Carian

Post second last 2011

Salam

Waaa~selamat tinggal 2011. Sungguh tak delah terasa mana pun. Yela, nak exam ni. Huhu. Takpe-takpe. Aku masih happy lagi~ InsyaALLAH, semua akan berjalan dengan lancar. Ermm. Seperti yang aku nyatakan dulu, entri kali ini ialah berkenaan kahwin. (Ehem…saje nak influence junior aku kat sini ni..XY,gurauan semata-mata).

Ok. Ada satu post yang sangat menarik. Boleh kata banyakla aku nampak kat facebook. Memandangkan aku terlebih rajin, aku print screen je post tu~

Nikah

Aku je kot yang nampak banyak. Tak tahu la kan. Just aku perasan banyakla. =). Frankly speaking, memang rasa best la kan baca, Setakat baca, memang tak ada apa la. Kahwin tu, K-A-H-W-I-N. Besar kot. Eja dan sebut memang simple. Tapi makna dan aplikasi lebih dari kompleks, tapi tak mustahil kan?

(Kali ni, aku cuma nak letak banyak-banyak print screen)

Seterusnya, ini satu post yang menarik sangat. Hehe. Panjang sesangat, sesangatnya panjang. Tahniah jika sekiranya anda sanggup membacanya. Tak rugi baca. (Terutama kepada mereka yang sudah berpunya….^.^)

Kahwin

Ok. Memang panjang. Klik di gambar untuk gambar lebih jelas. Hehe. Kalau stil tak dapat baca, boleh aku post kat notes nanti. Insya-Allah~

Kesimpulan mudah yang aku nak simpulkan dari post ni ialah, zaman sekarang semakin mencabar. Senang kata, akhir zaman ni, semakin banyak teknologi-teknologi yang menjadikan godaan kita semua. Betul tak? Even dalam al-quran sendiri Allah ada menyatakan tentang kelemahan umat Islam sendiri. Sila tengok dalam surah Al-Anfaal ayat 65-66. Dalam ayat ni, menceritakan tentang nisbah orang Islam dan kafir dalam peperangan. Jika kita fahamkan ayat-ayat ni, Allah menyatakan nisbah Muslim kepada kafir dari 1:10 kepada 1:2. Kenapa semakin kurang? Terang-terang dalam ayat tu menyatakan bahawasanya Allah mengetahui kelemahan kita. Renung-renungkanlah.

Seterusnya, ini adalah komen untuk print screen di atas. Aku nak setuju tak boleh, tak setuju pun tak boleh. Bukan apa, setiap pandangan tu ada baik dan buruknya.

komen

Jujur la aku cakap, yang bagi komen-komen ni, semuanya ofkoslah, bukan married. So, pandangan mereka mungkin lebih kepada perasaan mereka dan darah muda yang mengalir. Maaf jika sekiranya yang membaca adalah mereka daripada golongan yang sudah berkahwin, atau ibu bapa.

Setakat ni, ini je benda-benda yang menarik perhatian aku di facebook. (><)V

Sebenarnya, roomates aku ada berborak pasal kahwin. Adalah, kawan-kawan laki depa yang tanya bila nak kahwin. Ada juga yang bagi soklan tak berlapik, contohnya, “Kau ni tak ada perasaan ke?” atau “Kau ni tak suka lelaki ke?” Ok. Sebagai pendengar, aku nak gelak sesangat. Yes, aku akui roomates aku ni semuanya memang macam….tak ada interest dalam bab begini. Even though they are my seniors. Macam yang aku cakap dulu, lain orang lain masanya. Macam junior aku ni, (maaf dik), siap talipon mak ha. Cuba kira sikit beza umur roomates aku dan adik comel ni…..Allah tu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Jangan nak bantah-bantah!(marah taw!^.^) Tu, x-KR aku tu dengan junior aku, muda juga. Junior aku kot. Hehe. Dah, karangan aku makin panjang.

Senang kata, aku nak kawan-kawan aku di luar sana, yang dah start ada makwer ke pakwer ke gurlfren ke boyfren ke pacar ke lover ke apa-apa yang seangkatan dengannya, tanya hati dan iman anda. Kalau betul nak kahwin dengan orang tu, buat cara nak kahwin. Tapi kalau setakat nak  ‘enjoy’ this youth, baik stop it. Sebab perasaan sayang yang Allah kurniakan untuk kita adalah satu perasaan yang suci. Kepada mereka yang single, silalah like post feymes kat pesbuk, “Share this if you’re ending 2011 single atau pun, “If you’re single, don’t be sad, because Allah is saving you for someone special”, dan teruskan perjuangan anda mencari cinta agung Allah. Yang bab fesbuk tu main-main je.

Setakat ni je entri kali ni. Panjang lagi. =.=”

link kali ini, dari iluvislam.com…Nikah Awal Jalan Terbaik?

p/s: Allah sentiasa bersama kita. InsyaAllah. Jangan risau ye~^.^

My UMMI and IBU

Salam.

Bersempena 26 Disember ni…………dengan bangganya, saya nak mengumumkan bahawa saya sangat berbangga dengan kedua orang mak saya. Ummi dan Ibu….(nak buat ikon love tak reti.=.=’)

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran setinggi-tingginya kepada Yang Maha Esa, Allah S.W.T sebab saya dikurniakan dua orang emak. Biarlah apa orang nak cakap, saya rasa saya beruntung sebab Allah bagi saya emak lebih dari satu~ Jangan jeluz, ok? (Gurau je).

Agak seronok sebenarnya….tiap-tiap tahun mesti ada dua birthday pada tarikh yang sama. Ngee~ (Confirm my Baba bersyukur juga ni~) Bukan apa, Allah tu memang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. My moms berdua ni, Ummi dengan Ibu, sangat….sangat….ok…wordlessssssssssss.=.=’ Tak tahu nak cakap macam mana sebenarnya. Hehe.

To my Baba, kaklong ni muda lagi. Nak pesan-pesan kat Baba macam….kelakar pulak. Tapi love them both till Jannah, kay? Hehe. Not forever but till Jannah. (^.^)

To Ummi and to Ibu, nak beli hadiah, tapi macam …. tak mampu je. Bukan tak ada duit ke apa tapi, kaklong bagila apa-apa pun, nothing can beat both of yours love, espically Ummi. So, just wishing to both of you proudly is the best I can do. (><)b.

Firstly, for my beautiful and gorgeous and caring mom, Ummi, Rosmina Jaafar. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK-BANYAK-BANYAK taw~. The nine months of me being carried by you, you endure it with great and i said it again G-R-E-A-T patience. The nineteen years of rising me up with my stubbornness and egos and lots of bad things I did, you would still accept me as your daughter no matter what. If I were to list all of yours love and patience and care and every single advice you had ever gave, I couldn’t never do so. The greatest gift you ever gave is my LIFE. (T.T)….. (tak nak nangis kat sini~malu~)….SAYANG UMMI. May Allah always bless you with a great and wonderful and blissful life here and hereafter.

Secondly, for my lovely and sweet and smart mom, Ibu, Nurhanina Rafai. Pun sama. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK.(><)V. There were times you took care of me, and you treated me as your own. There were times of hardships, and you took it strongly. Even though you didn’t carried me for the 9 months, it were my brothers you carried and my-new-siblings-to-be you are carrying. Even though you didn’t spend the time of 19 years with me, you did thought me a lot of things. When I called you IBU, you are my mother too. SAYANG IBU. Ngee~ May Allah bless you and may you be strong with HIS help and guidance.

Thirdly, to my handsome and romantic and charming Baba, Nazarudin Che Salleh. (Baba pun dapat credit gak….ngee)~ Allah gives you this two wonderful women to you. He would never ever gives you these great women, if He know you couldn’t handle it. Err. Blank dah. Just nak Baba be patience and patience and patience and patience always. Hurm. Again. Love them TILL JANNAH~ (><)V

Last sekali…..adik-adik yang kaklong sayang and rindu (bile nak gusti lagi huh?) Korang jaga Ummi dengan Ibu baik-baik. Dulu boleh la kaklong ada kat rumah selalu nak pesan-pesan. Sekarang pakai blog dengan pesbuk je la. Ummi tu maksudnya mak saya, Ibu tu pun mak juga. So, dua-dua pun MAK juga. Dipanggil dengan panggilan yang bermaksud MAK sangat besar tanggungjawab. Asalkan MAK. Saja kaklong highlight kat sini. Sambil-sambil tu cakap kat orang lain juga, EMAK ke IBU ke UMMI ke MUMMY ke MBAH ke UMMU ke apa-apa yang ertinya seorang ibu, asalkan dia tu ada menjaga dan mendidik dan bersama dalam proses membesar, ibu tetap ibu. Ingat pesan Rasulullah, selepas Allah dan Rasulullah ialah ibu, ibu, ibu dan ayah. (Err…tapi jangan sampai melampau sangat. Baba tu bagi kita rumah besar tu, tibi best…and macam-macam)

 

Ok. Done wishing and advising. Haha. (Macam hebat sangat je~)

 

p/s: Kawan kaklong pun wish birthday ummi dengan ibu. Ngee~

Smile.Smile.Smile

Salam.

Sekarang memang tengah dalam tempoh tak-lama-lagi nak exam dah cik kak oi! Memang agak stress juga la. Sampai aku ade niat nak gali kubur tokoh-tokoh matematik ke fizik sebab jumpa benda-benda yang pelik. Memang stress kot. Tapi disaat aku berjaya memahami konsep yang diaorang jumpa, aku rasa masa aku stress memang aku dah tak betul dah. Hahaha.

Ok. Kali ni bukan lagi pasal kahwin. Tak ada perbincangan lanjut lagi. Tengah sibuk nak exam ni. Fizik tu masih dalam blur lagi tu. Huhu. Ok. Tamat di sini mukadimah.

Tajuk hari ni smile. Jom sama-sama kita amalkan senyum. Senyum itu kan sedekah. Senyum itu kan penawar duka. Senyum itu kan satu senaman. Cerita pasal senyum ni, aku teringat pesanan seorang pakar motivasi waktu sekolah dulu. Dia cakaplah, sebelum tidur kita senyum dan bangun dari tidur pun senyum. Selain dapat jadi senaman untuk otot-otot pipi kita, dapat juga bantu hati kita. Memanglah senyuman sangat banyak maknanya, senyum sebelum tidur tanda syukur pada Allah bagi kita peluang untuk hidup dan lalui pengalaman-pengalaman yang kita lalui sampai sebelum tidur. Senyum bangun dari tidur tanda kita bersyukur Allah masih memberikan kita nyawa untuk terus hidup mengabdikan diri kepada-Nya. Kesimpulan yang mudah, senyumlah eh?

Hari ni aku tersenyum je. Dapat tengok salji kot! Salji tebal….Senior kata ni baru takat buku lali. Apa kesah, kan? Tunggu sampai takat lutut ke pinggang ke, baru syok. Tak kesahla kan. Pagi-pagi masa pergi kelas je, salji tengah turun. Sempat aku amik salji nak buat bebola salji, tapi tak boleh. Dia macam pasir sikit. Tak berjaya membuat bebola salji. Tapi tak apa, aku masih senyum. Seronok sangat Allah bagi peluang untuk aku rasa salah satu musim ciptaan Dia. Best kut. Main snow fight macam best. Beku kot!

