Featured Slider

Carian

Art of Beauty Workshop: Bengkel Kecantikan oleh Shiseido di AEON GlamBeautique

Pada 14 Jun 2025 yang lalu, aku berpeluang menghadiri satu bengkel kecantikan dekat Mid Valley Megamall. Memandangkan aku orangnya memang minat benda-benda melibatkan kecantikan, jadi bila dijemput memang terus kata boleh hadir. Nama bengkel Art of Beauty Workshop. Bengkel ini dikelolakan oleh Shiseido, yang dianjurkan oleh AEON Glam Beautique di AEON Mid Valley Megamall. Menariknya bengkel kali ini bukan bengkel biasa-biasa tau. Nak tahu apa yang unik bengkel kali ini? Teruskan membaca.

Art of Beauty Workshop AEON Glam Beautique


Gadis Gadang: Koleksi Baru AEON Plus Collection x Izzati Suza

Baru-baru ini aku ada kesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran koleksi terbaru AEON Plus Collection x Izzati Suza di AEON Shah Alam. Nama koleksi terbaru ini dinamakan Gadis Gadang. Nak tahu apa maksudnya, baca sampai habis ya. Sejujurnya, ini kali pertama aku jumpa Izzati Suza secara berdepan dan tengok sendiri koleksi rekaannya. Koleksi-koleksi kali ini semuanya cantik-cantik dengan vibe yang membawa mesej yang sangat bermakna dan mendalam bagi semua wanita, tidak kira usia dan saiz.

Nak tahu apa yang buat koleksi ini lain daripada yang lain?

Menerusi koleksi Gadis Gadang ini, AEON Malaysia dan Izzati Suza sedang membawa satu misi besar dalam dunia fesyen iaitu meraikan keindahan pelbagai saiz dan bentuk tubuh dalam kalangan wanita di saat dunia sekarang mengejar 'kesempurnaan' kecantikan. Satu tepukan gemuruh buat AEON, salah satu jenama besar, yang mula beri perhatian kepada plus size fashion dengan bukan sekadar menyediakan pilihan saiz besar, tetapi menampilkan fesyen yang betul-betul stylish dan penuh dengan personaliti. Lagi-lagi bila digabungkan dengan sentuhan seni Izzati Suza yang ikonik, penuh warna, berkarakter playful bersama vibe Malaysia yang kuat.

AEON Plus Collection x Izzati Suza

Kemeriahan Seloka Raya bersama Tom and Jerry di AEON Mall

Haaa, ingat lagi tak masa kecil-kecil dulu duduk depan TV, gelak sakan tengok Tom and Jerry kejar-mengejar? Siapa tak kenal dengan kartun yang dah jadi sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak kita sebagai generasi milenial. Sekarang, AEON MALL bawakan balik nostalgia tu dengan Seloka RAYA eksklusif bertemakan Tom and Jerry – penuh keriangan untuk seisi keluarga!

AEON Mall Seloka Raya bersama Tom and Jerry

AEON Glam Beautique Mid Valley Hadir dengan 11 Jenama Global

Pada tarikh 13 Disember 2024, aku dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran satu lagi bahagian atau section dalam AEON Retail, iaitu AEON Glam Beautique di Mid Valley Megamall. Acara pelancaran ini mengumumkan bahawa AEON Mall Malaysia kini membawakan 11 jenama kecantikan antarabangsa eksklusif di bawah bahagian baru itu. Dengan lebih 3,000 produk dari 18 buah negara, Glam Beautique menawarkan pelbagai pilihan yang inovatif dalam penjagaan kulit, rambut, dan peribadi untuk pengguna di Malaysia.

Menariknya, acara kali ini sangatlah 'relatable' dengan aku yang memang hantu produk kecantikan, terutamanya produk penjagaan kulit. Bagi yang tidak tahu, AEON sebenarnya sudah ada beberapa bahagian dalam niche kecantikan seperti AEON Wellness dan Real Beauty. Namun, kehadiran Glam Beautique membawakan satu sudut pandang yang baru kerana kehadiran jenama-jenama kecantikan global yang sangat ekslusif istimewa hanya di AEON Mall.

AEON Glam Beautique Mid Valley

Perayaan Kuih Bulan 2024 - Kuih Bulan Pilihan Pelanggan AEON

 Baru-baru ni aku berpeluang hadir ke majlis anugerah kuih bulan pilihan pelanggan bersempena Mid-Autumn Festival / Mooncake Festival di AEON Cheras Selatan. Mid Autum Festival ataupun dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan kaum Cina di Malaysia selain daripada sambutan Tahun Baru Cina. Menariknya, nama perayaan kuih bulan diberikan adalah kerana pada tarikh jatuhnya pertengahan musim luruh atau mid-autumn, bulan tengah mengambang penuh. Diinspirasikan daripada bulan yang sedang mengambang cantik inilah terhasilnya kuih bulan. Sebab itu nama perayaan ini boleh jadi Perayaan Musim Pertengahan Luruh (Mid Autumn Festival) atau Perayaan Kuih Bulan (Mooncake Festival).

Aku memang suka bila datangnya musim Perayaan Kuih Bulan. Nanti di pusat beli belah ada banyak gerai-gerai kecil yang jual kuih bulan dengan pelbagai corak dan perisa. Perisa yang wajib beli adalah perisa kacang merah bersama biji teratai. Amalan membeli kuih bulan waktu Mid Autum Festival ni sebenarnya datang dari mak aku. Nak kata kami ada keturunan darah Cina, adalah sikit kot. Arwah moyang aku memang Cina Tanah Besar yang datang Tanah Melayu dan masuk Islam. Jadi, kira adalah kan?
mooncake festival aeon

Memandangkan mak aku memang selalu belikan kami anak-anak kuih bulan waktu perayaan kuih bulan, aku bawa amalan tu pada anak-anak aku. Dan memang anak-anak aku suka makan kuih bulan, terutamanya Wildan. Kalau ada rezeki lebih berbagai perisa kami beli dan cuba. Jangan tak tahu, variasi pilihan perisa untuk kuih bulan di pasaran sangat banyak, sehingga ada yang versi sejuk beku atau aiskrim juga!