Carian

Zaman bujang

Salam.

Ok. Asalnya, nak tulis tajuk “Bila bercinta'”, tapi tak pernah tahu apa yang syoknya bercinta. So, alang-alang lately aku suka post pasal kahwin, cerita pasal zaman bujang la eh? Aku rasa post kali ini pun akan jadi panjang. Erk. Maaf ye.

Ok. Ini adalah dialog antara dua orang kawan. A dan B. A meluahkan perasaan, dia ada berkenan dengan seorang hamba Allah. Sudah diselidik latar belakang calonnya itu. Sebagai kawan, B sangat bersyukur kawannya tak ada nak kapel-kapel dulu, lovey dovey ke apa-apa dan paling penting nak menjaga hatinya. Bagus la tu, tapi……..ada tapi taw…..ada dua tiga soalan yang B ajukan kepada A……agar A sedar tentang keputusannya.

B: Kau dah istikharah ke? Kau tak berat sebelah? Bila berat sebelah, istikharah tak ada makna.

A: InsyaAllah tidak. Aku istikharah bukan untuk pilih jodoh tapi untuk minta jalan yang patut aku pilih sekarang.

B: Kau dah sedia nak pikul tanggungjawab yang lebih berat dari sekarang? Lepas ni kau kena fikir pasangan kau dalam apa-apa jua keputusan.

A: Kalau kira sedia tu, memang sampai bila-bila aku tak bersedia, Allah lebih tahu bila aku bersedia. Dia takkan membebankan hamba-Nya jika Dia tahu hamba-Nya mampu untuk menanggung bebanan itu. Sekarang pun, aku buat keputusan bukan untuk aku seorang. Untuk mak ayah aku juga.

B: Kau tak rasa rugi ke kahwin awal ni? Nanti bila kau grad, kau dah ada anak bini, tapi orang lain bujang lagi, boleh keluar enjoy, celebrate. Kau juga yang miss semua tu. Bila kau dah kahwin, apa-apa kau buat kena fikir isteri kau juga. Nak keluar lepak dengan kawan-kawan selalu tak boleh dah, ada isteri kat rumah. Nanti kawan-kawan kau enjoy, kau dekat rumah dengan bini je. Ngadap orang yang sama. Tak ke nanti kau juga yang rasa rugi? Dah berbini kau dah tak bebas nak enjoy. Kau ada tanggungjawab. Kena pikir hal rumah tangga lah itulah inilah. Dah berbini nanti tanggungan kau makin besar. Mana nak cekup duit lagi, nak belajar lagi, nak exam lagi. Senang lagi bujang.

A: Aku tak rasa rugi. Kalau grad nanti, aku ada isteri yang sama-sama dengan aku berjuang dan menyokong. Nak celebrate, celebrate aje lah dengan kawan-kawan, dekat rumah aku, majlis doa selamat. Daripada aku ikut kawan-kawan aku celebrate entah kat shopping kompleks mana, lupa Allah, baik celebrate dengan isteri. Dapat pahala. Nak lepak dengan kawan-kawan, aku masih boleh lepak dengan kawan-kawan, macamlah isteri aku nanti tak ada kawan. Dia pun ada masa juga nak dengan kawan-kawan dia. Masing-masing perlu masa untuk diri masing-masing juga. Best sangat ke bebas? Apa guna kalau bebas macam layang-layang putus tali? Nak enjoy apa nye bujang-bujang ni? Bila bebaslah, mudah lupa pada Allah. Bila diikat, mudah untuk kita sedar diri kita. Bukan aku nak cakap membujang tu maksudnya tak soleh. Ramai aje, yang soleh, tapi fitrah manusia Allah jadikan nafsu. Dan dah ternyata dalam al-Quran sendiri umat Islam semakin lama semakin lemah sehinggalah tiba Kiamat. Setakat mana seorang lelaki boleh mengawal nafsunya? Nabi Yusuf a.s juga untuk sesaat tergoda dengan Zulaikha, ni pula kita yang bukan maksom macam nabi. Zaman sekarang ni, semua orang hanya mampu mencegah kemungkaran dalam hati. Siapa sangat yang mampu nak mencegah dengan tangan dan mulut? Ada pula kalau jenis yang fikir kubur lain-lain. Lagipun ajal kita tak tahu bila. Nak enjoy yang macam mana dengan zaman bujang sebenarnya? Aku tak nafikan tanggungan aku makin besar. Pasal isu duit, Allah dah janji untuk beri bantuan kepada yang bernikah. Lagipun, lebih elok belajar berjimat. Tahu pengurusan duit. Daripada dok membelanja tanpa tujuan. Nak belajar, lagi tenang. Kalau teringat kat isteri dapat pahala. Kalau sekarang, mahu dapat dosa. Aku dan dia sama-sama belajar. Sama-sama menghadapi situasi yang sama, takkan lah tak boleh nak memahami situasinya? Itulah gunanya Rasulullah menyuruh kita utamakan agama dalam memilih calon.