Semalam, aku buka la grup dorm aku masa kat KKJ dulu. Tetiba ada yang post pasal bekas ketua rumah aku yang bertunang dengan junior kami. Umur 19 dengan 18 tahun. Memang hot news laaaaa. Almaklumlah, kalau kat KKJ tu nak mengenali junior tu memang agak payah melainkan anda itu ketua pelajar ke ketua rumah ke ketua umum ke pengerusi badar ke pengerusi hawa ke atau mana-mana jawatan tertinggi la. Hehe. Tersenyum je la aku depan skrin laptop ni. Berita lain pulak, kawan aku yang tengah belajar kat Jordan tu pregnant. Waaa~ ok. Tak adalah hot mana kan. Yela dah kahwin, memanglah kan? Rezeki Allah jangan di tolak ye……Moga-moga KR (ketua rumah) aku dengan tunangnya sampai ke jenjang pelamin dan bahagia sehingga ke syurga dan buat kawanku yang di Jordan tu, harap dapat bersabar. (Ok. Dah macam buat ucapan rasmi ape je).

Ada kisah lagi pasal senyum. Haha. Pasal persoalan kawan-kawan kat aku. Pasal kahwin. Nak kahwin dah ke aku? Almaklumlah, kat blog ni rajin aku dok cerita pasal kahwin dan kahwin dan kahwin. Hehe. Agaknya kawan-kawan aku mesti sedih kalau sebenarnya aku nak kahwin tapi tak inform diaorang. Senang kata gini lah. Buat kawan-kawan yang ku sayang, saya ni mak ayah pun belum tentu lagi nak bagi saya kahwin. Saya tak ada pakwe ke apa-apa. Insya-Allah, kawan-kawan, kalau jodoh saya sampai dulu nanti, saya akan maklumlah. (Kita tengok sape antara kita ramai-ramai ni nikah dulu…..) Hehehe. Ok dah tak? Aku tak nak la ada yang pikir aku nak kahwin. Yela, setakat aku je yang nak, tapi apa-apa pun tak ada, nak buat apa je. Baik aku layan fizik tu~ huhu. Ok eh kawan-kawan? Masa depan tu di tangan Allah. So, kalau ada pape, aku kasi taw la kat grup kita. Jangan risau. Kamu kawan-kawan saya.

Senang kata, entri hari ni nak clarify kat kawan-kawan yang aku belum lagi nak kahwin. Ecet….kepada kawan-kawan baik aku yang sangat sayangi, terima kasih ye sebab sudi berada di samping aku walaupun kita jauh. Aku minta kamu bagi senyuman sahaja. Ok? Only SMILES are allowed. Only your smiles give the strength to stand up alone in the foreign land. No words needed, okay?

 

 

p/s: Semuanya di tangan Allah. Segala-galanya aku serahkan pada Allah. There’re reasons in everything I did. Ngee~

Zaman bujang

Salam.

Ok. Asalnya, nak tulis tajuk “Bila bercinta'”, tapi tak pernah tahu apa yang syoknya bercinta. So, alang-alang lately aku suka post pasal kahwin, cerita pasal zaman bujang la eh? Aku rasa post kali ini pun akan jadi panjang. Erk. Maaf ye.

Ok. Ini adalah dialog antara dua orang kawan. A dan B. A meluahkan perasaan, dia ada berkenan dengan seorang hamba Allah. Sudah diselidik latar belakang calonnya itu. Sebagai kawan, B sangat bersyukur kawannya tak ada nak kapel-kapel dulu, lovey dovey ke apa-apa dan paling penting nak menjaga hatinya. Bagus la tu, tapi……..ada tapi taw…..ada dua tiga soalan yang B ajukan kepada A……agar A sedar tentang keputusannya.

B: Kau dah istikharah ke? Kau tak berat sebelah? Bila berat sebelah, istikharah tak ada makna.

A: InsyaAllah tidak. Aku istikharah bukan untuk pilih jodoh tapi untuk minta jalan yang patut aku pilih sekarang.

B: Kau dah sedia nak pikul tanggungjawab yang lebih berat dari sekarang? Lepas ni kau kena fikir pasangan kau dalam apa-apa jua keputusan.

A: Kalau kira sedia tu, memang sampai bila-bila aku tak bersedia, Allah lebih tahu bila aku bersedia. Dia takkan membebankan hamba-Nya jika Dia tahu hamba-Nya mampu untuk menanggung bebanan itu. Sekarang pun, aku buat keputusan bukan untuk aku seorang. Untuk mak ayah aku juga.

B: Kau tak rasa rugi ke kahwin awal ni? Nanti bila kau grad, kau dah ada anak bini, tapi orang lain bujang lagi, boleh keluar enjoy, celebrate. Kau juga yang miss semua tu. Bila kau dah kahwin, apa-apa kau buat kena fikir isteri kau juga. Nak keluar lepak dengan kawan-kawan selalu tak boleh dah, ada isteri kat rumah. Nanti kawan-kawan kau enjoy, kau dekat rumah dengan bini je. Ngadap orang yang sama. Tak ke nanti kau juga yang rasa rugi? Dah berbini kau dah tak bebas nak enjoy. Kau ada tanggungjawab. Kena pikir hal rumah tangga lah itulah inilah. Dah berbini nanti tanggungan kau makin besar. Mana nak cekup duit lagi, nak belajar lagi, nak exam lagi. Senang lagi bujang.

A: Aku tak rasa rugi. Kalau grad nanti, aku ada isteri yang sama-sama dengan aku berjuang dan menyokong. Nak celebrate, celebrate aje lah dengan kawan-kawan, dekat rumah aku, majlis doa selamat. Daripada aku ikut kawan-kawan aku celebrate entah kat shopping kompleks mana, lupa Allah, baik celebrate dengan isteri. Dapat pahala. Nak lepak dengan kawan-kawan, aku masih boleh lepak dengan kawan-kawan, macamlah isteri aku nanti tak ada kawan. Dia pun ada masa juga nak dengan kawan-kawan dia. Masing-masing perlu masa untuk diri masing-masing juga. Best sangat ke bebas? Apa guna kalau bebas macam layang-layang putus tali? Nak enjoy apa nye bujang-bujang ni? Bila bebaslah, mudah lupa pada Allah. Bila diikat, mudah untuk kita sedar diri kita. Bukan aku nak cakap membujang tu maksudnya tak soleh. Ramai aje, yang soleh, tapi fitrah manusia Allah jadikan nafsu. Dan dah ternyata dalam al-Quran sendiri umat Islam semakin lama semakin lemah sehinggalah tiba Kiamat. Setakat mana seorang lelaki boleh mengawal nafsunya? Nabi Yusuf a.s juga untuk sesaat tergoda dengan Zulaikha, ni pula kita yang bukan maksom macam nabi. Zaman sekarang ni, semua orang hanya mampu mencegah kemungkaran dalam hati. Siapa sangat yang mampu nak mencegah dengan tangan dan mulut? Ada pula kalau jenis yang fikir kubur lain-lain. Lagipun ajal kita tak tahu bila. Nak enjoy yang macam mana dengan zaman bujang sebenarnya? Aku tak nafikan tanggungan aku makin besar. Pasal isu duit, Allah dah janji untuk beri bantuan kepada yang bernikah. Lagipun, lebih elok belajar berjimat. Tahu pengurusan duit. Daripada dok membelanja tanpa tujuan. Nak belajar, lagi tenang. Kalau teringat kat isteri dapat pahala. Kalau sekarang, mahu dapat dosa. Aku dan dia sama-sama belajar. Sama-sama menghadapi situasi yang sama, takkan lah tak boleh nak memahami situasinya? Itulah gunanya Rasulullah menyuruh kita utamakan agama dalam memilih calon.

B mengangguk faham. Yakinlah dia dengan kawannya. Dia tahu kawannya sudah sehabis baik memikirkan hal ini. Senang kata, Allah dah tetapkan jalan setiap orang. Definisi bujang itu sendiri bergantung kepada individu. Kalau nak buka kamus dewan edisi ke-4, dipersilakan tetapi, tanya diri sendiri tentang definisi bujang itu. Adakah sekadar dengan maksud untuk bebas tanpa terikat atau maksud lain? Tak dapat dinafikan, lain orang lain pemikiran dan lain juga definisi bujang itu. Kan?

Sekali lagi ingin aku jelaskan di sini,ye, aku bukan menggalakkan. Tak. Sama sekali tak. Senang cerita macam ni, kalu tiba-tiba dalam hati tu terbit rasa sayang ke cinta kat hamba Allah yang ajnabi, pertama-tamanya, istikharah dan doa kepada Allah. Kalau Dia kata terbaik adalah sekian-sekian, pilih jalan tu. Ok? Ada je kes orang tu berkenan tapi Allah bagi jalan untuk tak bernikah dulu sebab Allah Maha Mengetahui kemampuan hamba-Nya. Ye dok? Apa-apa urusan kita sekarang dan di masa depan, Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Setiap yang Dia susun ada sebab dan musabab. Ok?

Simply said, put Allah first. Anything happen in your heart ask Allah’s guidance. Be dependent on Him.

Kali ini aku sertakan dengan link ustazah Fatimah Syahra.(errr.sape dah tengok video dia pasal bercinta lepas kahwin? sentap seyh~ )

Pesanan ustazah dalam video tu. azab Allah yang paling seksa ialah saat Dia abaikan kita sebab cemburu kita melebihkan orang lain (kekasih hati la kan). Saat Allah abaikan kita itu…..huhuhu…tak terbayang. So, kawan-kawan, dekatkan diri dengan Allah. Kita tak nampak Dia tapi Dia dihati kita kan?

 

 

p/s: Saya mestilah Islam dari segi akidah dengan saya mestilah mempercayai dan meyakini bahawa setiap yang Allah jadikan bukanlah sia-sia kerana ianya adalah sifat yang mustahil bagi Allah. – Ma za Yakni : Fathi Yakan -

Matlamat kita

Salam.

Ok. Instead of menghadap laptop, tulis blog ni, baiklah pergi siapkan soalan fizik yang masih lagi tak terjawab itu, wahai Cik Asma Amirah! Ok. Dah dekat berapa jam ayat tu terbayang dalam kepala. Hati masih lagi mencari ni. Mencari ketenangan ni.

Semalam, sambil scrolling news feed pesbuk, aku terjumpa pulak satu ni productivemuslim.com. Saranan aku buat kawan-kawan, sila lah layari laman web ni. Sangat-sangat dipersilakan. Sungguh memang bagus untuk improve diri kita. Banyak artikel-artikel yang boleh dijadikan renungan dan amalan kita. Memandangkan web ini berbahasa inggeris, memang ada terasa terbeban sikit la nak membaca, tapi, bagi mereka yang bersungguh, reading is a benefit to yourselves! Tak rugi jika kita luangkan masa untuk membaca artikel yang sekadar dua minit sahaja untuk meningkatkan prestasi diri.Ye dok?

Web ni ade link kat youtube. Video-video dia memang bagus. Sekarang ni, aku tengah layan tajuk ‘Manage Your Time and Goal’. Sambil dengar-dengar ni, enjoy sangat isi dia. Statement dia, “Think big”. Betul la kan, kalau kita ada cita-cita, tak perlu takut untuk memikirkan yang besar-besar. TETAPI, kena ingatlah, kalau nak jadi macam mat jenin je, tak payahlah. Rugi je.

Kita nak ada matlamat tak salah, memang tak salah. Tapi, hujung matlamat kita mestilah berkait dengan ukhrawi kita. Sebabnya, dunia ini hanyalah penghubung ata medium untuk kita ke akhirat nanti. Betul tak? Nak jadi doktor ke engineer ke architect ke apa-apa yang besar, jadilah, tapi matlamat kita tu ke mana? Semata-mata untuk kepuasan kita ke? Matlamat kita tu mampu ke nak membantu kita di akhirat kelak? Fikir la ye, kawan-kawan.

