah. Kau paling TUA! Hahaha….

 

 

 

 

 

p/s: Anas, BELAJA RAJIN2 kalu nak jumpa aq kat oversea. German n Russia sebelah je kowt!=p

Tiada ulasan

Komen