B mengangguk faham. Yakinlah dia dengan kawannya. Dia tahu kawannya sudah sehabis baik memikirkan hal ini. Senang kata, Allah dah tetapkan jalan setiap orang. Definisi bujang itu sendiri bergantung kepada individu. Kalau nak buka kamus dewan edisi ke-4, dipersilakan tetapi, tanya diri sendiri tentang definisi bujang itu. Adakah sekadar dengan maksud untuk bebas tanpa terikat atau maksud lain? Tak dapat dinafikan, lain orang lain pemikiran dan lain juga definisi bujang itu. Kan?

Sekali lagi ingin aku jelaskan di sini,ye, aku bukan menggalakkan. Tak. Sama sekali tak. Senang cerita macam ni, kalu tiba-tiba dalam hati tu terbit rasa sayang ke cinta kat hamba Allah yang ajnabi, pertama-tamanya, istikharah dan doa kepada Allah. Kalau Dia kata terbaik adalah sekian-sekian, pilih jalan tu. Ok? Ada je kes orang tu berkenan tapi Allah bagi jalan untuk tak bernikah dulu sebab Allah Maha Mengetahui kemampuan hamba-Nya. Ye dok? Apa-apa urusan kita sekarang dan di masa depan, Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Setiap yang Dia susun ada sebab dan musabab. Ok?

Simply said, put Allah first. Anything happen in your heart ask Allah’s guidance. Be dependent on Him.

Kali ini aku sertakan dengan link ustazah Fatimah Syahra.(errr.sape dah tengok video dia pasal bercinta lepas kahwin? sentap seyh~ )

Pesanan ustazah dalam video tu. azab Allah yang paling seksa ialah saat Dia abaikan kita sebab cemburu kita melebihkan orang lain (kekasih hati la kan). Saat Allah abaikan kita itu…..huhuhu…tak terbayang. So, kawan-kawan, dekatkan diri dengan Allah. Kita tak nampak Dia tapi Dia dihati kita kan?

 

 

p/s: Saya mestilah Islam dari segi akidah dengan saya mestilah mempercayai dan meyakini bahawa setiap yang Allah jadikan bukanlah sia-sia kerana ianya adalah sifat yang mustahil bagi Allah. – Ma za Yakni : Fathi Yakan -

Matlamat kita

Salam.

Ok. Instead of menghadap laptop, tulis blog ni, baiklah pergi siapkan soalan fizik yang masih lagi tak terjawab itu, wahai Cik Asma Amirah! Ok. Dah dekat berapa jam ayat tu terbayang dalam kepala. Hati masih lagi mencari ni. Mencari ketenangan ni.

Semalam, sambil scrolling news feed pesbuk, aku terjumpa pulak satu ni productivemuslim.com. Saranan aku buat kawan-kawan, sila lah layari laman web ni. Sangat-sangat dipersilakan. Sungguh memang bagus untuk improve diri kita. Banyak artikel-artikel yang boleh dijadikan renungan dan amalan kita. Memandangkan web ini berbahasa inggeris, memang ada terasa terbeban sikit la nak membaca, tapi, bagi mereka yang bersungguh, reading is a benefit to yourselves! Tak rugi jika kita luangkan masa untuk membaca artikel yang sekadar dua minit sahaja untuk meningkatkan prestasi diri.Ye dok?