Cik Asma Amirah, awak bercakap pandai ye?

Selingan sebentar. Hehe. Masa kat KJJ dulu teringat kat seorang kawan ni. Dia muda setahun dari kami, tapi budak kelas pertama, calon straight dan percayalah cakap aku, cantik luar dan dalam. Aku sangat kagum dengan dia. Pernah dia bagi tazkirah macam mana nak tingkatkan diri dalam seharian kita. Pesanan dia ada lima perkara yang kita nak capai dari saat terbukanya mata kita.

SPIRITUAL

PHYSICAL

EDUCATION

COMMUNICATION

ATTITUDE

Hurm. Bila fikir balik betul la kan? Pertama sekali spiritual kita. Rasulullah juga ada ajar kita doa bangun dari tidur kan? Then physical, kita perlukan badan yang sihat untuk beribadah, kan? Education pula, amal tanpa ilmu itu sia-sia. Sebab tak memahami apa yang kita buat, ye dok? Susuli pula dengan communication. Hubungan dengan manusia pun kena jaga juga. Betul tak? Last sekali attitude kita, seiring atau tidak dengan akidah seorang muslim? Pesan dia lagi, sebelum tidur muhasabah diri balik untuk lima perkara ni dan nilai diri sendiri.

Lima perkara itu adalah matlamat hidup kita yang sebenar. Betul tak? Tak cukup satu, tak lengkap lah. Sebab semuanya saling berkait. Saranan saya, buat kawan-kawan, bacalah buku Apa Erti Saya Menganut Islam (Ma Za Yakni) oleh Fathi Yakan. Dulu masa kat KJJ, dalam usrah masa buku ni digunakan, mungkin aku kurang beri perhatian. Jujur, walaupun nampak macam kecik je buku ni, nampak macam senang je nak faham, jangan ingat faham itu cukup kalau bukan dari hati sendiri. Menghayati dengan hati itu bukan mudah. Oh, memang sukar tetapi tak mustahil.

Jom, kawan-kawan! Sama-sama kita ke arah kebaikan!

 

 

p/s: semakin kita dekatkan diri dengan ALLAH, saat terpisah dengan Dia, rindu yang sangat kuat dan rasa tiada apa yang mampu mengantikan Dia sebab hanya Dia je yang memang layak dirindui dan disembah!

Serahkan padaNYA

Salam

Sebenarnya, nak sambung pasal kawen-kawen tu, tapi modal tak ada. Tak ada perbincangan lanjut. Hanya mampu suggest untuk hangpa pi tengok video-video ke dengar ceramah-ceramah bab kahwin ni. =). Ade satu blog yang boleh suggest kalu sesapa yang nak kahwin muda ye. Sweet kut~ (Baca Bicara Seorang Suami) Diari Rindu Muhsin & Mira. (ini bagi mereka yang serius sahaja ok!)

Topik yang tak seberapa hangat kali ini ialah berserah kepada-Nya. Semalam semasa aku tengah menyelam internet ni, buka iluvislam.com. Topik tentang istikharah. Istikharah ini bukanlah semata-mata kerana cari jodoh. Oh tidak. Sila jangan salah anggap ye. Perkataan istikharah itu sendiri datangnya daripada perkataan ‘khair’ yang bermaksud pilihan. (Maaf, tak ada keyboard arab…kalau ada tak tahu nak guna). Setelah ditasrifkan jadilah istikharah. Kesimpulan mudah, solat sunat istikharah ialah solat sunat yang kita lakukan semasa kita buntu untuk membuat pilihan. Dalam erti kata lain, kita serahkan pilihan di tangan Allah. Tapi ingat, solat istikharah mestilah dilakukan disaat kita sendiri memang buntu. Tak ada jalan keluar. Jangan pula tengah berat sebelah. Memang konfem la…..takkan dapat jawapan. Sungguh ni. Nak maklumat lebih lanjut pasal solat istikharah, boleh korek-korek mana-mana web ke buku-buku ilmiah. Hari tu, aku melayan celoteh ustaz Azhar tentang solat sunat ni. Masing-masing ada cara masing-masing. Hehehe.

Hurm…..

Aku buat headline hari sebabnya diri aku sendiri. Aku ada seorang kawan, yang mungkin aku tak sepenuhnya percayakan dia.(Maaf sesangat!) Senang kata, aku tak tahu sama ada aku percayakan dia atau tak. Jujur. Aku tak tahu. Sampai aku rasa bersalah sebab tak percayakan dia. Pedih kut kalau tahu kawan tak percaya kawan. Sedih kan? Aku tak ada pilihan lain selain berserah kepada ALLAH. Nak tahu kenapa? Sebabnya, Allah takkan gerakkan hati kita untuk percayakan seseorang itu melainkan Allah tahu selayaknya dia itu dipercayai kita. Semuanya datang dari Allah juga.

Akhir sekali aku terfikir, kadang-kadang kita sebagai manusia, buat keputusan dalam hidup kita lebih berpandukan akal kita daripada keyakinan kita kepada Allah. Nak keluarkan contoh, susah. (Sebab melibatkan orang yang lebih berpengalaman.) Senang kata disini, aku nak sampaikan, jika sekiranya ada sesuatu keputusan tu, kita rasa berat sangat, serahkan pada Allah. Yakin pada Allah.Yang paling penting, sentiasa optimis. Teringat pesan Baba kat semua orang masa my handsome Tok Ayah nak bernikah hari tu. “Janganlah nak judge apa-apa, kita serah pada Allah je. Kalau memang ini yang terbaik, terbaiklah.”

Hehehe. Even masa aku nak decide nak pilih fakulti mana pun, macam ni juga la yang Baba pesan. Betul apa yang dia cakap. Serah padaNya. Tak salah malah betul. Hilangkan syak wasangka kita dengan yakin kepada Allah. Syak wasangka kita tu datang kerana perasaan, emosi dan ego kita. Tak tipu. Kalau kita teliti diri kita dalam-dalam, sepanjang masa syaitan berbisik. Tidak ada sesaat pun dia lepaskan untuk tak menggoda kita. Tapi yang dapat menepis semua itu adalah hati kita. Hati kita ini ke mana? Yakin dan percaya pada siapa? (Cik Asma Amirah, awak banyak sangat dah cakap tu~)

Kawan aku tu pernah keluarkan statement yang dia ambil daripada drama Melayu (tak ingat tajuk), “Kenapa berharap pada manusia bukan pada Allah?” Betul tak statement tu? Instead of kita berharap, yakin dan percaya kat orang baiklah semua tu kita letakkan pada ALLAH. Ye dok kawan-kawan? Banyak cakap ni bukan nak refer siapa-siapa, tapi nak tunding kat diri sendiri.

Alhamdulillah, sikit-sikit kan, kalau kita percaya kat Allah dan percayakan sesorang itu atas dasar kita yakin pada Allah, rasa was-was ke ragu-ragu ke bersalah tu hilang. Sebab yang utama dalam hidup kita ialah ALLAH S.W.T. Kan? Pesanan paling ringkas kali ini ialah, utamakan ALLAH dari segala-galanya. Nothing above HIM. Everything is for HIM and only HIM.

 

 

p/s: Cik Asma Amirah, yakin la ye. Hehe. Smile dear myself! =)

Saving…oh…. saving

Salam

Duit, duit, di mana kau duit…. lagu feymes Hattan pasal duit. Kagumkan macam mana duit tu boleh buatkan kadang-kadang manusia lebih mementingkan diri sendiri? Hanya kerana duit. Bukan semua orang. Kadang-kadang untuk kepentingan orang-orang yang kita sayang. Betul tak?

(Okay. Ulasan dari cerita drama lama lakonan YamaPi, Kurosagi)

Memang topik tak berapa hangat aku ialah pasal duit. Pasal menyimpan duit. Banyak sebab aku berniat untuk kumpul duit untuk tahun 2012 nanti, insyaAllah. Macam-macam sebenarnya alasan. Namun, tak boleh untuk diutarakan di sini ye, kawan-kawan. Maaf. Hehehe.

Sekarang ni dah nak sampai masuk tahun 2012 kan? Teruja tak? (Soalan yang agak =.=’’’)

Kalau ikut nafsu aku, masih banyak menda aku nak beli. Nak sangat-sangat. Baju itu baju ini beg itu kasut itu dan berbagai benda yang hanya membawa kepada pembaziran. Well, almaklumlah, duit masuk je, dok? Haha. Tetapi atas nasihat dan hasil brainwash dari seorang kawan ni, aku sanggup bertahan nafsu membeli belah untuk simpan duit demi masa depan yang lebih baik, kan? Memang kaw-kaw aku kena dengan dia, sampai sekarang ni tiap kali aku lalu depan bank, dalam hati aku berbisik “Jangan tuka duit….jangan…..” Sekarang dalam tangan aku rasa memang tak sebanyak mana duit. Tapi kalau aku tak ikut nafsu aku tu, selamat duit tu cukup untuk sampai hujung tahun ni. Seronok juga belajar savings ni. Terasa macam kaya pun ada. (Bajet tak?)

Aku kira-kira la kan, kalau aku berjaya kumpul duit, (insyaAllah), memang macam-macam aku boleh buat dengan duit simpanan tu. Banyak kut~ Tapi bila aku tolak macam-macam perancangan hidup aku, terus aku rasa macam takkan cukup aku kumpul duit semua tu. Perancangan masa depan mesti ada, ye dok? Be prepared lah katakan. Sekarang ni pun simpan duit sebab nak beli macam-macam untuk family nanti. Banyak menda yang best-best rasanya nak angkut beli bawak balik untuk rumah. Best wu~

Kawan-kawan, jom simpan duit! Jom! Nak jadi kaya tak?

(menarik tak ajakkan aku? XD)

 

 

 

p/s: mb2u tak berjaya activate,tu alasan terbaik…XD

Awal sangat ke …..

Salam

Post kali ini adalah kesinambungan daripada post Kahwin??? dan post Masa Depan. Aku pernah cakap dulu cerita pasal kahwin akan aku update dari masa ke masa mengikut mood aku. Bukan mood miang nak berkahwin ke apa, tapi mood nak tahu pendapat orang. Setakat ni, dah ramai kawan-kawan yang aku tanya berkenaan hal ini. Alhamdulillah, banyak nasihat dan pandangan yang aku dapat. Tak lupa juga kat kawan yang memang banyak bagi idea-idea untuk aku menulis kat blog yang tak seberapa serinya.

Lepas diskusi dengan kawan yang seorang ni, banyak persoalan yang tak terjawab dan masih tergantung. Memang pada dasarnya sebagai pelajar, dengan usia setahun jagung dan memang masih cetek pengalaman, aku akui, belum sesuai dan bukannya orang yang sesuai untuk aku utarakan benda perihal kahwin, tapi, saat duduk menuntut kat negara asing yang bukan negara Islam tambah dengan cabaran yang berbagai, memang terlintas dalam perkara pasal benda yang orang kata remeh ni.

Senarai soalan-soalan yang ingin aku tanyakan,(sikit je dulu)

1) Kahwin awal (tengah belajar) menghancurkan harapan ibu ayah ke?

2) Kahwin semata-mata untuk jadi raja sehari je ke?

3) Masa depan tak ada jaminan ke kalau kahwin awal?

4) Memang biasanye kahwin tu mula-mula je ke yang seronok?

Yang nak jawab, sila kan jawab. Tidak ada jawapan yang betul dan jawapan yang salah. Aku pun tak nak marah sesiapa atas sebarang jawapan yang menyindir atau menyinggung perasaan. Hal sebegini bergantung kepada pendapat masing-masing. Lain manusia, lain pandangan dan lain sudut perspektif yang dia nampak. Yang bujang. yang berpunya, yang dah beranak-pinak, semuanya dibenarkan. Hehe. Pengalaman hidup bermacam-macam. Nak kongsi pun tak ada masalah.

