Carian

Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan

Deko rumah: Pasang Wallpaper

Masa musim PKP hari tu, rasanya wall facebook dan feed twitter penuh dengan masing-masing bercerita transformasi bilik dan rumah. Maklumlah bosan sepanjang PKP. Tahu-tahu beli macam-macam barang online dan sempatlah masing-masing hias bilik dan rumah. Kami terbalik. Dah habis musim PKP ni baru nak sibuk-sibuk buat deko-deko. Baru lah tukar perabot, susun atur semula rumah dan sebagainya.

Entri kali ni nak cerita pasal pasang wallpaper. Kami pasang wallpaper di rumah mak. Sebabnya nak mengecat malas dan kali ini nakkan kelainan. So, jom baca apa yang berlaku sepanjang proses kami pasang wallpaper.

pasang wallpaper sendiri

K-Drama Menggamit Memori : Reply 1988

Akhirnya selepas berbulan-bulan aku berjaya juga habiskan K-Drama yang bertajuk Reply 1998. Sebenarnya pernah nampak dah dekat TvN ada tayang tapi tak pernah terfikir pun nak tengok sebab ingatkan dia K-Drama yang biasa yang penuh dengan cinta cintun tu. 

Kalau korang yang layan K-Drama mesti tahu sebelum ni dah ada Reply 1997 dan Reply 1994. Kesemua siri Reply ini tidak saling berkait. Adik aku yang bagitahulah. Dia yang rekomen suruh tengok Reply 1988. Aku mula-mula layankan aja tapi sebenarnya best juga! Menggamit memori sebenarnya.

kdrama reply 1988 must watch

Sebenarnya apa yang membuatkan aku menulis entri pasal Reply 1988 semestinya bukan sebab temanya yang nostalgik sahaja tetapi juga intipati daripada drama tersebut yang buatkan aku masih lagi terbayang-bayang.

Dropship: Alternatif Bisnes Tanpa Perlu Stok

Semenjak PKP berlangsung, aku rasa rata-rata ramai antara kita yang terkesan. Cerita orang diberhentikan, syarikat bankrap, putus punca rezeki dan macam-macam. Secara ekonominya, semua orang termasuklah negara Malaysia sendiri terkesan. Sejujurnya aku nampak ramai kawan-kawan mula menjebakkan diri dengan bisnes secara kecil-kecilan, tidak kiralah sama ada jadi dropship ke jadi agent ke atau pun jadi stokis. Bak pepatah Melayu ' hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Dan aku percaya orang Malaysia ramai yang bersikap 'hendak seribu daya'. Kenapa aku kata begitu, sebab ramai tahu sejak PKP pembelian atas talian meningkat dan ramai menggunakan peluang ini untuk menjana pendapatan, tidak kira sebagai pendapatan pertama mahupun pendapatan kedua.

dropship malaysia

Pengalaman Buat Exam Online

Assalamualaikum dan hai,

Dah Julai dah rupanya! Punya lama PKP berlangsung, aku terasa Julai macam Januari. Tapi dalam tak sedar, sepanjang PKP sejak Mac hari tu, aku dah buat kelas secara atas talian sehingga boleh buat exam final untuk pelajar-pelajar secara atas talian. 

Sebenarnya aku sendiri tak percaya. Masa dapat tawaran kerja hari tu, belum mula pun lagi PKP ni. Dan tiba-tiba kena buat pembelajaran atas talian. Haru biru juga sebenarnya. Boleh pening kepala sambil uruskan rumah, sambil uruskan anak-anak, sambil itu juga nak buat kelas. Alhamdulillah encik suami sangat sangat membantu.

Peperiksaan yang aku buat berlangsung pada minggu kedua Mei 2020 hari tu. Aku sebenarnya jadi part time tutor untuk pelajar dalam program persediaan ke Rusia. Hehe. Rezeki dapat menyumbang serba sedikit bakti. Sambil tu asah balik bahasa Rusia sebab silibus guna buku teks Rusia. Dan of course dapat berkongsi cerita dan pengalaman dengan adik-adik.

Buat quiz guna Google Form untuk anak-anak

Assalamualaikum dan hai!

