Carian

Dia atau DIA?

Salam

Hai kawan-kawan…..

Sejujurnya, aku sedang dalam mood shock lagi sebenarnya atas beberapa peristiwa yang berlaku kepada aku dalam masa yang baru-baru ini. Namun, mood shock itu bukanlah satu halangan untuk aku memencilkan diri. (Sengaja buat suasana saspens. Saspens tak? =p)

Oklah, kisah saspen ke tak saspen, kita keep in view, atau dalam singkatannye, K.I.V. (quite a popular abbreviation, kan?)

Ada satu hari tu, aku terbaca kat website iluvislam.com (sila click untuk baca), tentang berubah ke arah kebaikan. Jujurlah, sangat menyentuh perasaan aku. Biarpun situasi aku tak sama, tapi, perasaan itu ada. Semua orang memang pernah lalui zaman gelap masing-masing. Tak kiralah seteruk mana pun, pasti akan ada. Sebab dari situlah kita belajar bermacam-macam benda. Yes, aku mengaku aku nak berubah ke arah kebaikan tapi aku malu. Bila aku baca artikel tu, terdetik dekat hati aku, biarlah mulut orang, bicara orang, judgement orang, yang penting tu yang Di Atas Sana, Allah S.W.T. Itu yang penting sekali, ye dok?

Pernah aku keluarkan statement kan, kalau ikutkan perasaan nak lari jauh-jauh dari tempat sekarang ni dan pergi ke satu tempat yang semuanya orang yang aku tak kenal dan mulakan hidup baru. Sebab dengan cara itu kita boleh mulakan semuanya dari awal….tetapi, konfem malu nak pergi balik ke tempat sekarang ni. Sebab mereka yang kenal kita sebelum kita berubah dengan mereka yang kenal kita selepas berubah adalah orang yang berlainan. Kepada sesiapa yang pernah baca cerita Versus karya HLovate, pasti faham. Macam mana watak heroin tu (aku lupa nama dia), yang dulunya budak street, main skateboard, berpakaian seksi, sekarang ni dah bertudung labuh, baju labuh dan dah tak bergaul dengan lelaki, terserempak dengan kawan-kawan lama dia kat shopping compleks. Terbayang macam mana malunya dia nak berdepan dengan kawan-kawan lama dia (lelaki taw~), memang macam-macam yang bermain difikiran heroine tu tapi, kawan masih kawan. Kawan-kawan dia elok je lagi bercakap dengan dia, malah hormat dengan dia. Tu yang bagus. Memang aku dapat rasakan malunya. Bukan sebab buat benda tak elok ke apa ke, tapi itu masa lampau kita. Masa lampau yang ada kejahilan dan kegelapan kita. Nak tak nak, semuanya pernah berlaku dalam hidup kita. Kan?

Asalnya memang semangat aku turun bila fikir masa lampau aku. Tapi aku terfikir, artis-artis kat Malaysia, alhamdulillah ramai je yang dah berubah ke arah kebaikan. Contoh, Wardina Safiyyah. Sehinggakan dia mendapat jemputan untuk memberi ceramah kepada muda-mudi. Pada aku cabaran dia mungkin lebih hebat. Sebab hampir semua orang kenal dia (Malaysia je la~), pelakon Spanar Jaya dengan Zanbo, Ahmad Idham, dan lain-lain masa zaman aku sekolah rendah dulu. Selepas dua tahun dia mendiamkan diri, keluar tv dah pakai tudung dah pulak…..series aku rasa mesti macam-macam cabaran dari media dan sebagainya yang dia lalui. Tapi dia tetap dengan pendirian dan pegangan dia. Sungguhpun dia menjadi pengacara tv ke pelakon ke (berlakon lagi kan?) dia masih menjaga segala batas. Selain dia, Irma Hasmie, Erma Fatimah, Shiela Rusly, mungkin ramai lagi yang aku tak tahu. (Highlight aku artis perempuan sahaja….. well, obviously la kan kenapa). Aku tak nak menilai benda-benda lain pada mereka. Urusan tentang diaorang masih lagi keluar tv, jadi itu, jadi ini, aku tak ada hak dan sama sekali tak layak nak menilai. Yang nyata lagi bersuluh, dengan kedudukan mereka sebagai artis, yang dikenali ramai, mereka tidak malu untuk berubah secara perlahan-lahan ke arah kebaikan. Bagus kan?

