Carian

Di mana kan ku cari ganti

Salam.

Minggu ni bertapak di MIAT. Bukan tak nak balik dan bukan nak balik. Terserah pada Tuhan nak kata aq balik atau tidak. Lagipun, kalau balik kerjanya duduk menghadap tibi yang sememangnya menyiarkan pelbagai hiburan yang melalaikan aku. Tambah-tambah pulak, aq ni memang cepat tergoda dek tibi. Walaupun aq tak nak tengok, duduk depan tibi tu tak sampai lima minit, melekat dah punggung aq kat sofa yang empuk lagi sedap buat port ‘landing’.

Hurm, sama aje duduk kat MIAT ni tergoda dengan drama jepun fevret aq, Yamato. Tambah pulak ari tu ade la pulak angkut sikit filem-filem omputih. Masuk dua ari, dua filem dah aq tibai, 5 episod drama aq hadam. Lebih kurang je. Sama je balik ke tak. Haih… sabar ajela. Fizik masih setia di sebelah ku menanti dibuka. Sungguhpun dibuka, hanya untuk beberapa minit. Kendian, kembali dilupakan.

Tetibe lak, rindu sangat zaman kat KJJ@KISAS dulu. Jumaat ari tu, aq basuh baju (pakai washing machine je pun). Kalu dulu kat KJJ, haram aq nak layan mesin basuh dua hengget kat blok khalid tu. Dah la jauh, law nak guna kena pakat-pakat, takut membazir duet. Kat KJJ, haghi-haghi aq basuh baju. Pagi nak pergi sekolah, standard basuh la mana yang patut kan. Petang pulak, dengan baju sekolahnye, t-shirt lagi, seluar trek lagi. Pendek kata, tak sah kalu tak basuh baju sehari kecuali hari sabtu dan ahad. Kenapa? Sebab, pagi sabtu ade inspection. Ahad pulak, nak rilek-rilek walaupun ade prep pagi. Tapi sejak duduk MIAT ni, dah lama aq tak membasuh secara manual. Kalau buat pun, dah tak sekuat dulu dah…. maklumlah tak praktik.

Malam tu jugak (jumaat tu ler) aq skyping dengan Aina Mardhiyah(membe KJJ-rumah lain pun). Sambil skype sambil lipat baju. Bole pulak dia tegur aq, esok inspection kemas loker. (Hahahaha). Cakap pasal inspection la kan, satu benda yang paling aq tak tahan nak ketawa ialah LOKER. Just imagine, hari sabtu inspection, dari hari ahad sampailah jumaat, haram loker itu disentuh untuk dikemas. Hanya pada malam sebelum inspection ataupun pagi-pagi buta sebelum inspection tu barulah, terkebil-kebil mata sorang-sorang nak kemas loker. Paling enjoy, dorm aq, tingkap, malam tu bukannya nak sentuh pun, Esok pepagi lepas subuh baru buat. Kalu tengok blok seberang, rumah Thariq, bertungkus lumus membersihkan tingkap. Itu baru cerita pasal preparation sebelum inspection. Cerita paling best ialah time form 4, ala baru nak taw macam mane sistem rumah dijalankan. Hah, hambek kaw kena sound dengan senior pasal markah bilek terok kemain. Hahaha. Adoila….