Web ni ade link kat youtube. Video-video dia memang bagus. Sekarang ni, aku tengah layan tajuk ‘Manage Your Time and Goal’. Sambil dengar-dengar ni, enjoy sangat isi dia. Statement dia, “Think big”. Betul la kan, kalau kita ada cita-cita, tak perlu takut untuk memikirkan yang besar-besar. TETAPI, kena ingatlah, kalau nak jadi macam mat jenin je, tak payahlah. Rugi je.

Kita nak ada matlamat tak salah, memang tak salah. Tapi, hujung matlamat kita mestilah berkait dengan ukhrawi kita. Sebabnya, dunia ini hanyalah penghubung ata medium untuk kita ke akhirat nanti. Betul tak? Nak jadi doktor ke engineer ke architect ke apa-apa yang besar, jadilah, tapi matlamat kita tu ke mana? Semata-mata untuk kepuasan kita ke? Matlamat kita tu mampu ke nak membantu kita di akhirat kelak? Fikir la ye, kawan-kawan.

Cik Asma Amirah, awak bercakap pandai ye?

Selingan sebentar. Hehe. Masa kat KJJ dulu teringat kat seorang kawan ni. Dia muda setahun dari kami, tapi budak kelas pertama, calon straight dan percayalah cakap aku, cantik luar dan dalam. Aku sangat kagum dengan dia. Pernah dia bagi tazkirah macam mana nak tingkatkan diri dalam seharian kita. Pesanan dia ada lima perkara yang kita nak capai dari saat terbukanya mata kita.

SPIRITUAL

PHYSICAL

EDUCATION

COMMUNICATION

ATTITUDE

Hurm. Bila fikir balik betul la kan? Pertama sekali spiritual kita. Rasulullah juga ada ajar kita doa bangun dari tidur kan? Then physical, kita perlukan badan yang sihat untuk beribadah, kan? Education pula, amal tanpa ilmu itu sia-sia. Sebab tak memahami apa yang kita buat, ye dok? Susuli pula dengan communication. Hubungan dengan manusia pun kena jaga juga. Betul tak? Last sekali attitude kita, seiring atau tidak dengan akidah seorang muslim? Pesan dia lagi, sebelum tidur muhasabah diri balik untuk lima perkara ni dan nilai diri sendiri.

Lima perkara itu adalah matlamat hidup kita yang sebenar. Betul tak? Tak cukup satu, tak lengkap lah. Sebab semuanya saling berkait. Saranan saya, buat kawan-kawan, bacalah buku Apa Erti Saya Menganut Islam (Ma Za Yakni) oleh Fathi Yakan. Dulu masa kat KJJ, dalam usrah masa buku ni digunakan, mungkin aku kurang beri perhatian. Jujur, walaupun nampak macam kecik je buku ni, nampak macam senang je nak faham, jangan ingat faham itu cukup kalau bukan dari hati sendiri. Menghayati dengan hati itu bukan mudah. Oh, memang sukar tetapi tak mustahil.

Jom, kawan-kawan! Sama-sama kita ke arah kebaikan!

 

 

p/s: semakin kita dekatkan diri dengan ALLAH, saat terpisah dengan Dia, rindu yang sangat kuat dan rasa tiada apa yang mampu mengantikan Dia sebab hanya Dia je yang memang layak dirindui dan disembah!

Serahkan padaNYA

Salam

Sebenarnya, nak sambung pasal kawen-kawen tu, tapi modal tak ada. Tak ada perbincangan lanjut. Hanya mampu suggest untuk hangpa pi tengok video-video ke dengar ceramah-ceramah bab kahwin ni. =). Ade satu blog yang boleh suggest kalu sesapa yang nak kahwin muda ye. Sweet kut~ (Baca Bicara Seorang Suami) Diari Rindu Muhsin & Mira. (ini bagi mereka yang serius sahaja ok!)