Mungkin ada yang berfikiran aku gatal-gatal dan mengada-ngada post benda pasal kahwin ni sebab tengok senior la, ikut orang la, dan macam-macam lagi la. Semua orang ada tanggapan masing-masing. Alang-alang dah bercerita pasal kahwin, ada dua link aku nak kongsikan. Yang nak click, silakan click, tak nak, tak payah. Tak penting pun.

Nikah Khitbah: Tiket Untuk Bercouple

Antara persoalan kahwin awal

 

Ada pula dua tiga hari lepas, aku tengok cerita jepun (Hana Yori Dango Final je pun~) kalau ada yang tengok jalan cerita movie tu betul-betul dan cari mesej yang nak disampaikan dari cerita tu mesti faham apa yang bakal aku sampaikan. Dalam cerita tu menceritakan tentang dua pasangan yang bakal berkahwin. (Kita tolak tepi hakikat yang mereka ni non-muslim dan scene-scene yang tak sesuai bagi kita, kay?) Dalam movie ni memang diselitkan macam mana mereka nak menjaga satu amanah yang diberikan oleh ibu si lelaki kepada bakal menantunya. Kepercayaan, tanggungjawab atas satu sama lain dan macam-macam moral value yang kita boleh dapat. Tapi konklusi yang paling mudah aku boleh bagi ialah, kahwin bukan perkara yang temeh dan bukan semata-mata atas nama besar mana majlis kahwin pasangan tu atau mahal mana mahar yang dibayar atau sweet mana couple tu masa bercintan-cintun dulu tapi kahwin adalah tanggungjawab dan komitmen dan tak lupa bagi kita yang Muslim, ianya satu sunah. Nak kahwin bukan untuk sehari tapi untuk sampai ke anak cucu (kalau jodoh berpanjangan). Nak kahwin bukan sebab nak tunjuk duit kita banyak mana tapi untuk sama-sama bina keluarga yang diredhai Allah. Nak kahwin bukan sebab nak tunjuk cintanya kita kat orang tu macam mana tapi  untuk mendapatkan kasih sayang Allah.

Kalau ikutkan perasaan memang aku dah lama miang menggatal kahwin (macamlah ada calon). Tak adalah, cakap pasal kahwin dengan usia semuda aku, memang buat aku berfikir kalau ada yang nak bercinta dengan aku sekarang, baik kahwin dengan aku. Tapi diskusi dengan kawan-kawan buatkan aku terfikir banyak benda. Kahwin. Sebut memang senang tak macam perkataan rusia yang sampai tersembur air liur nak menyebutnya, tapi makna dan maksud dia tu tak sesenang menyebut. Kawan aku ada je yang tanya, cakap-cakap kahwin, sedia ke nak jadi isteri? Sedia ke nak berpisah dengan mak ayah? Sedia ke nak spend time dengan suami nanti? Dan banyak lagi. Ye, aku tahu. Memang tak penting langsung. Baik aku selesaikan soalan physic yang lecturer bagi ke soalan matan ke soalan kimia.Banyak lagi benda yang lebih penting untuk aku fikirkan, ye dok?

(Mesti pening dengan aku, kejap macam gatal nak kahwin kejap macam tak nak kahwin~cik kak, pilih satu la)

Haha. Jujur jauh dalam sudut hati ni, memang aku nak. (Tunggu calon je)  Tapi masih banyak persediaan yang perlu aku sediakan, masih banyak sudut diri aku yang perlu aku betulkan.

Memang orang kata kahwin awal ni macam terburu-buru. Yang pergi buat majlis dalam keadaan terburu-buru tu sape suruh? Rancang awal-awal. Buat semua jadi teratur dan tersusun. Yang paling penting sekali tolak tepi la sume yang mengarut-ngarut dalam adat perkahwinan. Macam bersanding, ada hantaran berbalas-balas, dan segala yang macam sekadar makan duit yang tak jamin pun kebahagiaan perkahwinan. Ikut rukun nikah dalam Islam dan tunaikan yang wajib. Tak jadi masalah kan? Hehe. Kalau siapa-siapa yang baya aku memang dah plan nak kahwin, pesan aku, jimat-jimat belanja dan mudahkan kerja mak ayah bila nak kahwin. Yang nak kahwin kome, bukan depa. Ye dok?

Kahwin awal ni, ibarat mencegah maksiat daripada mengubatinya. Kalau dah berpenyakit nanti, susah pula nak mengubatinya. Nak mencegah pun kena kaji dulu, kena teliti dulu. Maksudnya, bukan nak bercinta je kahwin terus. Idok la gitu. Minta petunjuk Allah dulu. Istikharah, hajat. Doa kat Dia. Kalau memang ini jodoh kita, minta mudahkan urusan. Daripada nak couple sana sini, pergi dating la, baiklah kahwin. Daripada cipta fitnah baiklah orang sangka baik.

Pesan seorang senior kepada aku, nak kahwin awal ni bukan sebab gatal tapi nak jaga hati. Kita sebagai Muslim, yang ada pendidikan pun tahu kan tentang bab hati dan perasaan ni? Allah dah kurniakan perasaan tu. Janganlah kita pula nak cemarkan dia. Daripada dok main rindu-rindu kat boypren yang belum tentu jadi suami tu baiklah rindu kat suami. Dapat pahala, hati pun senang, tak ada nak gelisah tak tentu hala. Jujur aku cakap, bila rindu kat orang yang bukan suami, terdetik dalam hati tu rasa berdosa sangat. Baru dosa hati. Aku pernah lalui saat tu dulu. (Cakap macam dah ada suami je). Tak lah, dengan adanya didikan agama dari sekolah dulu, aku tahu rindu pada ajnabi tu salah dalam agama. Sebab tu ada doa, kalau dia jodoh kita, minta mudahkan, kalau bukan, jauhkan perasaan ni. Sebab tu ada istikharah. Kalau tak berbalas, tak jadi masalah sangat. Ni yang berbalas jadi masalah. Bila berbalas tu, sebagai manusia yang lemah memang kadang-kadang tu kita alpa. Tak tipu. Tanyalah mereka yang dah berkahwin, masa zaman bercinta dulu macam mana. (Macam dah kahwin je aku ni~hoho~lawak-lawak.) Sebab tu bila timbul je perasaan tu, minta dekat Allah petunjuk cepat-cepat. Kalau Dia bagi jalan mudah, jangan susahkan, Kalau Dia bagi jalan susah, usaha lagi dan usaha. Sebab usaha tu menunjukkan siapa kita di mata Dia.

Well, buat masa sekarang ni, setakat ini aje yang aku ingin coretkan. Nanti di edisi lain akan aku coretkan lagi. Hehe.

 

 

Harap maklum. Aku bukan nak menggalakkan perkahwinan awal. Oh. Tidak sama sekali. Tapi aku nak berpesan, sekali hati tu dah ada main feeling-feeling ke jiwang-jiwang ke, janganlah dok layan je. Lain orang lain masanya untuk sampai ke detik itu. Allah dah tetapkan. Ada yang muda-muda lagi dah fikir. Ada orang dah setel semua baru fikir. Ada orang bila dah agak lanjut baru nak ambil tahu. Ada pula tu, tak ada langsung terfikir. Masa masing-masing tu ada. Ok? Hehehe.

 

 

p/s: Dua tahun lepas, bab ni, aku paling wat derk dan tak layan. Dulu sibuk cakap kat orang. Ha, amek kau.

Nak tinggalkan yang buruk tapi….

Salam.

Hai kawan-kawan.

Mood shock aku dah turun dah. Memang minggu lepas adalah minggu SHOCK. Lepas satu dan satu shock yang datang mendekati dan mengganggu. Tapi, dah semakin berkurangan dan semakin pulih dah mood shock tu. (^.^)

Kali ini aku berbicara tentang konsep ingin berubah. Signifikan juga dengan post Dia atau DIA? Ada satu hari tu, keluar dengan seorang teman. Berbicara tentang keinginan berubah ke arah kebaikan. Memang nak berubah ke arah kebaikan tu ada dalam diri tapi yang penting hati dan semangat kita untuk tinggalkan yang buruk dan yang tak elok tu. Pada pendapat aku, tak perlu la secara drastik nak berubah. Perlahan-lahan pun cukupla. Asalkan istiqamah. Ini tidak, berubah laju je, tapi tak cukup kuat hati tu dan semangat mudah luntur pula, tambah dengan tak istiqamah, haih~ apa nak jadi kalau gitu? Ibarat amalan kita la. Lebih baik kita istiqamah melakukan amalan sunat yang kecil-kecil dari buat amalan yang besar tapi tak istiqamah. Bak kata pepata Melayu la kan, “sikit-sikit lama-lama jadi bukit'”. Ye dok? Kan?

Statement yang paling kerap bermain difikiran mereka yang seperti aku ni adalah,

“Nak tinggalkan sekian-sekian, tapi kalau tak tinggalkan pun seronok juga”

Tak tipu dan aku akui, memang itulah yang acapkali bermain difikiran. Ada saatnya, kita rasa best bila kita buat kebaikan, tapi ada saatnya kita rasa best juga buat keburukan. Almaklumlah, hati kita ni bukanlah tetap. Cuma kena kuatkan semangat sentiasa. Susah tu memang susah, tapi tak mustahil. Boleh usaha perlahan-lahan. Kan? Contoh perasaan bergolak macam ni simple je. Aku bagi contoh orang yang suka mencuri. Bila dia nak tinggalkan amalan mencuri dia dan berusaha cari duit dengan cara yang halal, terasa macam seksa juga cari duit cara halal sebab dah selesa dengan dapat duit cara mudah. Tapi dalam hati tu kerap mengingatkan diri sendiri, jangan mencuri, parah kalau tertangkap, lebih baik dapat duit cara halal, tak susah hidup kelak. Peperangan dalam diri tu peperangan kita yang paling besar sekali sebenarnya. Hati kita tak sentiasa tenang, tapi berilah makanannya dengan zikir dan selawat. Ye dok?

Hati kita ni sentiasa berbolak balik kerana janji Iblis pada Allah S.A.W untuk menyesatkan kita. Berlawanla dengan diri sendiri untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Tak ada ruginya kalau kita berusaha. Kalau kita tak lawan diri kita dan ikut je kehendak nafsu dan hati kita, lama-lama syaitan sendiri takut dengan kita. Yela, jahat-jahat dia pun tak semacam kita. Lupa segala-galanya, ikut kehendak diri semata-mata. So, macam mana? Siap sedialah untuk berperang dengan diri sendiri dengan amalan di dada dan amali feqah kita. Jangan sekadar ada ilmu tapi tak diamalkan. Tak rugi kita praktikkan, dan sekiranya suatu hari menjadi ikutan, pahala kita akan berganda.

 

 

p/s: Fighting cik Asma Amirah! Fighting. Make it worth a thousand chances of life you could live! yeay!

Relaks…..relaks….

Salam

Nak tulis hai kawan-kawan, tapi….tak boleh, sebab aku tak ada mood kanak-kanak riang tu.. Tengah serius ni. (Melawak je)

Kalau ikut perhitungan hari dah tiga hari rasanya. Tapi aku masih lagi mood shock. Tak perlu aku nyatakan apa yang buat aku shock sangat-sangat, yang penting aku masih terkejut.