Kalu cakap pasal waktu inspection, memang sangat-sangat kelakar. Sumpah kelakar gile. Hahaha. Kadang-kadang aq jadi kesian kat KP-KP yang datang check dorm aq. Mane taknye, muka sume toya mengantok dan malas. Nampak garang kowt. Hahaha. Antara muke-muke garang, Mer, Mira, Syewe, Eyqa, Nawal, Khalis, Pip Bo, Yana pun sama. Hahaha. Padahal takde pulak nak sound sape-sape tapi tengah ngantok kowt. Yang paling best skali, kitorang suka landing-landing kejap sebelum KP datang. Tunggu announcement bagitaw inspection dah start ke blom. Standard ayat KP “Inspection dimulakan sekarang”. HAH! Pada waktu itulah semua orang berkejaran menghantar barang-barang yang tak patot ade, ke bilik-bilik yang boleh disorokkan barang. Kadang-kadang ade kes, malas nak tukar pakai baju batik, dengan kain-kain batik tu, sauk je terus baju batik tu. Lantakla nampak gemok ke hape ke, asal sarung baju batik. Alaa di hujung-hujung tahun, baju batik tu dah pun ranap, pakai baju sekolah aje. Scene-scene kelakar yang masih segar ialah nak sorok segumpal kotoran di bawah katil. Elok aje si KP tu masuk, entah sape perasamn de benda tu. Hape lagi, pijak pakai kakila…. hahahaha. .. ade plak, nak sorok buku-buku yang tak sempat nak sorok. Masuk je dalam baju batik tu. Macam aq pernah sekali, wrapping paper segulung elok aje terlantar bawah katil. Aq amek, sorok belakang aq, bile KP lalu kat belakang, letak kat depan plak. Adoila. Kelakar kowt. Yang lawak lagi ialah bile KP tanya “ada apa-apa soalan?”. Kalu Mer yang bersuara, memang nampak macam dia nak sound. Tapi bukan nak sound pun. Nak tanye je. Yela pepagi tu, sape yang ade mood nak senyum sangat? Hahaha. Kadang-kadang tu rasa simpati kat KP-KP sebabbnya kalu nak masuk dorm kitorang mesti teragal-agak aje rupenye. Mintak maap banyak-banyakla kat KP-KP yang pernah inspect dorm kami.

Adoilah. Adegan-adegan inspection dan gotong-royong kat KJJ sangat banyak dalam kepala ni. Nak dikeluarkan satu-satu, memang berabad baru nak habis. Ade seorang insan tu pernah bercakap dekat aq, “Dorm korang adalah satu gabungan yang sangat unik. Walaupun kadang-kadang sesama korang ade masalah, korang stil get along. Korang cuba untuk tidak tak get along. Ade yang jenis manja, ade jenis childish, ade jnis matured, ade yang berubah-ubah.”

Aq setuju sangat-sangat…. kawan-kawan ingat tak, kita sume kalo bab makan, memang laju. No satu sokmo. Asal letak aje, makanan kat tengah-tengah dorm tu, konfem tak sampai lima minit dah licin. Antara masakan-masakan kegemaran kami, makanan mak PIp Bo, spaghetti mak Khalis, masakan mak Yodae…. walamak, memang sedap kot. Kalu Sarah pulak, kadang-kadang ade pulak dia bawak makanan stret dari Korea. (First and last time makan kimchi…. huhu). Korang, bile lagi nak jumpa ni? Aq rindu sangat dengan korang.

 

 

p/s:aq tak lame dah ni, jap-jap lagi kang nak terbang dah… huhu

Kem BTN

Salam

Akhirnya aq menyinggah gak kat blog ni. Asalnye malas je nak menulis pasal BTN. Tapi nak gak kongsi pasal BTN. Kem selama 5 hari kat BTN memang menyeronokkan kowt! Tak aq sangka aq boleh rate yang ini second kem yang aq suke. Well, all this while kalu cakap pasal kem, dalam kepala aq just ade aktiviti lasak dan aktiviti mencabar. Tak mainla ceramah, ke LDK belambak-lambak. Namun, kali ni, aq SUKE! Walaupun adelah timing dalam beberapa ceramah aq mengantuk, aq kuatkan semangat untuk tidor dan agak berjaya jugaklah. Dan hasilnya,aq rasa seungguhnya aq ni bukanlah anak Malaysia yang sejati. (T.T)

Kemuncak bagi kem ni, bagi aq lah kan… malam terakhir. Aktiviti sangat simple, buat logo berdasarkan barang yang telah diberikan kepada setiap kumpulan dengan 3 syarat utama;

1) Boleh bercakap tapi tak boleh bersuara

2) Boleh berjalan tapi tak boleh berdiri dengan dua tapak kaki

3) Boleh memberi tapi tak boleh meminta

Note: arahan di atas mempunyai maksud tersirat.