Melihatkan orang-orang macam ni, buatkna aku terfikir, dari mana datangnya semangat dan keyakinan mereka yang kuat dan kental tu. Dari Allah S.W.T. Meh kita sama-sama fikir.

Demi siapa

 

Well, aku cuma menulis apa yang tersirat di hati dan menyampaikan kepada yang membaca kerana rasa perlu untuk mengajak kawan-kawan aku berfikir. Maaf jika ada yang terasa.

Kesimpulannya mudah sahaja, fikirkan lah wahai diri…. (especially cik Asma Amirah seorang ni…. okay?)

 

 

 

 

p/s: Buat cik Asma Amirah, sila jaga diri anda baik-baik dan selamatkan diri anda sebelum terlewat, ye? Hehehe. Sayang awak, cik Slumberlady….(^_^)

Snow+Wedding?

Salam

Hai kawan-kawan! (seriously, this tagline is cute!)

Baiklah. Aku tak nak bercerita panjang sangat. Ini berkaitan dengan snow atau dalam bahasa melayu, salji. Well, memang jujur aku katakan aku agak rasa jakun ataupun batak dengan adanya salji ni. Tapi kawan-kawan aku kata simpan jakun tu untuk salji yang tebal. Sebab sekarang ni baru sikit. Hahaha. Ya Allah, terima kasih~

Sabtu semalam, aku buat eksplorasi mencari masjid di Moscow. Memorial Mosque, nama masjid tu. Agak gila juga la sebab pergi sendirian, dalam sejuk tanpa sarung tangan. Bajet kuatla nak tahan sejuk Moscow. Hahaha. Tapi kan, demi mencari masjid yang satu tu, aku tak rasa menjadi masalah. Memang aku mula-mula dah terasa macam sesat dah. Entah ke mana-mana entah aku berjalan. Siap tepon kawan tanya kat mana letaknya masjid tu. Nasib baik aku di route yang betul. Memang sejuk yang sangat-sangatla. Snow pulak ade la turun sikit-sikit. Alhamdulillah aku sempat solat zohor jemaah. Rezeki aku, sampai-sampai muazin tengah azan zohor. Lepas aku dah selesai solat apa sume kat dalam masjid tu. Azam aku, satu hari nanti kalau Ummi dengan Baba datang Moscow, nak bawa diaorang datang masjid ni. Seriously, it’s magnificent. Walaupun kecik je masjid ni, tapi pada aku sangat seronok. Sebab itu rumah Allah. Aku tak tipu. Saat aku jumpa je masjid tu,  Ya Allah, bersyukurnya aku. Dahlah, masa aku tengah cari toilet nak wudu’, ade seorang lelaki tegur. Mula-mula dia cakap russian dengan aku. Tapi bila aku macam blur dengan apa yang dia cakap, dia cakap arab pula. Mujur aku paham. (Mana tak nye, setakat cakap ‘kad ini untuk buka pintu bilik persalinan muslimat’). Hahaha. Dah tu, dalam perjalanan aku nak cari tempat solat muslimat, aku terjumpa pula kelas. (kelas fardu ain dan arab kut~ dan dan cakap terjumpa, padahal tersalah masuk pintu…..*malu*).  Haih~ di bumi yang asing ini yang lagi penuh dengan manusia yang sesat ni, bila jumpa masjid tu macam satu rahmat! Dekat pintu gerbang masjid tu terang tang-tang tertulis tulisan arab yang bermaksud “Ya Allah bukakanlah pintu rahmatmu” Masa nak keluar dari masjid tu pula, aku ada nampak orang perempuan duduk kat bangku. Depan dia ade seorang lelaki, membacakan ayat-ayat suci al-Qur’an. (susunan macam ma’thurat). Aku perhatikan perempuan tu dan menghayati apa yang lelaki tu bacakan, secara tak langsung aku nampak perempuan tu mengalirkan air mata. Aku pun sekali hampir mengalirkan air mata. Terharu pula tengok scene macam tu. Yang bestnya, time aku nak keluar, ramai budak-budak kecik dalam lingkungan 8-9 tahun keluar. (dah abis kelas fardu ain la tu). Tetiba rasa kesian kat diaorang. Syukur yang teramat aku kepada Allah S.W.T sebab aku dapat belajar asas-asas agama tanpa sebarang rasa takut atau terancam ataupun tersorok-sorok. Mana taknya, kat sini….haih~ need not to say. Alhamdulillah.

