Carian

Petua dapatkan tidur terbaik dari Getha Sleep Therapy team

Hari tu, ada pergi jalan-jalan ke Mid Valley. Saja nak bawa anak berjalan sebab dua tiga minggu ni semua orang sibuk. Dengan hari persembahan anak-anak kelas tambahan, dengan talk untuk anak-anak sekolah tentang akil baligh, dengan persiapan untuk conference dan banyaklah lagi. Alang-alang pergi Mid Valley, singgah sekejap dekat Getha Sleep Therapy Center di sana. Korang kenal kan tilam jenama Getha? Jenama tilam yang sudah berada di Malaysia selama 50 tahun tau.

Sebenarnya aku baru tahu, nak pilih tilam ni, bukan sekadar nak kena sedap dibaring sahaja. Ada banyak faktor-faktor lain yang perlu diambil kira untuk memilih tilam yang terbaik. Dan team dari Getha sedia membantu semua pelanggan untuk mendapatkan tilam yang terbaik.

KDrama SkyCastle yang menjentik pemikiran

Untuk entri kali ini, berbeza dengan yang biasa. Biasa update pasal anak, cerita review ataupun sekadar berkongsi pendapat. Kali ini nak cerita pasal satu drama Korea yang membuatkan aku tak beralih mata sepanjang menonton. Sebelum cerita pasal drama Korea ni, nak bagitahu siap-siap yang aku bukanlah kaki layan KDrama. Rajin layan Running Man je. Itu pun kalau rajinlah. Movie Korea pun tengoklah mana yang menarik perhatian. Tajuk drama ni Skycastle.

Macam mana boleh tertengok dengan tekun drama Korea ni?

Sebenarnya nampak dekat IG feed (instagram) Ustaz Hasrizal yang mengupas cerita ini secara ringkas dari sudut sistem pendidikan Korea yang agak serupa dengan sistem di Malaysia. Termasuk juga dengan mindset dan budaya yang ada di Malaysia. Terus bagitahu suami, dan dia siap pergi tengok sorang sampai habis dulu. Suami memang bagitahu cerita ni padat dan sarat dengan mesej. Hampir setiap satu episod tu ada mesej. Serius geram dan teruja nak tengok tapi tahulah kan drama Korea bukan macam drama Melayu yang hanya 30-40 minit. Satu episod boleh sejam setengah! Sejam setengah tu banyak benda nak buat tau.


KDrama SkyCastle Review

Update: Perkembangan Mukhlis dalam bertutur

Assalamualaikum dan hai!

Lama dah bercerita pasal perkembangan Mukhlis dalam pertuturan dia. Siapa yang follow instagram @slumberlady , memang akan nampak sesekali adalah update pasal pertuturan Mukhlis ni.

Alhamdulillah, 15 Oktober yang lalu Mukhlis dah pun mencecah 3 tahun!

Walaupun dah 3 tahun, dia masih kecil molek, masih umminya suka gomol sebab comel. Eh. Haha.

InsyaAllah dalam entri kali ni cuma nak kongsikan sedikit perkembangan Mukhlis dalam percakapan, update pasal Klinik Audiologi yang kami pergi untuk buat pemeriksaan dan juga sedikit tips tambahan yang kami buat selain daripada yang sebelum ini.


Topeng muka kecantikan dari ID.AZ

Assalamualaikum dan hai.

Dah lama tak bercerita pasal produk kecantikan. Kali ni, nak bercerita pasal topeng muka kecantikan, atau nama dalam bahasa Inggerisnya 'beauty mask'.

Okaylah, sebenarnya mask ni dapat dari team Butterfly Project yang membuka tawaran untuk mencuba dan memberi pandangan supaya dapat berkongsi maklumat dengan korang semua.

Kalau nak tahu, aku dapat mask dari ID.AZ Dermastic. Rasanya bagi peminat kecantikan (beauty enthusiasts) terutamanya Korean products, jenama ID.AZ Dermastic ni taklah asing sangat kan? Lagipun dekat kedai-kedai Watson terpilih ada jual mask dari jenama ni. Nanti pergi cari ya.

ID.AZ Derm Review


Melawat Kuala Lumpur tanpa kenderaan

Jom jalan-jalan dalam Kuala Lumpur tanpa perlu ada kereta. Percaya tak percaya sepanjang membesar di Cheras yang merupakan sempadan Selangor dan Kuala Lumpur, aku jarang masuk KL sebab rasa KL tu jauh walaupun cuma jarak 15-20 km sahaja. Pergi Bangi yang jarak 20 - 25 km itu lebih dekat pada aku. Nak-nak sekarang dah jadi student UKM. Mana tidaknya, masuk bandar Kuala Lumpur tu selalu sesak dan makan masa kot.

Ingat lagi, masa kecil dulu, mak memang akan bawa kami adik-beradik naik pengangkutan awam untuk pergi Sogo, Jalan TAR pada musim perayaan untuk cari baju raya atau semata-mata nak pergi KLCC. Ummilah bawa kami empat beradik masuk KL dengan menaiki LRT. Baba pula bawa kereta dari pejabat atau dari mana-mana. Taklah susah bila bawa dua kereta dengan nak parking lagi, dengan menghadap trafik lagi.

mudahnya berjalan di kuala lumpur