Setiap kumpulan pun mendapatlah bahan. Bahan yang pelik. Macam mane nak buat logo? Bila aq perhatikan kumpulan lain-lain, logo yang nak dibuat adalah bukan setiap kumpulan tetapi untuk kami semua ahli peserta. Kawan aq, mula la memberitahu kami walaupun susah. Alih-alih, dia pulak kena tarik. Aik?! Kenapa? Takpe, aq dah paham mesej dia. Aq pun mula bergerak ke kumpulan sebelah. Bagi barang kumpulan bahang aq, tapi tetiba plak fasi tarik aq. Haisy, panas dowh aq! Risau gak sebab membe aq tenga lost tu! Takpe, hope-hope diorang paham mesej last aq.

Bukan aq aje yang dah ditahan oleh fasi atas ‘kesilapan’ kami. Adelah dekat 20 orang. So, kami pun dudulk dengan abang fasi sorang ni. Dia pun memulakan bicaranya. Bicara yang penuh makna. Bicara yang membuatkan aq terasa sangat-sangat sedih. Bicara yang mengena tepat pada saat dan situasi. Bila dia tanya aq, adakah aq rase aq buat salah? Terus terang mula-mula terasa salah, tapi kan, mane ade! Aq tak buat salah ape pun! So, dia pun cerita ape objektif aktiviti itu dijalankan. Memang sangat mendalam maknanya dan kalau ada yang cakap faham konteks yang cuba disampaikan oleh brader tu hanya mereka yang betul-betul melaluinya dan betul-betul merasakan dalam hati. Sebab, apa yang diterangkan sumpah sangat sukar untuk difahami dengan hanya melihat dan mendengar. Setakat angguk dan mengiyakan tak cukup. Dah terkena baru boleh betul-betul rasa. Kalu aq nak ceritakan, susah. Serius susah. Sebabnya, kami yang diluar,lain pengalamannya dengan mereka yang berada di dalam. Mereka di dalam tak merasa apa yang kami rasakan di luar. Sangat-sangat berbeza dan tak mungkin akan difahami dengan mudah. Macam yang pernah aq cakap sebelum, tak cukup setakat member korang cakap “kalu akulah,……” sebab setakat cakap macam tu tanpa pengalaman, tak cukup. Percayalah cakap aq sebab suatu ketika dulu, aq suka menggunakan statement camtu dan aq dah merasakan akibat aq suka sangat gunakan ayat tu. Sekarang ni kalu kawan-kawan aq ade yang mengalami masalah, aq tak berani nak bagi komen apa-apa melainkan apa yang dialami tu pernah aq alami suatu ketika dulu.

Boleh kata malam kemuncak tu memang menyebabkan aq banyak berfikir dan boleh dikatakan kurang tidur jugakla. Tapikan, malam tu memang sangat enjoy. Hurm… macam-macam dah aq fikirkan untuk memulakan kehidupan baru aq. Tinggal kekuatan dalam aq je.

Kem BTN ni juga dah mengira usia fisiologi aq…. 45 tahun. Wakaka. Tua gila aq nieyh! Huhu. Takpe, lari 2km aq berjaya. 13 min 12 saat. Ngee~ Agak memberangsangkan buat aq yang sekarang ni bergantung pada main pingpong. Paling aktif pun bila main dengan Svetlana. (Dah dia suka kasi bola maut! Wah!) Hurm bak kata ‘coach’ tak berbayar aq, aq kena rajin sikit bergerak. Hehe. Memang sekarang ni tahap malas nak bergerak. Azam aq lepas ni nak banyak-banyak beriadah. Nak jadi fit.

Lepas BTN ni, selain azam aq nak banyak beriadah, aq jugak nak cari buku perlembagaan malaysia dan sentiasa up-to-date dengan berita semasa malaysia. Sesungguhnya terlalu banyak pasal malaysia yang aq tataw. Malunyer aq…..