Demi nak menghilangkan perasaan itu, lebih baik lah, aku tenangkan diri aku. Tak ada cara lain dah, dekatkan diri dengan Yang Esa. Sebab dalam keadaan ini memang Dia yang lebih arif. Aku hanya berserah diri dan segala harapan kepada Dia. Sepanjang dua tiga hari ini, tidur aku pun macam tak berapa tenang, aku jadi sedikit kelam kabut. Tak apa, ujian dari Dia, menguji kekuatan aku dan ketabahan aku. Relaks, cik kak oi! Relaks. Jangan terburu-buru, kay?

Ada hikmah bilik aku kena renovate minggu ni, sebab fokus aku lebih kepada bilik aku yang sekarang ini penuh dengan bau cat dan sangat sakit hidung menahan sakitnya….(semalam tidur memang tak aman). Jujurlah, ada juga shock tu kacau pelbagai benda dalam kepala aku, tapi, aku cuba dengan sedaya upaya untuk fikir benda lain. Dapat bilik baru memang best. Lagi cantik, lagi kemas. Memang nak hebohkan satu dunia je rasa. (Lari topik jap)

Aku tengah tunggu cuti sekolah ni! Bila la pula nak skype dengan my beloved sister, T-rex. Nak skype dengan family juga. Huhu. Memang terasa nak duduk kat rumah je sekarang ni. Nak relaks-relaks dengan semua orang, tengok tv ramai-ramai, main gusti dengan adik-adik, masak dengan T-rex ke Maban ke Budin ke Ah Chong (seriusly, memang nama panggilan terbaik). Waa~~ Kaklong rindu korang semua. Cepatlah cuti! Cepatla!!!! Tapi sekarang ni dah semakin sibuk, (yela tu), paling best sekali, aku ni sibuk dengan facebook je, walaupun dah tahu tak ada sebarang faedah sangat pun aku nak menatap profile aq dua tiga jam. (Aku suka tengok profile sendiri~poyo).

Seriusly, aku rasa aku tulis blog ni pun mesti bercelaru kan? Hoho. Relaks,relaks. Bak kata Cat Farish dalam cerita Rempit (kan? yang dengan Farid Kamil tu) “ Lek luuu~”. Tagline yang agak menarik la sebenarnya. Teringat pula kat kawan aku yang kami panggil dia LekLek ataupun nampak cantik sikit Lex2. No need to know who. Just teringat kat dia, sebab dia memang jenis yang relaks sokmo. Best jadi dia.

Dalam keadaan tak berapa nak tenang lagi ni, teringat kat kawan-kawan kat KJJ. Terutamanya Sabariah Salleh, Liyana Abdul Ghafar dan Ainaaul Mardhiyah. Wuu~ rindukan kamu, rindukan dorm kesayangan aku tu~. Paling aku rindukan kawan baik aku yang paling terbaik, Fatimatur Rifqah (Mator). Tak lupa juga kawan sepergaduhan dulu, yang selalu bajet cute, Mohd Anas. Aku rindukan kawan-kawan aku. Wishing them all can be here with me today. Seriusly, sangat-sangat rindukan kawan-kawan. Mator sayang, for sure, aku balik cuti nanti, aku cari kau cepat-cepat! Kalau kau sambut aku kat airport, lagi aku suka! Hoho.

Well, untuk kali ini, tak ada apa-apa sangat. Sekadar meluahkan kerinduan. InsyaAllah disaat aku dah kembali stabil dan lebih tenteram, akan ku coretkan lagi, yerk?

 

 

p/s: Salji dah makin banyak, muka dah pedih-pedih sebab angin kuat sangat, jalan pun takut tergelincir.

Dia atau DIA?

Salam

Hai kawan-kawan…..

Sejujurnya, aku sedang dalam mood shock lagi sebenarnya atas beberapa peristiwa yang berlaku kepada aku dalam masa yang baru-baru ini. Namun, mood shock itu bukanlah satu halangan untuk aku memencilkan diri. (Sengaja buat suasana saspens. Saspens tak? =p)

Oklah, kisah saspen ke tak saspen, kita keep in view, atau dalam singkatannye, K.I.V. (quite a popular abbreviation, kan?)

Ada satu hari tu, aku terbaca kat website iluvislam.com (sila click untuk baca), tentang berubah ke arah kebaikan. Jujurlah, sangat menyentuh perasaan aku. Biarpun situasi aku tak sama, tapi, perasaan itu ada. Semua orang memang pernah lalui zaman gelap masing-masing. Tak kiralah seteruk mana pun, pasti akan ada. Sebab dari situlah kita belajar bermacam-macam benda. Yes, aku mengaku aku nak berubah ke arah kebaikan tapi aku malu. Bila aku baca artikel tu, terdetik dekat hati aku, biarlah mulut orang, bicara orang, judgement orang, yang penting tu yang Di Atas Sana, Allah S.W.T. Itu yang penting sekali, ye dok?

Pernah aku keluarkan statement kan, kalau ikutkan perasaan nak lari jauh-jauh dari tempat sekarang ni dan pergi ke satu tempat yang semuanya orang yang aku tak kenal dan mulakan hidup baru. Sebab dengan cara itu kita boleh mulakan semuanya dari awal….tetapi, konfem malu nak pergi balik ke tempat sekarang ni. Sebab mereka yang kenal kita sebelum kita berubah dengan mereka yang kenal kita selepas berubah adalah orang yang berlainan. Kepada sesiapa yang pernah baca cerita Versus karya HLovate, pasti faham. Macam mana watak heroin tu (aku lupa nama dia), yang dulunya budak street, main skateboard, berpakaian seksi, sekarang ni dah bertudung labuh, baju labuh dan dah tak bergaul dengan lelaki, terserempak dengan kawan-kawan lama dia kat shopping compleks. Terbayang macam mana malunya dia nak berdepan dengan kawan-kawan lama dia (lelaki taw~), memang macam-macam yang bermain difikiran heroine tu tapi, kawan masih kawan. Kawan-kawan dia elok je lagi bercakap dengan dia, malah hormat dengan dia. Tu yang bagus. Memang aku dapat rasakan malunya. Bukan sebab buat benda tak elok ke apa ke, tapi itu masa lampau kita. Masa lampau yang ada kejahilan dan kegelapan kita. Nak tak nak, semuanya pernah berlaku dalam hidup kita. Kan?

Asalnya memang semangat aku turun bila fikir masa lampau aku. Tapi aku terfikir, artis-artis kat Malaysia, alhamdulillah ramai je yang dah berubah ke arah kebaikan. Contoh, Wardina Safiyyah. Sehinggakan dia mendapat jemputan untuk memberi ceramah kepada muda-mudi. Pada aku cabaran dia mungkin lebih hebat. Sebab hampir semua orang kenal dia (Malaysia je la~), pelakon Spanar Jaya dengan Zanbo, Ahmad Idham, dan lain-lain masa zaman aku sekolah rendah dulu. Selepas dua tahun dia mendiamkan diri, keluar tv dah pakai tudung dah pulak…..series aku rasa mesti macam-macam cabaran dari media dan sebagainya yang dia lalui. Tapi dia tetap dengan pendirian dan pegangan dia. Sungguhpun dia menjadi pengacara tv ke pelakon ke (berlakon lagi kan?) dia masih menjaga segala batas. Selain dia, Irma Hasmie, Erma Fatimah, Shiela Rusly, mungkin ramai lagi yang aku tak tahu. (Highlight aku artis perempuan sahaja….. well, obviously la kan kenapa). Aku tak nak menilai benda-benda lain pada mereka. Urusan tentang diaorang masih lagi keluar tv, jadi itu, jadi ini, aku tak ada hak dan sama sekali tak layak nak menilai. Yang nyata lagi bersuluh, dengan kedudukan mereka sebagai artis, yang dikenali ramai, mereka tidak malu untuk berubah secara perlahan-lahan ke arah kebaikan. Bagus kan?

Melihatkan orang-orang macam ni, buatkna aku terfikir, dari mana datangnya semangat dan keyakinan mereka yang kuat dan kental tu. Dari Allah S.W.T. Meh kita sama-sama fikir.

Demi siapa

 

Well, aku cuma menulis apa yang tersirat di hati dan menyampaikan kepada yang membaca kerana rasa perlu untuk mengajak kawan-kawan aku berfikir. Maaf jika ada yang terasa.

Kesimpulannya mudah sahaja, fikirkan lah wahai diri…. (especially cik Asma Amirah seorang ni…. okay?)

 

 

 

 

p/s: Buat cik Asma Amirah, sila jaga diri anda baik-baik dan selamatkan diri anda sebelum terlewat, ye? Hehehe. Sayang awak, cik Slumberlady….(^_^)

Snow+Wedding?

Salam

Hai kawan-kawan! (seriously, this tagline is cute!)

Baiklah. Aku tak nak bercerita panjang sangat. Ini berkaitan dengan snow atau dalam bahasa melayu, salji. Well, memang jujur aku katakan aku agak rasa jakun ataupun batak dengan adanya salji ni. Tapi kawan-kawan aku kata simpan jakun tu untuk salji yang tebal. Sebab sekarang ni baru sikit. Hahaha. Ya Allah, terima kasih~

Sabtu semalam, aku buat eksplorasi mencari masjid di Moscow. Memorial Mosque, nama masjid tu. Agak gila juga la sebab pergi sendirian, dalam sejuk tanpa sarung tangan. Bajet kuatla nak tahan sejuk Moscow. Hahaha. Tapi kan, demi mencari masjid yang satu tu, aku tak rasa menjadi masalah. Memang aku mula-mula dah terasa macam sesat dah. Entah ke mana-mana entah aku berjalan. Siap tepon kawan tanya kat mana letaknya masjid tu. Nasib baik aku di route yang betul. Memang sejuk yang sangat-sangatla. Snow pulak ade la turun sikit-sikit. Alhamdulillah aku sempat solat zohor jemaah. Rezeki aku, sampai-sampai muazin tengah azan zohor. Lepas aku dah selesai solat apa sume kat dalam masjid tu. Azam aku, satu hari nanti kalau Ummi dengan Baba datang Moscow, nak bawa diaorang datang masjid ni. Seriously, it’s magnificent. Walaupun kecik je masjid ni, tapi pada aku sangat seronok. Sebab itu rumah Allah. Aku tak tipu. Saat aku jumpa je masjid tu,  Ya Allah, bersyukurnya aku. Dahlah, masa aku tengah cari toilet nak wudu’, ade seorang lelaki tegur. Mula-mula dia cakap russian dengan aku. Tapi bila aku macam blur dengan apa yang dia cakap, dia cakap arab pula. Mujur aku paham. (Mana tak nye, setakat cakap ‘kad ini untuk buka pintu bilik persalinan muslimat’). Hahaha. Dah tu, dalam perjalanan aku nak cari tempat solat muslimat, aku terjumpa pula kelas. (kelas fardu ain dan arab kut~ dan dan cakap terjumpa, padahal tersalah masuk pintu…..*malu*).  Haih~ di bumi yang asing ini yang lagi penuh dengan manusia yang sesat ni, bila jumpa masjid tu macam satu rahmat! Dekat pintu gerbang masjid tu terang tang-tang tertulis tulisan arab yang bermaksud “Ya Allah bukakanlah pintu rahmatmu” Masa nak keluar dari masjid tu pula, aku ada nampak orang perempuan duduk kat bangku. Depan dia ade seorang lelaki, membacakan ayat-ayat suci al-Qur’an. (susunan macam ma’thurat). Aku perhatikan perempuan tu dan menghayati apa yang lelaki tu bacakan, secara tak langsung aku nampak perempuan tu mengalirkan air mata. Aku pun sekali hampir mengalirkan air mata. Terharu pula tengok scene macam tu. Yang bestnya, time aku nak keluar, ramai budak-budak kecik dalam lingkungan 8-9 tahun keluar. (dah abis kelas fardu ain la tu). Tetiba rasa kesian kat diaorang. Syukur yang teramat aku kepada Allah S.W.T sebab aku dapat belajar asas-asas agama tanpa sebarang rasa takut atau terancam ataupun tersorok-sorok. Mana taknya, kat sini….haih~ need not to say. Alhamdulillah.