Sekarang ni kaitan dengan snow dan wedding. Masa aku nak balik ke rumah (perjalanan dari masjid ke stesen metro adalah selama 30 minit ye), ada dekat 4 pasangan pengantin. Seriously, aku tak faham sejuk-sejuk macam ni lagi ramai yang nak kahwin? Dress wedding dah la kaler putih, dah tu nak bergambar bagai kat park yang ade sisa-sisa salji. Tak faham aku. Signifikan salji tu aku nampakla sebab putih, tapi, for real, sejuk-sejuk ni? Aku yang siap pakai baju winter ni pun sejuk yang amat. Haha. Well, mat salleh la katakan. Aku tak nafikan berhampiran kawasan tu ade dekat dua church atau chapel (aku tak tahu apa beza dua benda ni tapi aku tahu dua-dua tempat ni boleh buat majlis kahwin ~bagi yang menganuti agama kristian~). Mula-mula dah bajet dah nak menyemak lalu kat depan limo-limo yang ada tu, tapi on second thought “Asma Amirah, awak gila ke? Nak kena hentam ke apa?” Exaggerate tak imaginasi aku? Tapi aku tak boleh tak bayangkan the worst since aku duduk tempat orang, tempat yang tak berapa suka Islam. Nak tak nak, aku tak bolehla nak bajet-bajet tak cuak. Hehe.

Itu jela sebenarnya yang aku nak cerita. Paling aku nak cerita sebenarnya pasal masjid tu. Sebab aku suka gila kat masjid tu. Seronok! Tak tipu……

Untuk pengembaraan aku kali ini yang aku dapat, tak kiralah orang tu macam mana, yang penting kita tengok pada solatnya dan bagaimana dia melaksanakan solat itu, bersungguh ka atau tidak? Sebab solat itu tiang agama dan solat itulah yang membentuk diri kita yang sebenar dalam sedar tak sedar. Tengok balik la kan diri kita dengan solat-solat kita. (Cakap untuk diri sendiri,,,itu yang paling penting ye cik Asma Amirah) Aku tak nafikan, dalam masjid tu aku jumpa ada seorang kakak tu pakai jubah hitam dan tudung labuh (this sister is so cute) dan ada seorang tu pakai skirt labuh dan baju kemeja yang ketat serta tudung dia, agak terkeluar rambut di belakang (this one is beautiful). Dalam hati aku terdetik, siapa aku nak menilai hamba-hamba Allah dalam masjid tu sama ada solat mereka diterima atau tak semata-mata atas apa yang aku nampak? Sebab yang tahu hanya Dia sebab Dia lah Tuan dan Tuhan kita. Terdetik dalam hati aku, yang penting mereka menunaikan kewajipan kepada pencipta, mengabdikan diri dan meluangkan masa untuk bertemu denganNya. Sedar tak sedar, sebenarnya aku pun lebih kurang je. Kan? Yang penting, hayati solat kita dan buat kerana kita tahu itu tanggungjawab dan keperluan rohani kita! Ye dak kawan-kawan? (Seriously this ‘kawan-kawan’ thing is so cute)