Selepas kem BTN ni, aq rase kan, sememangnya kem wajar diwajibkan kepada semua rakyat malaysia. WAJIB. Sebab kem ni memang banyak input dan banyak intipati untuk bakal-bakal pemimpin negara. Jujur, ramai anak bangsa sekarang ni lebih membanggakan negara lain sedangkan apa yang dah terbentang di negara malaysia ni, sudah memadai cuma kemalasan yang tahap melampau menyebabkan kita rasa tak cukup. Cuba sekali dalam hidup, bandingkan kemakmuran yang ada di malaysia dengan negara yang kita sibok banggakan, macam US, UK, Korea, Jepun, German, Paris, dan lain-lainla… contoh paling dekat, negara jiran kita Indonesia dan Thailand, tak lupa Singapura dan Brunei. Cukupla…. Tengok betul-betul…. Sekarang ni ada kemungkinan besar kemakmuran yang ada sedang tergugat dek kerana kurangmya rasa bersyukur dengan apa yang terbentang dihadapan mata kita. Itu je aq nak cakap. Buat kawan-kawan yang baca sekarang ni, ambillah masa yang sekejap untuk compare. Jangan tengok apa yang indah kita tengok kat negara-negara pujaan kita. Sebab yang indah itulah menutup kecacatan. Seyes. Kita ada entah berapa banyak kaum dan kepercayaan dalam satu negara di bawah satu pimpinan. Fikirkanla…

 

 

 

 

p/s: Aduyai…dah mcm ahli politik pulak rase…

Nostalgia

Salam.

Orang kata, dalam kehidupan jangan mundur ke belakang tapi maju ke hadapan. Betul la tu, pasainye, kalu asek mundur ke belakang, kenang benda-benda yang lepas tu, tak ade faedahnya. Tapi dalam diam tak diam, sedar tak sedar, jauh dalam sudut hati kita ni, sokmo kita pusing ke belakang bukan sebab tak maw maju ke hadapan tapi sebab nak mengenang kiesah-kesah lampau yang pahit dan manis. Kalu ingat pahit, mesti akan terpikir macam ni “macam mana aq bole lalui sume tu dulu?” kalu tak pun macam ni “kelakar la plak ase, zaman-zaman separa matang”. Kesimpulannya, memang semua yang pernah jadi tu adalah kenangan.

Sekarang ni aq teringat memori-memori aq bersama abang cute dan my hunny. (psst, Anas, panggil abang cute mcm gedik pulak =P). Aq kenal dengan Anas sejak darejah 4 tapi mula berdamai sejak darejah 6. Kalu zaman sekolah dulu, cikgu suke letak tempat duduk murid selang seli laki perempuan, alasannya sebab tak nak bagi budak tido ataupun hilang fokus. Sebabnya pada usia 10 ke 12 tahun biasanya budak perempuan dah matang dan perasaan malu tu dah ada. Lainla budak laki. Umo 19 pun tataw matang lagi. Tapi aq pada usia 11 tahun, memang satu hapa tak matang. Yang tahu masa tu kerja cari pasal. Serius, dulu aq ni kaki berangan. (Sampai sekarang kowt). Port fevret dulu kat tepi tingkap. Bole tengok kat luar, tengok burung-burung berterbangan, tengok orang dok lalu-lalang tepi kelas. Tambah-tambah kat belakang-belakang kelas, cikgu tak nampak aq tengah dok layan jiwang. Tapi, cikgu aq mase tu, Cikgu Rahimah, sangat alert. So, everytime dia nampak aq tengah syok layan emosi, konfem, dia suruh aq bangun dan dialog fevret dia berbunyi ,”Sila ulang perkataan saya yang terakhir” Aduh…PERKATAAN terakhir bukan content terakhir. Lain tu. Besor lagi bezanya. First student yang kena, mestila bukan aq, so, since that day, aq train diri aq jadi multitasker. Sambil layan jiwang sambil dengar cerita cikgu. Hurm, boleh kata 75% dalam tahun tu aq berjaya meloposkan diri dari denda. Disebabkan attitude aq yang serupe MAT JENIN, lepas exam mid-year, aq dicampakkan untuk duduk bersebelahan dengan Anas dan Afiq. TENSION bai! TENSION. Hari-hari perang mulut dengan Anas. Afiq sibok jage border meja. Haisyh. Memang TENSION gile mase tu. Tapi disebabkan hari-hari aq berperang dengan Anas, sekarang dah jadi bestfren aq. Kalu nak citer pe jadah yang digadohkan, berabad baru nak habis tulis. Bukan pe, bukan masing-masing je yang dah tak larat nak gadoh, cikgu matematik pun dah larat mengabaikan perang kami. Cikgu Rohaiza. Sebenarnya cikgu English. Hari-hari latihan dekat 50 soklan. Dahla aq dulu markah math tu nak cecah 70 setakat dalam angan-angan je laa. Pe yang cikgu Rohaiza tu buat kat kami supaya kami berhenti gadoh, hurm… takpelah… ngok ngek pulak ase. Tuhan memang dah takdirkan aq kawan dengan Anas. Naik sekolah menengah tengok lagi muka dia. MUAK! (Anas, jangan terasa…=)) Kalu dulu zaman sekolah rendah aq tinggi dari dia, naik menengah konfemla dia tinggi dari aq. Dengan kesempatan yang ade, dia suka cakap aq ‘pendek’. Dulu sensitif kowt, tapi sekarang dah tak kesah pun. Anas, pade aq ko pun pendek jugak! =p. Sayang, jodoh kami tak berpanjangan (walamak weyh… jiwang pulak! kehkehekeh), naik form 4 masing-masing bawak diri. Padehal mase form 3, ade orang tu ajak aq pindah sama-sama. Tapi rezeki manusia lain-lain. Sekarang ni, aq akan ke Rusia, insyaAllah. Dan Anas akan ke German, AMIN! Anas, bolehla kan aq heret ko ronda Moscow? Aq tamaw pergi German. (hahahaha… gurau je la ). Doa aq, biarlah persahabatan kami ni kekal.

