Hujung minggu baru ni, dapat peluang untuk menghadiri majlis pelancaran koleksi baju raya di AEON Shah Alam. Apa yang menarik dengan pelancaran koleksi ini ialah, koleksi raya dari AEON kali ini bukan koleksi biasa-biasa. Ia adalah koleksi hasil kolaborasi antara AEON dengan JOVIAN.
Siapa tak kenal nama JOVIAN, bukan? Satu nama yang sudah sebati sebagai ikon industri di Malaysia. Dato' Jovian terkenal dengan pengaruh Mal-Indo merentasi rekaan yang mengagumkan dan telah mencipta gabungan fesyen bermutu tinggi di bawah jenama yang estetik dan terkemuka Jovian Mandagie House (JM).
Sempena Hari Raya untuk tahun 2022 ini, Dato' Jovian telah menghasilkan koleksi sedia pakai (ready to wear) berkonsepkan Nusantara.