Topik yang tak seberapa hangat kali ini ialah berserah kepada-Nya. Semalam semasa aku tengah menyelam internet ni, buka iluvislam.com. Topik tentang istikharah. Istikharah ini bukanlah semata-mata kerana cari jodoh. Oh tidak. Sila jangan salah anggap ye. Perkataan istikharah itu sendiri datangnya daripada perkataan ‘khair’ yang bermaksud pilihan. (Maaf, tak ada keyboard arab…kalau ada tak tahu nak guna). Setelah ditasrifkan jadilah istikharah. Kesimpulan mudah, solat sunat istikharah ialah solat sunat yang kita lakukan semasa kita buntu untuk membuat pilihan. Dalam erti kata lain, kita serahkan pilihan di tangan Allah. Tapi ingat, solat istikharah mestilah dilakukan disaat kita sendiri memang buntu. Tak ada jalan keluar. Jangan pula tengah berat sebelah. Memang konfem la…..takkan dapat jawapan. Sungguh ni. Nak maklumat lebih lanjut pasal solat istikharah, boleh korek-korek mana-mana web ke buku-buku ilmiah. Hari tu, aku melayan celoteh ustaz Azhar tentang solat sunat ni. Masing-masing ada cara masing-masing. Hehehe.

Hurm…..

Aku buat headline hari sebabnya diri aku sendiri. Aku ada seorang kawan, yang mungkin aku tak sepenuhnya percayakan dia.(Maaf sesangat!) Senang kata, aku tak tahu sama ada aku percayakan dia atau tak. Jujur. Aku tak tahu. Sampai aku rasa bersalah sebab tak percayakan dia. Pedih kut kalau tahu kawan tak percaya kawan. Sedih kan? Aku tak ada pilihan lain selain berserah kepada ALLAH. Nak tahu kenapa? Sebabnya, Allah takkan gerakkan hati kita untuk percayakan seseorang itu melainkan Allah tahu selayaknya dia itu dipercayai kita. Semuanya datang dari Allah juga.

Akhir sekali aku terfikir, kadang-kadang kita sebagai manusia, buat keputusan dalam hidup kita lebih berpandukan akal kita daripada keyakinan kita kepada Allah. Nak keluarkan contoh, susah. (Sebab melibatkan orang yang lebih berpengalaman.) Senang kata disini, aku nak sampaikan, jika sekiranya ada sesuatu keputusan tu, kita rasa berat sangat, serahkan pada Allah. Yakin pada Allah.Yang paling penting, sentiasa optimis. Teringat pesan Baba kat semua orang masa my handsome Tok Ayah nak bernikah hari tu. “Janganlah nak judge apa-apa, kita serah pada Allah je. Kalau memang ini yang terbaik, terbaiklah.”

Hehehe. Even masa aku nak decide nak pilih fakulti mana pun, macam ni juga la yang Baba pesan. Betul apa yang dia cakap. Serah padaNya. Tak salah malah betul. Hilangkan syak wasangka kita dengan yakin kepada Allah. Syak wasangka kita tu datang kerana perasaan, emosi dan ego kita. Tak tipu. Kalau kita teliti diri kita dalam-dalam, sepanjang masa syaitan berbisik. Tidak ada sesaat pun dia lepaskan untuk tak menggoda kita. Tapi yang dapat menepis semua itu adalah hati kita. Hati kita ini ke mana? Yakin dan percaya pada siapa? (Cik Asma Amirah, awak banyak sangat dah cakap tu~)

Kawan aku tu pernah keluarkan statement yang dia ambil daripada drama Melayu (tak ingat tajuk), “Kenapa berharap pada manusia bukan pada Allah?” Betul tak statement tu? Instead of kita berharap, yakin dan percaya kat orang baiklah semua tu kita letakkan pada ALLAH. Ye dok kawan-kawan? Banyak cakap ni bukan nak refer siapa-siapa, tapi nak tunding kat diri sendiri.

Alhamdulillah, sikit-sikit kan, kalau kita percaya kat Allah dan percayakan sesorang itu atas dasar kita yakin pada Allah, rasa was-was ke ragu-ragu ke bersalah tu hilang. Sebab yang utama dalam hidup kita ialah ALLAH S.W.T. Kan? Pesanan paling ringkas kali ini ialah, utamakan ALLAH dari segala-galanya. Nothing above HIM. Everything is for HIM and only HIM.