Sepanjang perkenalan aq dengan Anas, macam-macam nostalgia dengan mamat ni. Pahit ke manis ke tawar ke payau ke masin ke masam ke suma ade. Bak kate orang asam garam kehidupan. Pada aq lah, persahabatan kami pada asalnye, sehelai kain putih. Kami telah mencorakkan kain tu dengan pelangi yang sangat cantik. Ye dok, Anas? Hahaha. Bro, gua sayang sama lu. Lu la sahabat gua yang paling TUA! Pasalnye Mator tu sahabat gua yang remaja. And Aina (KJJ… korag tak kenal, nanti de rezeki aq kenalkan), sahabat gua paling MUDA! Anas, accept the factlah. Kau paling TUA! Hahaha….

 

 

 

 

 

p/s: Anas, BELAJA RAJIN2 kalu nak jumpa aq kat oversea. German n Russia sebelah je kowt!=p

Ambil kesempatan

Salam.

Semakin dekat tarikh berangkat ke Rusia ni semakin berlambak-lambak kerja yang nak disiapkan, semakin bertimbun-timbun masalah menderu datang,semakin banyak teori yang kena belajar sendiri. Aduyai, hidup dah menjadi semakin serabut. Macam mana nak buat, kalu memang kata nak gi sambung belajar kat Rusia, kenalah ikut care depa. Sabor aje la…. huhu

Minggu depan, aq kena pergi kem BTN. Macam-macam perasaan aq ade. Syok sebab setelah setahun dok terperuk hanya tengok buku dan makan sambil menambahkan saiz badan ni, akhirnya dapat juga peluang aq pergi kem. Kem paling best yang pernah aq join Kem Wilderness kat Pulau Tuba, 2006. Syok tapi tak mencapai tahap lasak yang aq impikan. Kem BTN ni lain, banyak kewarganegaraan. So, part yang rase macam tak best tu nak tahan telinga la. Dahla aq ni bab-bab mendengar ceramah lemah sikit. Walaupun bertahun-tahun berusaha untuk sentiasa fokus, hurm, tapi itu bukanlah diriku. Sabor je la…. huhu

So, minggu ni aq balik rumah. Di kesempatan yang ada, aq mahu berjumpa dengan dua orang sahabat baik aq. Anas dan Mator. Tapi skarang ni dah ade gelaran baru yang feymes untuk depa. Abang cute dan my hunny. Hehehe. Name abang cute tu sama sekali tak dipersetujui ramai tapi selepas insiden ‘blushing’, okeyla… bole terima la nama tu… Sememangnya dah lama aq tak borak-borak dengan diaorang setakat main tepon-tepon tu banyak laa jugak, kalu time credit belambak.