 

p/s: Dari buku La Tahzan Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia, jangan tujukan pandangan anda ke sudut-sudut yang buruk dari kehidupan in, tetapi tujukanlah kepada sudut-sudutnya yang indah…(^_^)V

Perspektif yang berbeza

Salam…

Selamat hari raya aidiladha kepada semua yang menyambutnya, tak kira di mana sahaja anda berada, selatan ke timur ke barat ke utara. Asalkan sama-sama anda meluangkan masa untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T sempena hari yang mulia ini.(n.n)

Berdasarkan tajuk yang tertera di atas, aku ingin menulis tentang perspektif yang berbeza. Ini mungkin hasil perbincangan antara aku dengan seorang kawan semasa berada di St. Petersburg. (Orang yang sama je…lain tempat je). Seronok sebenarnya bila sekurang-kurangnya dalam sehari kita cuba fikirkan tentang kehidupan kita ni. At least kita memikirkan tentang diri kita dan siapa kita ini. Tak salah asalkan membawa kebaikan kepada diri kita. Kan, kawan-kawan? (Lama dah tak guna tagline comel ni~haih)

Kawan ini menceritakan tentang kisah tiga titik hitam. Mungkin ada di antara kita yang pernah dengar atau baca cerita ni. Even ceritanya pendek pun, maksudnya dalam. Alkisah bermula dengan seorang cikgu yang masuk ke dalam kelas dan membuat tiga titik hitam di papan putih. Kemudian, dia bertanya kepada anak muridnya, apakah yang mereka nampak di atas papan putih itu. Seraya, semuanya menjawab tiga titik hitam. Kalau dalam kelas tu ada 40 orang pelajar, semuanya mempunyai jawapan yang sama. Aku nak tahu, apa yang ada dalam gambaran kawan-kawan? Kepada yang ada jawapan selain daripada tiga titik hitam, baguslah. Kepada yang masih hanya nampak tiga titik hitam, cuba tengok betul-betul dan fikirkan betul-betul apa yang sebenarnya terbentang atas papan putih tu…..

Fikirkan…..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Teruskan berfikir…..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan berhenti berfikir….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buka pandangan anda luas-luas…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perspektif anda sampai di mana?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Masih tak nampak lagi?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Okay. Macam mana? Dah dapat dah jawapan lain selain daripada tiga titik hitam? Cuba tengok gambar kat bawah ni. (Ilusi untuk papan putih bersama tiga titik hitam)

3dots

Still, masih nampak tiga titik hitam? Tak mengapa. Kadang-kadang memang tak terjangkau fikiran kita nak fikirkan benda-benda di luar perspektif kita. Bukan salah sesiapa dan bukan salah diri sendiri. Aku pun pada asalnya hanya nampak tiga titik ni juga. Tak nampak dah benda lain, even aku cuba juga tengok apa yang wujud kat atas papan putih tu….haih~

Well, cuba kita fikirkan, punyala luas papan putih tu, tapi mata kita tertumpu pada tiga titik hitan tu juga, betul tak? Tengok. Setakat tiga titik hitam aje, kita dah jadi hilang tumpuan pada papan putih yang kaler memang sah-sah putih dan bahagian yang berwarna putih itu lebih banyak daripada yang hitam. Betul tak? Kenapa eh? Sebab yang hitam itu lebih nampak bezanya, kan? Begitulah kita seharian dalam kehidupan kita. Ibaratnya, titik hitam itu sebagai sifat atau perilaku sesiapa saje, kawan-kawan atau sahabat handai mahupun keluarga sendiri, yang kita tak suka ataupun yang buruk. Kita lebih nak melihat kepada silap dan salahnya orang lain. Betul tak? Sedangkan masih banyak tentang hamba Allah itu yang kita tak ketahui, masih banyak rahsia dirinya yang kita tak tahu.