Sekarang ni kaitan dengan snow dan wedding. Masa aku nak balik ke rumah (perjalanan dari masjid ke stesen metro adalah selama 30 minit ye), ada dekat 4 pasangan pengantin. Seriously, aku tak faham sejuk-sejuk macam ni lagi ramai yang nak kahwin? Dress wedding dah la kaler putih, dah tu nak bergambar bagai kat park yang ade sisa-sisa salji. Tak faham aku. Signifikan salji tu aku nampakla sebab putih, tapi, for real, sejuk-sejuk ni? Aku yang siap pakai baju winter ni pun sejuk yang amat. Haha. Well, mat salleh la katakan. Aku tak nafikan berhampiran kawasan tu ade dekat dua church atau chapel (aku tak tahu apa beza dua benda ni tapi aku tahu dua-dua tempat ni boleh buat majlis kahwin ~bagi yang menganuti agama kristian~). Mula-mula dah bajet dah nak menyemak lalu kat depan limo-limo yang ada tu, tapi on second thought “Asma Amirah, awak gila ke? Nak kena hentam ke apa?” Exaggerate tak imaginasi aku? Tapi aku tak boleh tak bayangkan the worst since aku duduk tempat orang, tempat yang tak berapa suka Islam. Nak tak nak, aku tak bolehla nak bajet-bajet tak cuak. Hehe.

Itu jela sebenarnya yang aku nak cerita. Paling aku nak cerita sebenarnya pasal masjid tu. Sebab aku suka gila kat masjid tu. Seronok! Tak tipu……

Untuk pengembaraan aku kali ini yang aku dapat, tak kiralah orang tu macam mana, yang penting kita tengok pada solatnya dan bagaimana dia melaksanakan solat itu, bersungguh ka atau tidak? Sebab solat itu tiang agama dan solat itulah yang membentuk diri kita yang sebenar dalam sedar tak sedar. Tengok balik la kan diri kita dengan solat-solat kita. (Cakap untuk diri sendiri,,,itu yang paling penting ye cik Asma Amirah) Aku tak nafikan, dalam masjid tu aku jumpa ada seorang kakak tu pakai jubah hitam dan tudung labuh (this sister is so cute) dan ada seorang tu pakai skirt labuh dan baju kemeja yang ketat serta tudung dia, agak terkeluar rambut di belakang (this one is beautiful). Dalam hati aku terdetik, siapa aku nak menilai hamba-hamba Allah dalam masjid tu sama ada solat mereka diterima atau tak semata-mata atas apa yang aku nampak? Sebab yang tahu hanya Dia sebab Dia lah Tuan dan Tuhan kita. Terdetik dalam hati aku, yang penting mereka menunaikan kewajipan kepada pencipta, mengabdikan diri dan meluangkan masa untuk bertemu denganNya. Sedar tak sedar, sebenarnya aku pun lebih kurang je. Kan? Yang penting, hayati solat kita dan buat kerana kita tahu itu tanggungjawab dan keperluan rohani kita! Ye dak kawan-kawan? (Seriously this ‘kawan-kawan’ thing is so cute)

 

p/s: Dari buku La Tahzan Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia, jangan tujukan pandangan anda ke sudut-sudut yang buruk dari kehidupan in, tetapi tujukanlah kepada sudut-sudutnya yang indah…(^_^)V

Perspektif yang berbeza

Salam…

Selamat hari raya aidiladha kepada semua yang menyambutnya, tak kira di mana sahaja anda berada, selatan ke timur ke barat ke utara. Asalkan sama-sama anda meluangkan masa untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T sempena hari yang mulia ini.(n.n)

Berdasarkan tajuk yang tertera di atas, aku ingin menulis tentang perspektif yang berbeza. Ini mungkin hasil perbincangan antara aku dengan seorang kawan semasa berada di St. Petersburg. (Orang yang sama je…lain tempat je). Seronok sebenarnya bila sekurang-kurangnya dalam sehari kita cuba fikirkan tentang kehidupan kita ni. At least kita memikirkan tentang diri kita dan siapa kita ini. Tak salah asalkan membawa kebaikan kepada diri kita. Kan, kawan-kawan? (Lama dah tak guna tagline comel ni~haih)

Kawan ini menceritakan tentang kisah tiga titik hitam. Mungkin ada di antara kita yang pernah dengar atau baca cerita ni. Even ceritanya pendek pun, maksudnya dalam. Alkisah bermula dengan seorang cikgu yang masuk ke dalam kelas dan membuat tiga titik hitam di papan putih. Kemudian, dia bertanya kepada anak muridnya, apakah yang mereka nampak di atas papan putih itu. Seraya, semuanya menjawab tiga titik hitam. Kalau dalam kelas tu ada 40 orang pelajar, semuanya mempunyai jawapan yang sama. Aku nak tahu, apa yang ada dalam gambaran kawan-kawan? Kepada yang ada jawapan selain daripada tiga titik hitam, baguslah. Kepada yang masih hanya nampak tiga titik hitam, cuba tengok betul-betul dan fikirkan betul-betul apa yang sebenarnya terbentang atas papan putih tu…..

Fikirkan…..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Teruskan berfikir…..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan berhenti berfikir….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buka pandangan anda luas-luas…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perspektif anda sampai di mana?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Masih tak nampak lagi?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Okay. Macam mana? Dah dapat dah jawapan lain selain daripada tiga titik hitam? Cuba tengok gambar kat bawah ni. (Ilusi untuk papan putih bersama tiga titik hitam)

3dots

Still, masih nampak tiga titik hitam? Tak mengapa. Kadang-kadang memang tak terjangkau fikiran kita nak fikirkan benda-benda di luar perspektif kita. Bukan salah sesiapa dan bukan salah diri sendiri. Aku pun pada asalnya hanya nampak tiga titik ni juga. Tak nampak dah benda lain, even aku cuba juga tengok apa yang wujud kat atas papan putih tu….haih~

Well, cuba kita fikirkan, punyala luas papan putih tu, tapi mata kita tertumpu pada tiga titik hitan tu juga, betul tak? Tengok. Setakat tiga titik hitam aje, kita dah jadi hilang tumpuan pada papan putih yang kaler memang sah-sah putih dan bahagian yang berwarna putih itu lebih banyak daripada yang hitam. Betul tak? Kenapa eh? Sebab yang hitam itu lebih nampak bezanya, kan? Begitulah kita seharian dalam kehidupan kita. Ibaratnya, titik hitam itu sebagai sifat atau perilaku sesiapa saje, kawan-kawan atau sahabat handai mahupun keluarga sendiri, yang kita tak suka ataupun yang buruk. Kita lebih nak melihat kepada silap dan salahnya orang lain. Betul tak? Sedangkan masih banyak tentang hamba Allah itu yang kita tak ketahui, masih banyak rahsia dirinya yang kita tak tahu.

Pernah, aku terbaca status seorang kawan, (kawan lain pulak ye) menulis : Kita senantiasa mencari kesilapan dan kesalahan orang lain, sedangkan diri kita tidaklah sempurna mana, sedangkan diri kita masih lagi berbuat salah dan silap. Berhentilah mencari keburukan orang lain dan carilah kebaikan mereka.

Aku setuju sangat dengan status kawan aku ni. Aku mengaku kadangkala aku juga tak lari daripada melihat lebih kepada kesilapan dan kesalahan atau keburukan orang lain. Sebab, aku hanya hamba Allah yang masih lagi mencari jalan pulang, yang masih lagi perlukan bimbingan. Memang kita semua takkan lari daripada untuk melihat keburukan orang lain sebab itu adalah salah satu usaha Iblis untuk memecah belahkan kita. Iblis membuatkan kita mementingkan ego dan emosi kita berbanding iman dan kewarasan kita. Almaklumlah, kehidupan ini penuh cabaran dan dugaan. Bak kata kawan aku yang sorang ni, boleh je Allah jadikan kita tanpa perasaan, boleh je Dia jadikan kehidupan kita tanpa sebarang dugaan dan ujian, tetapi, Dia jadikan semua ini untuk melihat ketaatan dan keyakinan hamba-hambaNya. Bersyukurlah kita atas segala nikmat kurniaan-Nya. (^_^)

Pesanan kali ini, buat diri sendiri dan kawan-kawan,

Luaskan perspektif pemikiran anda, teruskan berlayar dan mencari keredhaan-Nya, jangan mudah putus asa dan ingat, Allah menyayangi mereka yang sentiasa mengingati-Nya~

Kawan ini pernah berkata,

“Manusia yang paling kuat ialah yang mampu menahan nafsu dan amarahnya….”
(Seriesly, ini hadis riwatyat siapa, aku tak ingat… mintak maaf banyak!)

 

 

p/s: haih~pandai je aku menaip dengan laju

 

Gurau tapi serius

Salam.

Hai kawan-kawan. First of all, nak mengumumkan bahawasanya lepas ni, saya akan menggantikan kata aq kepada aku. Haha, Teguran seorang kawan sebab katanya, aq tu bunyi annoying. Aku pun bidas balik, ak pun annoying juga. Well, memang dah lama dah nak tukar cuma tak terbuat je lagi. Sorry.

Topik kali ini ialah gurau tapi serius. Maksudnya sangat mudah. Kata-kata dan gesture yang dikeluarkan dan ditunjukkan adalah lawak dan gurau tapi sebenarnya tersirat maksud yang serius yang perlu difahami. Memang wujud manusia-manusia sebegini sebab kadang-kadang mereka memang jenis begitu ataupun mereka tak tahu cara terbaik untuk meluahkan apa yang terbuku. Aku bukanlah pakar dalam bab-bab membaca orang ni.

Contoh terbaik yang aku boleh bagi ialah satu gurauan yang serius dan mendalam maknanya pernah dikenakan kepada aku. (Pertama sekali maaf kepada yang terasa, aku hargai apa yang korang cuba buat. Terima kasih. =))

Since suatu ketika dulu (mungkin sampai hari ini kut), suara aku ni memang aku akui kuat bila bercakap sehinggakan aku tak sedar benda tu macam orang tak suka. So, adalah yang bergurau dengan aku, berkata sedemikian “Haa, tu dia, suara amplifier dia” ataupun, “Ko telan mikrofon ke dulu?”. Jujur aku katakan, memandangkan aku ni dulunye bukan jenis serius dan tak suka ambil benda secara serius aku cuma jawab je la, “Laa….aku memang macam ni” ataupun “Tak leh nak wat ape dah”. Lama kemudian ada yang datang menerangkan bahawasanya itu adalah GURAU TAPI SERIUS. Memang waktu sekolah-sekolah dulu aku sentiasa blur dengan benda-benda gurau tapi serius ni. Hehe. Sebab susah la kalau hidup semua benda nak serius. Tak larat. Nanti otak pun jadi penat dan yang paling penting sekali ialah, muka aku nanti nampak tua dari usia ku! Oh! Tidak!!! (Ya Allah, ni dah melampau)

Sejak aku mencecah usia 19 tahun ni, banyak benda yang aku mula ambil serius (bab belajar memang aku serius kadang-kadang terlampau sampai tak bule nak paham apa-apa pun ada). Yela, bab kehidupan dan berkaitan dengan amalam aku seharian. Kalau dulu aku bikin derk je, tak ambil portla konon, sekarang ni aku mula la ambil serius. Sebab akhirnya aku sedar, tak lama lagi usia ku akan cecah 20!!!!!!! Waa~masih banyak perangai budak aku ni. Tapi kadang-kadang sampai satu tahap aku jadi macam penat bila serius.