Seperti biasa kalu aktiviti dating dengan my hunny mesti la kena pergi jemput dia kat rumah. Well, my beloved kena be treated romantically. (hahahaha). So, hala tuju kami kali ni sangat dekat dan simple mimple, Carrefour yang terletak hanya lima minit dari rumah. Tapi untuk abang cute, rasenye dalam 15 minit jugak. Planning asal nak turun kul 3, boleh jalan2 kowt, tapi apa sangat lah yang ada kat Carrefour tu? Setelah mendengar nasihat Ummi tersayang, plan jumpa lepas asar sebabnya Ummi nak pergi grocery. Hurm, okayh, setuju!

Aduyai… pukul 4.30 ptg hujan lebat plak! Kilat sambar-menyambar, angin kencang plak. Dalam hati doa, mintak-mintaklah hujan cepat reda. Niat suci nak jumpa kawan lama. Alhamdulillah la hujan serik dalam pukul 5. So, geraklan kami pergi menjemput my hunny di rumahnya. Masalah pulak, hujan yang reda tu rupanya lebat di tempat abang cute. Hurm, doa lagi dalam hati. Lama tak jumpa dia, entah bulat ke, entah kering ke entah tiang gol ke rupanya. Dapat jugak berjumpa dengan abang cute. Dah jumpa tu, apa lagi, aq dan my hunny pun buli dia mintak belanja air. Pasainya kami belim ayam popcorn. Makan punya makan dah kering pulak tekak. Apepun, buat Ans, terima kasih banyak2!

Kali aq tekad nak Ummi kenal dengan Anas, pasalnya, dari zaman sekolah rendah lagi Ummi taw Anas ni kawan aq tapi belum pernah sekali pun berjumpa muka ke muka. So, kesempatan yang ada, aq cuba gunakan. Tapi, Anas pulak macam cuak atau pun segan… tak tahu mane satu sanyer. Tapi memang dapatla gunakan kesempatan. Walaupun Ummi bercakap dengan Anas hanya 1 minit, itu kire jadilah. Kire Ummi tahula dengan sape anak dia kawan. Buat Anas, memang kau blushing! Hahaha…. susah nak dapat part kau blushing…

 

Komen untuk abang cute:

1. Tolong berhenti cakap diri sendiri COMEL, pasalnya, itu adalah propaganda yang sangat-sangat TIDAK BENAR!

2. Sila sentiasa kemaskan diri anda, walaupun sesibuk mana anda belajar, pasalanye, kadang2 tu, nampak 10 tahun lebih tua! KAH8!

3. Dulu aq rase ko kurus je, tapi sekarang dah semakin lebar. Takpe2, kate jadi orang TOUGH. Teruskan usaha!

 

So, kesimpulannya, sudah lepaslah rindu aq buat dua orang sahabat baik aq ni. Walaupun aq pergi mana-mana aq sentiasa ingat kat depa. Sebabnya depa ni memang sahabat baik aq. Sayang kamu berdua!

 

 

 

 

p/s: Anas, blaja rajin. Nanti dpt gi German, de rezeki aq heret ko ronda Moscow. Mator, insyaAllah, law de duit lebeyh, mampu utk sponsor ko datang Moscow, aq buatkan. Law tak, sepucuk surat untukmu ku kirimkan dari Benua Utara.(^.^)v

The Versus

Salam.

Haish… Dah nak masuk 5 hari aq berusia 10+9 tahun. Wah! Cepat betul masa berlalu. Pertama-tamanya, ucapan julung-julung terima kasih kepada mereka yang mengingati hari yang tak seberapa penting ini (hari yang menakutkan…. tamaw membesar!). Buat pertama kalinya pada hari ulangtahun aq, aq kena wakenabeb sama member baik aq. Geram campur hepi. Geram sebab mati-mati aq percaya, dah sampai takat leleh dan hepi sebab ade juga orang ingat kat aq ni. Hahaha.

