Carian

Ambil kesempatan

Salam.

Semakin dekat tarikh berangkat ke Rusia ni semakin berlambak-lambak kerja yang nak disiapkan, semakin bertimbun-timbun masalah menderu datang,semakin banyak teori yang kena belajar sendiri. Aduyai, hidup dah menjadi semakin serabut. Macam mana nak buat, kalu memang kata nak gi sambung belajar kat Rusia, kenalah ikut care depa. Sabor aje la…. huhu

Minggu depan, aq kena pergi kem BTN. Macam-macam perasaan aq ade. Syok sebab setelah setahun dok terperuk hanya tengok buku dan makan sambil menambahkan saiz badan ni, akhirnya dapat juga peluang aq pergi kem. Kem paling best yang pernah aq join Kem Wilderness kat Pulau Tuba, 2006. Syok tapi tak mencapai tahap lasak yang aq impikan. Kem BTN ni lain, banyak kewarganegaraan. So, part yang rase macam tak best tu nak tahan telinga la. Dahla aq ni bab-bab mendengar ceramah lemah sikit. Walaupun bertahun-tahun berusaha untuk sentiasa fokus, hurm, tapi itu bukanlah diriku. Sabor je la…. huhu

So, minggu ni aq balik rumah. Di kesempatan yang ada, aq mahu berjumpa dengan dua orang sahabat baik aq. Anas dan Mator. Tapi skarang ni dah ade gelaran baru yang feymes untuk depa. Abang cute dan my hunny. Hehehe. Name abang cute tu sama sekali tak dipersetujui ramai tapi selepas insiden ‘blushing’, okeyla… bole terima la nama tu… Sememangnya dah lama aq tak borak-borak dengan diaorang setakat main tepon-tepon tu banyak laa jugak, kalu time credit belambak.

Seperti biasa kalu aktiviti dating dengan my hunny mesti la kena pergi jemput dia kat rumah. Well, my beloved kena be treated romantically. (hahahaha). So, hala tuju kami kali ni sangat dekat dan simple mimple, Carrefour yang terletak hanya lima minit dari rumah. Tapi untuk abang cute, rasenye dalam 15 minit jugak. Planning asal nak turun kul 3, boleh jalan2 kowt, tapi apa sangat lah yang ada kat Carrefour tu? Setelah mendengar nasihat Ummi tersayang, plan jumpa lepas asar sebabnya Ummi nak pergi grocery. Hurm, okayh, setuju!

Aduyai… pukul 4.30 ptg hujan lebat plak! Kilat sambar-menyambar, angin kencang plak. Dalam hati doa, mintak-mintaklah hujan cepat reda. Niat suci nak jumpa kawan lama. Alhamdulillah la hujan serik dalam pukul 5. So, geraklan kami pergi menjemput my hunny di rumahnya. Masalah pulak, hujan yang reda tu rupanya lebat di tempat abang cute. Hurm, doa lagi dalam hati. Lama tak jumpa dia, entah bulat ke, entah kering ke entah tiang gol ke rupanya. Dapat jugak berjumpa dengan abang cute. Dah jumpa tu, apa lagi, aq dan my hunny pun buli dia mintak belanja air. Pasainya kami belim ayam popcorn. Makan punya makan dah kering pulak tekak. Apepun, buat Ans, terima kasih banyak2!

Kali aq tekad nak Ummi kenal dengan Anas, pasalnya, dari zaman sekolah rendah lagi Ummi taw Anas ni kawan aq tapi belum pernah sekali pun berjumpa muka ke muka. So, kesempatan yang ada, aq cuba gunakan. Tapi, Anas pulak macam cuak atau pun segan… tak tahu mane satu sanyer. Tapi memang dapatla gunakan kesempatan. Walaupun Ummi bercakap dengan Anas hanya 1 minit, itu kire jadilah. Kire Ummi tahula dengan sape anak dia kawan. Buat Anas, memang kau blushing! Hahaha…. susah nak dapat part kau blushing…

 

Komen untuk abang cute:

1. Tolong berhenti cakap diri sendiri COMEL, pasalnya, itu adalah propaganda yang sangat-sangat TIDAK BENAR!

2. Sila sentiasa kemaskan diri anda, walaupun sesibuk mana anda belajar, pasalanye, kadang2 tu, nampak 10 tahun lebih tua! KAH8!

3. Dulu aq rase ko kurus je, tapi sekarang dah semakin lebar. Takpe2, kate jadi orang TOUGH. Teruskan usaha!

 

So, kesimpulannya, sudah lepaslah rindu aq buat dua orang sahabat baik aq ni. Walaupun aq pergi mana-mana aq sentiasa ingat kat depa. Sebabnya depa ni memang sahabat baik aq. Sayang kamu berdua!

 

 

 

 

p/s: Anas, blaja rajin. Nanti dpt gi German, de rezeki aq heret ko ronda Moscow. Mator, insyaAllah, law de duit lebeyh, mampu utk sponsor ko datang Moscow, aq buatkan. Law tak, sepucuk surat untukmu ku kirimkan dari Benua Utara.(^.^)v

Tiada ulasan

Komen