Carian

Memaparkan catatan dengan label food. Papar semua catatan

Buffet Ramadan Dengan Pemandangan Cantik Tahun 2023!

Alhamdulillah, untuk tahun 2023 kita masih merasa kedatangan Ramadan. Hari ini sudah genap seminggu berpuasa dan semoga semangat awal Ramadan masih ada serta berkekalan sampai penghujung Ramadan.

Untuk Ramadan kali ini, azam terbesar aku adalah untuk kurangkan membeli belah terutama dalam waktu bulan Ramadan. Makanya, masuk sahaja Januari 2023 dah mula misi mencari kain dan menghantar kepada tukang jahit untuk mula jahit. Rezeki tahun ini, kami sekeluarga tempah 2 pasang baju raya setiap seorang. Satu set sedondon dengan keluarga aku, dan satu set lagi sedondon dengan keluarga mertua.

Sebelum ini, biasanya tempah sepasang sahaja dengan keluarga mertua. Sebabnya keluarga mertua memang setiap tahun akan tempah baju. Cuma kali ini, mak aku ambil keputusan nak guna kain ela (hadiah daripada mak saudara aku beberapa tahun lepas) untuk buat baju. Kain ela yang diberi ada hampir 20meter. Jadinya, alang-alang jadikan sahaja baju raya terus.

Itu azam bahagian shopping. Azam lain dalam bulan Ramadan adalah untuk kurangkan makan di luar dan banyakkan masak di rumah. Cuma, aku ni manusia jenis suka makan buffet. Tak kisah bulan Ramadan ke bukan, aku memang gemar pergi buffet. Paling aku suka adalah breakfast buffet. (Lepas tu komplen berat naik).

Kebetulan pula, aku ada jumpa satu dewan baru sekitar kawasan Sungai Ramal yang buat buffet ramadan dengan harga yang pada aku berpatutan dengan hidangan dan tempat. Dewan MZ Fountain Hall. Pernah dengar nama dewan ni? Kalau korang pernah dengar MZ Garden Hall atau MZ D'Tasik Hall, ini kira adik-beradik diorang. Semuanya di bawah MZ Catering.

Walaupun lokasi MZ Fountain Hall agak secluded, aku suka sebab bebas kesesakkan. Tambahan pula dengan view dewan ini yang sangatlah cantik, memang padan dia duduk special begitu. Buat masa sekarang aku perasan lokasi dalam Google masih belum ada lagi. Kalau cari MZ Garden Hall atau MZ D'Tasik Hall memang akan jumpa. MZ Fountain Hall sahaja belum jumpa.

Buffet Ramadan 2023 Sungai Ramal Selangor

Krave Koffee : Kopi Premium Dihantar Di Depan Rumah

 Assalamualaikum dan hai!

Wah, semalam dah keluar berita yang PKP akan bersambung sehingga 18 Februari. Tiba-tiba terngiang-ngiang pula lagu PKP baru tu.

"Dimulakan dengan dua minggu, disudahi dengan berminggu-minggu"

Siapa yang menyanyi secara tak sedar bila baca lirik kat atas tadi. Baik mengaku.

Ok, alang-alang PKP dah sambung, rasanya rata-rata yang kena bekerja dari rumah nampak gaya akan bersambunglah bekerja dari rumah. Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi bagi aku hampir setiap pagi aku akan buat satu minuman panas sebagai pemula hari untuk buat kerja. Walapun bekerja dari rumah. (ehem, aku kerja dari rumah dah lama) Kalau setiap hari buat Milo, Nescafe, Coffee 3-in-1 boleh jadi muak juga. Sesekali ada juga nak merasa kopi premium.

krave koffee

CookiesVibe: Bukan Biskut Biasa

Assalamualaikum dan hai.

Adakah tahun ini kita akan beraya dalam PKP lagi macam tahun 2020? Hanya Allah yang tahu.

Aku rasa bukan aku seorang yang masuk tahun 2021 aku dah bersedia dengan macam-macam perkara untuk teruskan kehidupan. Aku tak pasti sama ada PKP kali ini sebenarnya menghentak atau tidak sebab memang tanda-tanda dah banyak nampak.

Tak apalah, untuk entri kali ini aku bukan nak berceloteh pasal PKP. Aku nak cerita pasal biskut raya. Maklumlah tahun ni raya awal sikit. Tak kisahlah raya dalam PKP ke tidak, biskut raya tetap kena ada kan? Hehe.

Awal tahun baru 2021 hari tu aku ada pergi showroom satu brand biskut tempatan. Dapat berjumpa dengan owner dan berborak sakan sampai lupa masa yang berjalan. Banyak benda yang aku dapat dan terasa nak kongsi dengan korang.

cookiesvibe biskut raya premium