Bersempena dengan hari ulang tahun aq, kelas math yang sepatutnya berlangsung selama 5 jam dibatalkan! Special betul ek aq ni? Perasannye orang ni…. Bukan sebab hari special aq, tapi sebab lecturer kesayangan kami Dr. Rustem Richardovic sakit. Maybe sakit tua kot. Harap-harap cepatlah dia dapat mengajar kami. (Banyak nak kena ganti ni! Tamaw!) Kawan-kawan disini mengajak aq bersiar-siar di Mid Valley. Bab jalan-jalan, jangan ajak aq, kalu aq excited memang aq ikut. Walaupun takde orang nak belanja ape-ape, aq tak kesah pun. Asal dapat jalan-jalan. Dan paling penting ucapan terima kasih kepada seorang hamba ALLAH yang telah membelajakan aq sebuah kek.

Cakap punya cakap, dah banyak aq tulis ni satu pun tak berkait dengan title aq. Hurm. The versus. Cakap pasal pertarungan dalam diri sendiri. Kalu baba dia sokmo kabor gini

“Mujahadah dengan nafsu itulah yang paling kuat. Kena sentiasa kuatkan diri”

Yep, 100% aq menyokong statement baba. Sebab dalam kehidupan kita perkara paling susah yang kita perlu buat adalah memilih. Kadang-kadang dia akan jadi sangat mudah dan kadang-kadang akan jadi sangat susah. Contoh paling senang, bangun pagi. Kalu ikutkan nafsu,sah tamaw bangun. Tapi kalu ikut akal dan kewajipan, bangun, pergi mandi, solat Subuh. Setiap kali azan, itulah perang terbesar. Nak solat dulu ke nak makan? Nak solat dulu ke nak sambung study? Nak solat dulu ke nak…..? Macam-macamlah dalam kepala tu dok berperang.

Memandangkan usia aq dah mencecah 19-10+9 tahun, versus dalam diri tengah di klimaks kehidupan aq. Bermacam-macam perkara sentiasa bergolak  dalam fikiran aq. Memang ade sorang member ni sokmo kabor

“Jangn fikirkan masalah tapi fikirkan cara selesaikan masalah. Fikir pasal masalah, sampai bila pun takkan selesai”

Terima kasih la member tu atas peringatan. Contoh paling senangla, soklan matematik satu campur dua. Kalu kita dok sibuk pikir satu tu ape, dua tu ape, sampai bila pun takkan dapat jawab soklan tu. Daripada dok sibuk mikir pasal ape itu satu, ape itu dua, baik cari jalan satu campur dua dapat apa.

Senang citer macam nilah, ke mana-mana kita pergi, ade aje masalahnya. Cuma kadang-kadang ada orang dia jenis suka pikir masalah (mcm orang tu la…=p), ade pula yang jenis buat dono je. Lagi-lagi kalu masalah tu remeh. So, memandangkan member aq dah masuk entah berapa juta kali berpesan begitu, aq tengah dalam versus untuk mengurangkan beban memikirkan benda-benda yang tak patut. Terima kasih!

Versus aq ni bukanlah untuk sape-sape tapi untuk diri sendiri. Almaklumlah, ade member tu pesan,

“Life is only once, dont make a choice that make your life dull”

Terima kasih juga buat member yang memberi pesan itu. Versus dalam diri adalah untuk diri aq sebab apa-apa yang berlaku dalam kehidupan aq adalah atas pilihan aq sendiri. Bukan pilihan sape-sape dan bukan atas paksaan dari sape-sape. Dalam tengah versus ni, jujur aq maw cakap, ade masa aq rase tak larat. Susah sangat. Sampai ade rase maw aje angkat bendera putih. Tapi ade mase aq rase sangat kuat. Tamaw kalah. Kalu kalah, tak nak mengalah! Hehe. Buat masa sekarang ni, aq terasa sangat lemah. Atas kata-kata yang diucapkan oleh sorang membe, membuatkan aq rase aq tak kuat. Bukan sebab dikutuk atau diperli atau disindir, kata-katanya terlalu banyak membuatkan aq berfikir. Menyebabkan aq nak berjuang tapi tak cukup kuat. Menyebabkan aq terasa masih banyak kekurangan diri. Menyebabkan aq terasa teramat payah mencari kekuatan diri. Kalu tunggu kekuatan tu datang, memang susah, kena jugak cari. Tapi itulah yang susah.

Hurm. Peperangan dalam diri adalah peperangan terbesar sekali. Itu satu kepastian.

 

 

p/s: buat member gua yang sokmo pesan macam2 timekasih byok deh!