 

 

p/s: Cik Asma Amirah, yakin la ye. Hehe. Smile dear myself! =)

Saving…oh…. saving

Salam

Duit, duit, di mana kau duit…. lagu feymes Hattan pasal duit. Kagumkan macam mana duit tu boleh buatkan kadang-kadang manusia lebih mementingkan diri sendiri? Hanya kerana duit. Bukan semua orang. Kadang-kadang untuk kepentingan orang-orang yang kita sayang. Betul tak?

(Okay. Ulasan dari cerita drama lama lakonan YamaPi, Kurosagi)

Memang topik tak berapa hangat aku ialah pasal duit. Pasal menyimpan duit. Banyak sebab aku berniat untuk kumpul duit untuk tahun 2012 nanti, insyaAllah. Macam-macam sebenarnya alasan. Namun, tak boleh untuk diutarakan di sini ye, kawan-kawan. Maaf. Hehehe.

Sekarang ni dah nak sampai masuk tahun 2012 kan? Teruja tak? (Soalan yang agak =.=’’’)

Kalau ikut nafsu aku, masih banyak menda aku nak beli. Nak sangat-sangat. Baju itu baju ini beg itu kasut itu dan berbagai benda yang hanya membawa kepada pembaziran. Well, almaklumlah, duit masuk je, dok? Haha. Tetapi atas nasihat dan hasil brainwash dari seorang kawan ni, aku sanggup bertahan nafsu membeli belah untuk simpan duit demi masa depan yang lebih baik, kan? Memang kaw-kaw aku kena dengan dia, sampai sekarang ni tiap kali aku lalu depan bank, dalam hati aku berbisik “Jangan tuka duit….jangan…..” Sekarang dalam tangan aku rasa memang tak sebanyak mana duit. Tapi kalau aku tak ikut nafsu aku tu, selamat duit tu cukup untuk sampai hujung tahun ni. Seronok juga belajar savings ni. Terasa macam kaya pun ada. (Bajet tak?)

Aku kira-kira la kan, kalau aku berjaya kumpul duit, (insyaAllah), memang macam-macam aku boleh buat dengan duit simpanan tu. Banyak kut~ Tapi bila aku tolak macam-macam perancangan hidup aku, terus aku rasa macam takkan cukup aku kumpul duit semua tu. Perancangan masa depan mesti ada, ye dok? Be prepared lah katakan. Sekarang ni pun simpan duit sebab nak beli macam-macam untuk family nanti. Banyak menda yang best-best rasanya nak angkut beli bawak balik untuk rumah. Best wu~

Kawan-kawan, jom simpan duit! Jom! Nak jadi kaya tak?

(menarik tak ajakkan aku? XD)

 

 

 

p/s: mb2u tak berjaya activate,tu alasan terbaik…XD

Awal sangat ke …..

Salam

Post kali ini adalah kesinambungan daripada post Kahwin??? dan post Masa Depan. Aku pernah cakap dulu cerita pasal kahwin akan aku update dari masa ke masa mengikut mood aku. Bukan mood miang nak berkahwin ke apa, tapi mood nak tahu pendapat orang. Setakat ni, dah ramai kawan-kawan yang aku tanya berkenaan hal ini. Alhamdulillah, banyak nasihat dan pandangan yang aku dapat. Tak lupa juga kat kawan yang memang banyak bagi idea-idea untuk aku menulis kat blog yang tak seberapa serinya.

Lepas diskusi dengan kawan yang seorang ni, banyak persoalan yang tak terjawab dan masih tergantung. Memang pada dasarnya sebagai pelajar, dengan usia setahun jagung dan memang masih cetek pengalaman, aku akui, belum sesuai dan bukannya orang yang sesuai untuk aku utarakan benda perihal kahwin, tapi, saat duduk menuntut kat negara asing yang bukan negara Islam tambah dengan cabaran yang berbagai, memang terlintas dalam perkara pasal benda yang orang kata remeh ni.

Senarai soalan-soalan yang ingin aku tanyakan,(sikit je dulu)

1) Kahwin awal (tengah belajar) menghancurkan harapan ibu ayah ke?