Pernah, aku terbaca status seorang kawan, (kawan lain pulak ye) menulis : Kita senantiasa mencari kesilapan dan kesalahan orang lain, sedangkan diri kita tidaklah sempurna mana, sedangkan diri kita masih lagi berbuat salah dan silap. Berhentilah mencari keburukan orang lain dan carilah kebaikan mereka.

Aku setuju sangat dengan status kawan aku ni. Aku mengaku kadangkala aku juga tak lari daripada melihat lebih kepada kesilapan dan kesalahan atau keburukan orang lain. Sebab, aku hanya hamba Allah yang masih lagi mencari jalan pulang, yang masih lagi perlukan bimbingan. Memang kita semua takkan lari daripada untuk melihat keburukan orang lain sebab itu adalah salah satu usaha Iblis untuk memecah belahkan kita. Iblis membuatkan kita mementingkan ego dan emosi kita berbanding iman dan kewarasan kita. Almaklumlah, kehidupan ini penuh cabaran dan dugaan. Bak kata kawan aku yang sorang ni, boleh je Allah jadikan kita tanpa perasaan, boleh je Dia jadikan kehidupan kita tanpa sebarang dugaan dan ujian, tetapi, Dia jadikan semua ini untuk melihat ketaatan dan keyakinan hamba-hambaNya. Bersyukurlah kita atas segala nikmat kurniaan-Nya. (^_^)

Pesanan kali ini, buat diri sendiri dan kawan-kawan,

Luaskan perspektif pemikiran anda, teruskan berlayar dan mencari keredhaan-Nya, jangan mudah putus asa dan ingat, Allah menyayangi mereka yang sentiasa mengingati-Nya~

Kawan ini pernah berkata,

“Manusia yang paling kuat ialah yang mampu menahan nafsu dan amarahnya….”
(Seriesly, ini hadis riwatyat siapa, aku tak ingat… mintak maaf banyak!)

 

 

p/s: haih~pandai je aku menaip dengan laju

 

Gurau tapi serius

Salam.

Hai kawan-kawan. First of all, nak mengumumkan bahawasanya lepas ni, saya akan menggantikan kata aq kepada aku. Haha, Teguran seorang kawan sebab katanya, aq tu bunyi annoying. Aku pun bidas balik, ak pun annoying juga. Well, memang dah lama dah nak tukar cuma tak terbuat je lagi. Sorry.

Topik kali ini ialah gurau tapi serius. Maksudnya sangat mudah. Kata-kata dan gesture yang dikeluarkan dan ditunjukkan adalah lawak dan gurau tapi sebenarnya tersirat maksud yang serius yang perlu difahami. Memang wujud manusia-manusia sebegini sebab kadang-kadang mereka memang jenis begitu ataupun mereka tak tahu cara terbaik untuk meluahkan apa yang terbuku. Aku bukanlah pakar dalam bab-bab membaca orang ni.

Contoh terbaik yang aku boleh bagi ialah satu gurauan yang serius dan mendalam maknanya pernah dikenakan kepada aku. (Pertama sekali maaf kepada yang terasa, aku hargai apa yang korang cuba buat. Terima kasih. =))

Since suatu ketika dulu (mungkin sampai hari ini kut), suara aku ni memang aku akui kuat bila bercakap sehinggakan aku tak sedar benda tu macam orang tak suka. So, adalah yang bergurau dengan aku, berkata sedemikian “Haa, tu dia, suara amplifier dia” ataupun, “Ko telan mikrofon ke dulu?”. Jujur aku katakan, memandangkan aku ni dulunye bukan jenis serius dan tak suka ambil benda secara serius aku cuma jawab je la, “Laa….aku memang macam ni” ataupun “Tak leh nak wat ape dah”. Lama kemudian ada yang datang menerangkan bahawasanya itu adalah GURAU TAPI SERIUS. Memang waktu sekolah-sekolah dulu aku sentiasa blur dengan benda-benda gurau tapi serius ni. Hehe. Sebab susah la kalau hidup semua benda nak serius. Tak larat. Nanti otak pun jadi penat dan yang paling penting sekali ialah, muka aku nanti nampak tua dari usia ku! Oh! Tidak!!! (Ya Allah, ni dah melampau)