Bab perasaan, hurm. Mungkin aku ambil serius kut. Hahaha. Tapi sekarang sedang menuju je arah serius untuk-NYA sahaja. Hakikatnya memang tak larilah, sebab aku ni masih seorang perempuan dan pusing alih mana pun aku masih seorang perempuan dan WANITA. Itu part yang paling penting sekali. Dan golongan Hawa takkan lari daripada sifatnya yang memiliki hati yang lembut. Tambah pula dengan keadaan aku yang kadang-kadang macam sorang-sorang. Lama-lama aku dah hadam lonely and sometimes its better this way sebab I know HE is always there.

Tapi kawan aku ni pernah keluarkan statement kepada aku yang dia gurau dalam serius. Wajar atau tidak untuk aku ambil serius? Haha. No need kan? Sebab manusia itu memang sepanjang masa dia suka bergurau. Kalau dia betul-betul maksudkan apa yang dia cakap dan apa-apa je yang dia guraukan, mesti akan sampai juga maksud dia. Hihi. Fuhh…. penat berusaha untuk berlakon serius. Sebenarnya saat kita dah jadi matang dan mula mengambil banyak aspek dalam kehidupan kita sebagai satu benda yang serius, susah dah kita nak balik semula tak serius sebab ada benda yang memang kita kena ambil serius.

 

 

p/s: well, life is only once and you can never repeat it.

Kali kedua!

Salam

Huhu. Tak dapat aq nak buat tagline “Hai kawan-kawan” sebab tengah bersedih hati ni. Huhu. T.T

Buat kali keduanya, aq kehilangan barang-barang yang penting. Hari tu sekali hilang cardholder yang dalamnya berisi kad metro yang aq baru sahaja beli, dalam tu masih ada 19 trip, kad tramvai aq yang baru sehari gunakan dan kad masuk hostel. Ok, memang masa tu dah nak patah balik tunggu tramvai tu datang balik tapi yang jadi masalah ialah aq tak tahu nombor plate tramvai tu. Silap aq sebab letak cardholder tu dalam sweater yang memang mempunyai kemungkinan untuk jatuh bila-bila masa. Sejak daripada hari itu, aq elakkan meletakkan barang di dalam poket sweater. Memang nak nangisla sangat-sangat. Harga metro dengan kad tramvai aq yang mahal itu, lesap begitu sahaja.

Hari ini……

Dompet pula yang hilang!!!!!!

Huhu. Dalamnya, konferm ade duit. Cukup-cukup untuk sampai hujung bulan ni. Duit yang aq sorok dalam bilik untuk dua bulan nanti dan untuk travel berjalan cuti nanti. Sedih sangat-sangat. Nak menangis dah aq dibuatnya hilang dompet tu. Baru tiga bulan aq pakai, dia dah pergi. Tak ada jodoh antara aq dengan dompet tu agaknya. Tak apalah, aq redha je. Terima kasih kepada dua orang kawan yang sudi menemani aq patah balik untuk at least mencari dan buat report. Sian kat depa, dahla dah nak malam, perut depa pun kelaparan. Sorry.

Lepas ni nak cuba untuk tak hilang lagi barang-barang yang penting ni…..

 

 

 

p/s: dulu yakin sangat kan….amek kaw…

Lagu dan sentimental

Salam.

Hai kawan-kawan. Sekali lagi aq menggunakan tagline ini. Ianya comel atau ape? Pada aq memang nampak childish dengan tagline ni.

Okayh. Tak habis-habis nak cerita pasal tagline. Apa yang aq dapat aq pun tak tahu. Sekadar menghiburkan hati yang sunyi kut.

Seperti mana yang tertera di ruangan tajuk, Lagu dan Sentimental. Hurmmm……… jujurla, berapa ramai antara kita yang sebenarnya mendengar lagu hanya sekadar nak dengar lagu? Aq mengaku tanpa sebarang penafian ada antara lagu-lagu yang aq suka dengar adalah disebabkan liriknya dan bukan disebabkan susunan muziknya. Ada juga sekadar susunan muzik yang menarik perhatian aq. Tapi, well, lirik lagu tu lebih bermakna (pada aq la kan) sebab actually lagu adalah sajak. Perasan tak? Sajak yang diberikan alunan muzik dan intonasi yang berbeza-beza mengikut emosi. (waa~ amacam, definisi ini hanyalah rekaan, jangan pulak ada yang pi gatai bukak kamus dewan edisi keempat nak cari betul ke tidak definisi aq ni)

Paling aq suka layan adalah lagu zaman Wings, Search dan seangkatan dengan mereka la. Fevret aq dalam banyak-banyak ialah lagu Man Bai, Kau Ilhamku dan lagu Awie (yang ni banyak aq minat….tak tahu nak pilih yang mana satu), Amy Search pun aq suke, lagi-lagi Isabella dengan Fantasia Bulan Madu. Aq jadi suka dengan lagu-lagu ni disebabkan oleh Babaku yang sangat gemar berkaraoke di dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke Kelantan dulu. Best giler masa tu.

Kalau korang tengok betul-betul lirik lagu zaman 90-an tu, kebanyakan susunan kata-kata dia mempunyai maksud yang tersurat. Macam lagu zaman P.Ramlee… (wah, yang ini memang aq suka). Basically lagu 90-an tu banyak yang jenis jiwang-jiwang dan lagu untk awek-awek la. Tapi zaman tu, cinta banyak cinta yang betul-betul punya cinta. Best. Banding dengan lagu sekarang, kebanyakan lirik lagu dia jenis direct speaking. Cakap terus terang je. Dah tak ada dah bahasa yang berkias-kias ni macam dulu-dulu. Well, ikut zaman la kan. Sekarang ni anak-anak muda lebih ramai yang jenis cakap terus terang dan tak bermain dengan kata-kata yang berlapik.

Berbalik pada tujuan asal aq menulis. Lagu dan sentimental. Memang layan lagu jiwang disaat mood tengah jiwang sangat-sangat best. Aq akui. Even aq pun ade juga mood jiwang. Tapikan, masa sedih, janganla pula pi layan lagu sedih. Kang dari tadi cume sedih, dandan bergenang, dah tu mengalir pula air mata tu, paling best tu yang dalam hidung pun pakat mengalir juga. Hahaha. Nasihat aq, bila sedih, lawan sedih tu. Jangan diikutkan sangat. Nanti makin rasa terseksa dan diseksa. (Pesanan terbaik untuk diri sendiri). Tapi, apa-apa pun, ingatlah pada Yang DiAtas Sana. Jangan time sedih je, perbanyakkan masa untuk Dia.

Well, nak layan lagu sentimental ke rock kapak ke R&B ke apa-apa ke. tak salah. Aq mengaku memang aq kaki layan lagu. Tapi jangan layan lagu tu sampai jadikan dia zikir kita, jangan jadikan dia sebagai makanan rohani kita. Ingat tu. Hihi. Paling penting tengok lirik lagu tu, kalau boleh amek pengajaran, kalau yang kena jadikan sempadan, jadikan sempadan. Tak lupa juga, jangan semata-mata kita rasa lagu tu ngam dengan kita, kita terus rasa macam hanyut. Oh tidak, jangan….. (haha…pesanan paling bagus untuk diri aq….). Adalah satu lagu tu memang ngam habis dengan aq, hampir setiap hari layan…suatu ketika dahulu. Sekarang tidak lagi.

 

p/s: hurm…..lupa pulak, sambil dengar lagu sambil belajar bahasa juga!

Autumn Picnic

Salam

Haih. Hari ini ada sukan untuk muslimah. Sangat-sangat best dan sangat-sangat penat. Huhu. Esok dahla ade lesson sukan. (Fizra). Larat ke tak esok, entahla. Tu la, pi gatai-gatai main tiga game, sapa suh? Well, selagi aq ni masih mampu nak bersukan ni, aq bersukan la. Nak enjoy abih-abih zaman sports ni. Sebab nanti bile dah besar sikit, susah sikit la nak main macam-macam. Lagi-lagi kalau dah kahwin (gatai lagi naa?) Haha.

Semalam, kami satu batch pergi Park Kolomenskoye. Kali ni dengan niat nak pikinik. Memang planning habih la untuk piknik ni. Pi beli barang pe sume. Hehe. Padahal dalam forrecast ade tertulis kemungkinan snow dan suhu dalam bentuk ‘minus’. Paham tak?

M-I-N-U-S……………………………..memang macam sejok giler.

Memandangkan dalam bilik aq heater tu terpasang dan tingkap bilik tetutup rapi, memang tak rasa la sejuk kat luar macam mana. Rasa gitu-gitu je. So, aq pun memakaila pakaian yang tidaklah berapa tebal. Dan yang paling penting, aq terlupa nak bawak glove aq. Nasibla tak lupa selendang aq. Haha. Memang kebas habis tangan aq semalam. Nak buat apa-apa macam tak terasa apa pun.

Terlintas di sudut fikiran aq, “Ni baru autumn yang hampir membunuh, kalau winter mungkin terbunuh dah!” Hahaha. Tak adalah. Cuma terfikir macam mana aq nak survive nanti untuk winter kalau autumn saje aq macam dah tak tahan giler dengan suhu dan angin kencang dy? Well, kenala belaja survive. Nak tak nak la kan?

Hurm, pikinik tu boleh la dikatakan jadi tapi tak ada tikar. Bentang plastik makanan tu, bukak roti ramai-ramai serbu makanan. Sandwich je pun aq buat. Bukan apa sangat. Sekadar mengisi perut untuk hilangkan sejuk. Hihi. Tapi tak bawak air panas lak. Bawak lemonade je. Hihi. Nak tak nak duit kuar gak untuk beli air teh atau kopi kat gerai-gerai kecik. Mahal lagi kat gerai-gerai tu banding dengan kat MAI. T.T

Lepas ni kalau nak pikinik, aq on aje. Sebabnya, aq suka pegi taman-taman ni. Macam romantikla plak rase. Even sorang-sorang pun boleh jadi romantik taw. Hahaha. (Ni akibatnya apabila anda menjadi seorang yang kuat berangan.) Yela, kat malaysia mana la nak dapat musim yang penuh dengan daun kaler kuning dengan pokok-pokok togel yang menawan tu. Kat sini je dapat. Even sejok giler pun, best sebab dapat tengok scenery yang menyejukkan hati. Seyesly, nak cari lagi park-park yang best. =)

 

 

p/s: Kat moscow ni katanya banyak park. Sangat-sangat!

Api, hati dan maaf.

Salam.

Masa aq kanak-kanak dulu, aq memang suka sangat main dengan api. Meaning kat sini aq suka main benda-benda yang melibatkan api. Contoh, bunga api, mercun, main bakar-bakar. Memang suka la. Dah besar panjang ni, aq hanya menyalakan api untuk memasak di dapur (kat sini pakai dapur letrik je….tak ade api), ataupun nak bakar daun kering yang bertimbun kat rumah Tok Ayah.

Orang salu kata jangan main api, nanti daripada jadi kawan jadi lawan. Analoginye sebab mase api tu tak nyala kuat, bolehla kita nak bikin kawan, tapi mahunya bila dia besar dari kita, tak ke jadi lawan? Hahaha. Inilah persamaan dengan berkawan. Hati-hati. Bukan mahu ditujukan kepada sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita berkawan dengan orang tapi sebenarnya di belakang kita tak siapa yang tahu. Hati dan perasaan orang ni, bukan sesiapa boleh duga pun. Masing-masing punya hal laa kan.