2) Kahwin semata-mata untuk jadi raja sehari je ke?

3) Masa depan tak ada jaminan ke kalau kahwin awal?

4) Memang biasanye kahwin tu mula-mula je ke yang seronok?

Yang nak jawab, sila kan jawab. Tidak ada jawapan yang betul dan jawapan yang salah. Aku pun tak nak marah sesiapa atas sebarang jawapan yang menyindir atau menyinggung perasaan. Hal sebegini bergantung kepada pendapat masing-masing. Lain manusia, lain pandangan dan lain sudut perspektif yang dia nampak. Yang bujang. yang berpunya, yang dah beranak-pinak, semuanya dibenarkan. Hehe. Pengalaman hidup bermacam-macam. Nak kongsi pun tak ada masalah.

Mungkin ada yang berfikiran aku gatal-gatal dan mengada-ngada post benda pasal kahwin ni sebab tengok senior la, ikut orang la, dan macam-macam lagi la. Semua orang ada tanggapan masing-masing. Alang-alang dah bercerita pasal kahwin, ada dua link aku nak kongsikan. Yang nak click, silakan click, tak nak, tak payah. Tak penting pun.

Nikah Khitbah: Tiket Untuk Bercouple

Antara persoalan kahwin awal

 

Ada pula dua tiga hari lepas, aku tengok cerita jepun (Hana Yori Dango Final je pun~) kalau ada yang tengok jalan cerita movie tu betul-betul dan cari mesej yang nak disampaikan dari cerita tu mesti faham apa yang bakal aku sampaikan. Dalam cerita tu menceritakan tentang dua pasangan yang bakal berkahwin. (Kita tolak tepi hakikat yang mereka ni non-muslim dan scene-scene yang tak sesuai bagi kita, kay?) Dalam movie ni memang diselitkan macam mana mereka nak menjaga satu amanah yang diberikan oleh ibu si lelaki kepada bakal menantunya. Kepercayaan, tanggungjawab atas satu sama lain dan macam-macam moral value yang kita boleh dapat. Tapi konklusi yang paling mudah aku boleh bagi ialah, kahwin bukan perkara yang temeh dan bukan semata-mata atas nama besar mana majlis kahwin pasangan tu atau mahal mana mahar yang dibayar atau sweet mana couple tu masa bercintan-cintun dulu tapi kahwin adalah tanggungjawab dan komitmen dan tak lupa bagi kita yang Muslim, ianya satu sunah. Nak kahwin bukan untuk sehari tapi untuk sampai ke anak cucu (kalau jodoh berpanjangan). Nak kahwin bukan sebab nak tunjuk duit kita banyak mana tapi untuk sama-sama bina keluarga yang diredhai Allah. Nak kahwin bukan sebab nak tunjuk cintanya kita kat orang tu macam mana tapi  untuk mendapatkan kasih sayang Allah.

Kalau ikutkan perasaan memang aku dah lama miang menggatal kahwin (macamlah ada calon). Tak adalah, cakap pasal kahwin dengan usia semuda aku, memang buat aku berfikir kalau ada yang nak bercinta dengan aku sekarang, baik kahwin dengan aku. Tapi diskusi dengan kawan-kawan buatkan aku terfikir banyak benda. Kahwin. Sebut memang senang tak macam perkataan rusia yang sampai tersembur air liur nak menyebutnya, tapi makna dan maksud dia tu tak sesenang menyebut. Kawan aku ada je yang tanya, cakap-cakap kahwin, sedia ke nak jadi isteri? Sedia ke nak berpisah dengan mak ayah? Sedia ke nak spend time dengan suami nanti? Dan banyak lagi. Ye, aku tahu. Memang tak penting langsung. Baik aku selesaikan soalan physic yang lecturer bagi ke soalan matan ke soalan kimia.Banyak lagi benda yang lebih penting untuk aku fikirkan, ye dok?

(Mesti pening dengan aku, kejap macam gatal nak kahwin kejap macam tak nak kahwin~cik kak, pilih satu la)

Haha. Jujur jauh dalam sudut hati ni, memang aku nak. (Tunggu calon je)  Tapi masih banyak persediaan yang perlu aku sediakan, masih banyak sudut diri aku yang perlu aku betulkan.