Sejak aku mencecah usia 19 tahun ni, banyak benda yang aku mula ambil serius (bab belajar memang aku serius kadang-kadang terlampau sampai tak bule nak paham apa-apa pun ada). Yela, bab kehidupan dan berkaitan dengan amalam aku seharian. Kalau dulu aku bikin derk je, tak ambil portla konon, sekarang ni aku mula la ambil serius. Sebab akhirnya aku sedar, tak lama lagi usia ku akan cecah 20!!!!!!! Waa~masih banyak perangai budak aku ni. Tapi kadang-kadang sampai satu tahap aku jadi macam penat bila serius.

Bab perasaan, hurm. Mungkin aku ambil serius kut. Hahaha. Tapi sekarang sedang menuju je arah serius untuk-NYA sahaja. Hakikatnya memang tak larilah, sebab aku ni masih seorang perempuan dan pusing alih mana pun aku masih seorang perempuan dan WANITA. Itu part yang paling penting sekali. Dan golongan Hawa takkan lari daripada sifatnya yang memiliki hati yang lembut. Tambah pula dengan keadaan aku yang kadang-kadang macam sorang-sorang. Lama-lama aku dah hadam lonely and sometimes its better this way sebab I know HE is always there.

Tapi kawan aku ni pernah keluarkan statement kepada aku yang dia gurau dalam serius. Wajar atau tidak untuk aku ambil serius? Haha. No need kan? Sebab manusia itu memang sepanjang masa dia suka bergurau. Kalau dia betul-betul maksudkan apa yang dia cakap dan apa-apa je yang dia guraukan, mesti akan sampai juga maksud dia. Hihi. Fuhh…. penat berusaha untuk berlakon serius. Sebenarnya saat kita dah jadi matang dan mula mengambil banyak aspek dalam kehidupan kita sebagai satu benda yang serius, susah dah kita nak balik semula tak serius sebab ada benda yang memang kita kena ambil serius.

 

 

p/s: well, life is only once and you can never repeat it.

Kali kedua!

Salam

Huhu. Tak dapat aq nak buat tagline “Hai kawan-kawan” sebab tengah bersedih hati ni. Huhu. T.T

Buat kali keduanya, aq kehilangan barang-barang yang penting. Hari tu sekali hilang cardholder yang dalamnya berisi kad metro yang aq baru sahaja beli, dalam tu masih ada 19 trip, kad tramvai aq yang baru sehari gunakan dan kad masuk hostel. Ok, memang masa tu dah nak patah balik tunggu tramvai tu datang balik tapi yang jadi masalah ialah aq tak tahu nombor plate tramvai tu. Silap aq sebab letak cardholder tu dalam sweater yang memang mempunyai kemungkinan untuk jatuh bila-bila masa. Sejak daripada hari itu, aq elakkan meletakkan barang di dalam poket sweater. Memang nak nangisla sangat-sangat. Harga metro dengan kad tramvai aq yang mahal itu, lesap begitu sahaja.

Hari ini……

Dompet pula yang hilang!!!!!!

Huhu. Dalamnya, konferm ade duit. Cukup-cukup untuk sampai hujung bulan ni. Duit yang aq sorok dalam bilik untuk dua bulan nanti dan untuk travel berjalan cuti nanti. Sedih sangat-sangat. Nak menangis dah aq dibuatnya hilang dompet tu. Baru tiga bulan aq pakai, dia dah pergi. Tak ada jodoh antara aq dengan dompet tu agaknya. Tak apalah, aq redha je. Terima kasih kepada dua orang kawan yang sudi menemani aq patah balik untuk at least mencari dan buat report. Sian kat depa, dahla dah nak malam, perut depa pun kelaparan. Sorry.

Lepas ni nak cuba untuk tak hilang lagi barang-barang yang penting ni…..

 

 

 

p/s: dulu yakin sangat kan….amek kaw…