Masa zaman sekolah dulu selalu ade pesanan cikgu hati-hati dalam memilih kawan, lagi-lagi buat mereka yang senang dipengaruhi dan senang ditindas. Sebabnya adalah ini. Hati orang kita takkan pernah tahu yang sebenar-benarnya. Kita dapat teka dan agak, tapi nak sebijik dengan apa yang ada dalam hati dia tu kemungkinannya sangat rendah la kan. Hidup kita ni pentas lakonan. Terserah kepada kita dengan siapa kita berhadapan dengan, Kebiasaannya kita banyak berlakon, nak jaga hati orang, tak nak orang sakit hati, nak diterima orang. Bukan nak cakap semua orang tapi most of it macam itu lah. Lain orang kita berhadapan, lain cara kita sebab lain orang lain cara pemikiran dan penerimaan. Sebab itulah sajak si William tu life is a stage play. Sape ingat lagi sajak Life’s A Brief Candle masa form 1? (Syllabus sekarang dah lain dah)

Aq akui sekarang ni aq sedang bermain dengan ‘api’ dalam erti kata lain bermain dengan risiko yang bermacam-macam. Hahaha, Aq sedar dengan keputusan yang aq buat semua. Cuma, aq sekarang sesungguhnya dalam kebingungan dalam jiwa ni! Hahaha. Nak minta tolong pada si DIA yang DI ATAS SANA. Itu semua konflik dalaman sahaja. Bisa diatur, buk…. Hehehe.

Sinonim dengan bermain dengan api ialah aq juga nak sampaikan bermain dengan kata-kata. Nak tahu sebabnya? Aq akui banyak kata-kata aq yang telah memakan tuannya semula. Hahaha. Padan muka la kat diri sendiri. Amek kau. Sebab tu aq nak mengingatkan kat kawan-kawan kat luar sana, bersihkan hati anda sebelum jadi hitam. Hitam bukan kerana buat dosa yang terang-terang tapi hitam dek kerana hati sentiasa tak berpuas hati dan dengki kat orang. Percayalah, setiap apa yang orang lain adanya part dia yang kita tak puas hati. Tak kiralah dia baik mahupun tidak. Macam yang pernah aq katakan dulu, kalau yang baik pun masih ada mulut-mulut yang nak memburukkan empunya badan, apatah lagi yang tidak baik?

Pesan Baba dulu kat aq, hati kita ini segala-galanya. Kita takkan tahu macam mana hati kita boleh jadi hitam. Kadang-kadang kita semua amalam cukup, siap dengan sunat-sunat, tapi kalau dalam hati kita terdetik riak dan seangkatannya, macam mana? Bukan nak kata yang amalan tak cukup boleh ada hati yang bersih. Mana la kita tahu hati kita bersih ke tak. Tak ada sapa pun taw. Tapi, kita boleh usaha bersihkan, betul tak? Dengan apa? Makanan rohani la. Zikir, munajat, doa dan selawat.

(Ok…… dh jadi macam pengisian apa plak dah ni)

Haha. Dua tiga hari ni, selalu aq dok mikir tentang hati aq ni. Sejauh mana bersihnya hati aq? Aq takkan sekalipun tahu. Sedih juga sebab rasanya macam biskut hangus yang hitam legam je hati aq ni. Tak tahulah. Bersabar dan berdoa sahaja pada-Nya. Seorang kawan pernah bertanya, kenapa benda sesimple memaafkan orang sangat susah kita nak buat? Kenapa? Jawapannya, hati kita. Kenapa nak di simpan marah tu? Kenapa tak nak maafkan dia? Senang jugak jawapan tu, kita manusia biasa dan penuh dengan kecacatan zahir dan batin.

Memang susah untuk kita maafkan orang bila kita dah marah dekat dia. Jujur aq pun sama. Memang ada sesetengah orang tu susah aq nak maafkan. Cuba kita fikir baik-baik, kalau kita tak maafkan orang tu, apa kita dapat eh? Kita puas hati ke? Puas hati ke sebab dia sebenarnya dalam jiwa asyik merana tak dimaafkan? Tu kira kita menzalimi orang. Menzalimi batin orang. Sekali dalam hidup kita, kita duduk dan muhasabah diri kita balik. Pernah kita dalam satu hari buat orang tak marah kat kita? We’ll never know. Tapi sebenarnya ada. Walau sedikit. Pernah tak kita tahu bila orang kata dia maafkan kita dia sebenarnya betul-betul ikhlas atau tak? We’ll never know. Memaafkan memang susah tapi cukup-cukuplah kita menzalimi batin orang. Sekali dalam seharian kita fikirkan kenapa orang tu buat kita marah? Mungkin silap kita kat dia, atau pun silap kita dulu-dulu kat orang lain atau pun satu ujian dari si Dia. Kita takkan pernah tahu. Allah banyak merahsiakan benda-benda macam ni sebab Dia nak kita terus yakin pada Dia. Sekali kita hilang yakin pada Dia, parah dah kita.

Contengan hari ni sekadar apa yang aq fikirkan dua tiga hari ini beserta dengan apa yang diskusi dengan kawan aq tu. Tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. (Cliche ayat pendahuluan cerita). Buat kawan aq yang nak STAM, Sabariah Salleh, aq syg ke mung! Bwt molek deh! Buat my huny Fatimatur Rifqah Yahaya, missing u a lot! You’re never a burden but an ease! Jgn down sgt, kayh! Buat kawan baik aq yang bajet comey, Mohd Anas Hj Mohd Yusof, study leklok. Aq tunggu ko smpi German! Ingt, aq xpnh lupe pun kat ko. Paling penting sekali untuk tiga orang yang specel ni, segala silap dan salah yang pernah berlaku dulu zaman tok tonggeng ke zaman jahiliah ke zaman bila-bila, semuanya aq dah tak ingat dah pun. Aq pun mohon maaf banyak-banyak terutama kt hamba Allah yg best day dy yg makin dekat tu….=)

Buat semua yang kenal aq, dan rase macam kenal aq dan terasa pnh jadi kawan aq ataupun yang masih lagi terfikir sape aq ni, to me, korang tak penah bikin salah apa-apa pun. Even kalau ada pun, aq dah tak ingat dah pun. Buang masa nak seksa hati sendiri. Hehehe.

 

p/s: credit to kawan aq tu sebab dia sentiasa buat aq terfikir macam-macam dan dia banyak support aq. mekaseh byk deh n maap byk!

Mulut orang….

Salam

Semalam disaat aq tengah khusyuk melayari internet, jumpalah website-website menarik untuk diri aq ni. Terutama sebagai satu langkah untuk aq berubah ni. Walaupun masih di tapak-tapak kecil, tapi semangat aq kali ini kuat. Masih banyak dan bukan banyak yang banyak tapi MEMANG BANYAK SANGAT yang perlu diperbaiki. Entah macam mana, hajat aq yang pernah terkubur kembali bangkit. Daripada aq sibuk mendownload movie dengan lagu, baik aq mendownload surah dengan ceramah. Daripada aq layan movie, anime ke drama ke baik aq tengok video ceramah. Hahaha. Macam drastik sangat pulak aq rasa. Tapi jujur aq katakan kalau satu ketika dulu, aq memang taklah layan sangat nak dengar ceramah ke semua ni. Kira antara manusia yang suka main skipping ni adalah aq. Sekarang ni macam enjoy pula. Best.

Kalau secara drastik aq berubah memang menjadi masalah besar bukan setakat kat diri sendiri malah untuk keadaan sekeliling. Bukan apa, banyak contoh yang aq lihat di luar sana malah pernah suatu ketika dahulu aq lalui saat begini. Ini kira fasa kedua la kot. Aq masih lagi layan movie ke anime ke drama ke. Siapa kata aq tak layan. Layan je lagi. Cuma, yang baik tu kita contohi yang buruk kita jauhkan. Usaha. Jangan putus asa.

Well, semangat tu dah ada. Bagus dear! Keep on. (Waa~ cheer untuk diri sendiri…..)

Ok. Citer pasal mulut orang. Memang sah-sah kita tak boleh nak kata apa lah kan. Sebabnya, mulut orang tu mulut orangla. Bukan hak kita pun nak marah dengan apa yang dia cakap. Sebab itu yang dia nak cakap, itu yang dia nak luahkan. Aq selitkan kat sini sekali, facebook orang, twitter orang, hak depa la nak tulih apa. Bukan hak kita pun nak marah-marah kalau dia ada menyinggung perasaan kita. Kemungkinan dia menyinggung perasaan kita tu disebabkan daripada kesilapan kita juga. Tak kisahlah yang dah berabad lama ke yang baru lagi ke atau yang mungkin akan jadi.

Pesanan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan, mulut orang tu hak depa. Nak perli ke nak sindir ke nak kutuk nak ngumpat ke nak apa-apa. Kalau betul kita rasa dia salah, tegur dan cakap. Kalau dia ulang, biarkan. (Orang kata tegur at least dalam tiga kali kalau keras kepala batu, buat tak tahu je….~ eh macam kenal pulak sapa hamba ALLAH yang sebegitu ~~) Pengajaran untuk diri sendiri juga kan? Kalau dikenang sejarah memang payah aq nak maju ke hadapan, tapi kalau bergantung harap pada Yang Maha Esa, kekuatan itu sentiasa ada kerana Dialah yang memberi kekuatan.

Sekarang ni, jujur dari diri sendiri, aq malas nak ambil hati dengan apa yang orang nak cakap. Bukan aq nak jadi sombong ke apa, tapi makin aq fikirkan tentang bicara orang di belakang aq, makin susah la aq nak tenang. Baik aq fikirkan tentang-Nya sebab Dialah yang Satu. Macam dalam lirik lagu Maher Zain tu, “Will Allah satisfy?” Pesan Baba pun macam tu juga, “Berbuat baik dengan Allah, insya-Allah manusia akan mendekati kita walaupun sedikit demi sedkit” Memang kalau dikira nak menjaga hati orang dan nak menjaga diri daripada tak diperkatakan orang, sampai sudahlah tak berpenghujung. Sebab manusia yang baik pun ada orang nak dengki-dengki siap reka cerita yang macam-macam nak kasi nama buruk, ni manusia yang jahat toksah cakaplah, memang jadi hot gossip semua orang. Point dia simple. Yang utama sekarang ni YANG DI ATAS SANA.

Kita masing-masing ada hati dan ada perasaan. Itu fakta yang sememangnya kita tak dapat nak sangkal la kan. Tapi pernah tak kita fikir apa yang sebenarnya yang betul-betul buat hati kita tenang? Apa yang betul-betul membuatkan perasaan kita menjadi aman dan tenteram? Nak mencari ketenangan hati dan ketenteraman perasaan itu satu pencarian yang sukar. Sebab kita bukan berperang dengan sapa-sapa pun. Dengan diri sendiri juga. Aq tak boleh la nak cakap aq ni dah jumpa, aq sendiri masih memerlukan pelbagai perubahan. Tapi apa yang aq yakin adalah, mencari redha-Nya itu penting beserta redha ibu ayah. Ingat redha ibu ayah itu redha Allah.

Bab aq nak menggatal berkahwin tu, (hahaha…mesti ramai ingat aq dah tutup topik ni), bukan aq nak menggatal pun. Cuma, cerita pasal benda macam tu menarik. Itu je. Darah muda remaja tengah deras mengalirkan sekarang ni. (^.^)V

Korang nak cakap apa, cakaplah, Hehehe.