Memang orang kata kahwin awal ni macam terburu-buru. Yang pergi buat majlis dalam keadaan terburu-buru tu sape suruh? Rancang awal-awal. Buat semua jadi teratur dan tersusun. Yang paling penting sekali tolak tepi la sume yang mengarut-ngarut dalam adat perkahwinan. Macam bersanding, ada hantaran berbalas-balas, dan segala yang macam sekadar makan duit yang tak jamin pun kebahagiaan perkahwinan. Ikut rukun nikah dalam Islam dan tunaikan yang wajib. Tak jadi masalah kan? Hehe. Kalau siapa-siapa yang baya aku memang dah plan nak kahwin, pesan aku, jimat-jimat belanja dan mudahkan kerja mak ayah bila nak kahwin. Yang nak kahwin kome, bukan depa. Ye dok?

Kahwin awal ni, ibarat mencegah maksiat daripada mengubatinya. Kalau dah berpenyakit nanti, susah pula nak mengubatinya. Nak mencegah pun kena kaji dulu, kena teliti dulu. Maksudnya, bukan nak bercinta je kahwin terus. Idok la gitu. Minta petunjuk Allah dulu. Istikharah, hajat. Doa kat Dia. Kalau memang ini jodoh kita, minta mudahkan urusan. Daripada nak couple sana sini, pergi dating la, baiklah kahwin. Daripada cipta fitnah baiklah orang sangka baik.

Pesan seorang senior kepada aku, nak kahwin awal ni bukan sebab gatal tapi nak jaga hati. Kita sebagai Muslim, yang ada pendidikan pun tahu kan tentang bab hati dan perasaan ni? Allah dah kurniakan perasaan tu. Janganlah kita pula nak cemarkan dia. Daripada dok main rindu-rindu kat boypren yang belum tentu jadi suami tu baiklah rindu kat suami. Dapat pahala, hati pun senang, tak ada nak gelisah tak tentu hala. Jujur aku cakap, bila rindu kat orang yang bukan suami, terdetik dalam hati tu rasa berdosa sangat. Baru dosa hati. Aku pernah lalui saat tu dulu. (Cakap macam dah ada suami je). Tak lah, dengan adanya didikan agama dari sekolah dulu, aku tahu rindu pada ajnabi tu salah dalam agama. Sebab tu ada doa, kalau dia jodoh kita, minta mudahkan, kalau bukan, jauhkan perasaan ni. Sebab tu ada istikharah. Kalau tak berbalas, tak jadi masalah sangat. Ni yang berbalas jadi masalah. Bila berbalas tu, sebagai manusia yang lemah memang kadang-kadang tu kita alpa. Tak tipu. Tanyalah mereka yang dah berkahwin, masa zaman bercinta dulu macam mana. (Macam dah kahwin je aku ni~hoho~lawak-lawak.) Sebab tu bila timbul je perasaan tu, minta dekat Allah petunjuk cepat-cepat. Kalau Dia bagi jalan mudah, jangan susahkan, Kalau Dia bagi jalan susah, usaha lagi dan usaha. Sebab usaha tu menunjukkan siapa kita di mata Dia.

Well, buat masa sekarang ni, setakat ini aje yang aku ingin coretkan. Nanti di edisi lain akan aku coretkan lagi. Hehe.

 

 

Harap maklum. Aku bukan nak menggalakkan perkahwinan awal. Oh. Tidak sama sekali. Tapi aku nak berpesan, sekali hati tu dah ada main feeling-feeling ke jiwang-jiwang ke, janganlah dok layan je. Lain orang lain masanya untuk sampai ke detik itu. Allah dah tetapkan. Ada yang muda-muda lagi dah fikir. Ada orang dah setel semua baru fikir. Ada orang bila dah agak lanjut baru nak ambil tahu. Ada pula tu, tak ada langsung terfikir. Masa masing-masing tu ada. Ok? Hehehe.

 

 

p/s: Dua tahun lepas, bab ni, aku paling wat derk dan tak layan. Dulu sibuk cakap kat orang. Ha, amek kau.