Tak lama lagi insyaAllah PKP akan tamat(?). InsyaAllah. Diharapkan dapat tamat dengan jayanya. Lebih sebulan kita semua berkurung dalam rumah, demi keselamatan diri sendiri dan juga negara. Siapa yang selalu baca blog, mesti tahu yang sejak bermulanya PKP pada 18 Mac 2020, anak sulung aku, Wildan dah selamat berada di kampung bersama neneknya. Maksudnya dah sebulan lebih ni jugalah kami tak bersua muka melainkan atas talian melalui video call. 

Walaupun PKP berlangsung, pihak sekolah Wildan tidak mengambil kesempatan untuk mengabaikan anak-anak didik mereka. So, sebaik sahaja cuti sekolah bulan Mac tamat, memang cikgu-cikgu buat follow up untuk revision dengan anak-anak. Wildan tak ketinggalan. Cuma, sejak masuk bulan Ramadan memang cikgu bagitahu tidak ada kelas melainkan kelas bacaan seminggu 2 - 3 kali. Kalau tidak, setiap hari cikgu dia buatkan quiz dan bagi link pada ibu ayah untuk anak-anak jawab. So, bila quiz dari cikgu dah tak ada, nak tak nak Ummi nya kena belajar buatkan. Dengan menggunakan Google Form sebab dah ada account Google kan. Hehe.

Sebenarnya aku memang seratus peratus amatur dalam bab ni. Belajar semua atas talian dengan Google dan blog-blog yang ada. Semuanya dalam masa sehari. Dapatlah buat satu quiz untuk Wildan. Aku cuba sebaiknya untuk buat satu quiz yang menyeronokkan dan tidak terlalu berat untuk Wildan. 

So, aku nak kongsikan sikit apa yang aku dapat sepanjang buat quiz menggunakan Google Form. 

buat quiz guna google form

Pantri Makanan #AyamWithYou

Assalamualaikum dan hai!

Wah, tak sangka dah masuk Jun. Aku pun baru sedar rupanya dah Jun. Punyalah lama terperap dalam rumah. Walaupun aku hanya duduk di rumah, setakat ni tak banyak benda terjejas. Alhamdulillah. 

Tapi kan, sebenarnya ada sesetengah orang, terputus bekalan makanan, terputus punca rezeki. Pilu hati bila baca berita mereka-mereka yang diberhentikan kesan dari PKP ni berlangsung. Susah kita, adalah lagi yang lebih susah.

Oleh itu, pihak Ayam Brand telah melancarkan satu Kempen Komuniti Penyayang 2020 untuk serata Malaysia. Kempen Komuniti Penyayang ini, atau dikenali sebagai Food Pantry Campaign mengenengahkan satu usahasama rakyat untuk saling membantu.

Set Aktiviti Aidilfitri untuk anak-anak

Assalamualaikum dan hai!

Dah seminggu dah rupanya kita beraya. Masih ramai yang memuat naik gambar-gambar raya. Dan ada juga yang baru sempat beraya kerana kesibukan bekerja pada hari raya pertama. Apa-apa pun, SELAMAT HARI RAYA. Kita masih lagi dalam bulan Syawal kan?

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum, kali ini raya kita cuma sehari. Tiada jemputan rumah terbuka, tiada ziarah-menziarahi sampai melimpah rumah, tiada traffik sesak di lebuh-lebuh raya. Kerajaan cuma membenarkan sambutan raya diadakan dengan sehabis sederhana dengan maksima 20 orang dalam satu rumah.


eid printable - aktiviti raya

Cov-Eid 2020 : Berbeza Tetapi Bermakna

Assalamualaikum dah hai!

Alhamdulillah dah selamat kita semua menempuhi hampir 70 hari PKP bersama Ramadan dan akhirnya Syawal telah tiba!

Kita berkurung sejak sebelum masuk Ramadan, sepanjang Ramadan dan akhirnya beraya juga dalam PKP. Satu pengalaman yang sangat sangat luar biasa. Bagi aku yang baru hidup 28 tahun, inilah kali pertama beraya begini. Sama juga buat Ummi dan Baba yang sudah hidup 52 tahun pun merasakan inilah pengalaman pertama mereka.

Tahun ini, ramai yang berkongsi pengalaman beraya di rumah dari seawal pagi, solat raya, khutbah raya dan akhirnya berakhir dengan sesi raya secara atas talian melalui panggilan video. Sangat lain dari biasa.

Apa yang berbeza tapi bermakna untuk raya Cov-Eid 2020 ni?



Kempen Menderma Bersama Vit's

Assalamualaikum dan hai.

Semenjak kes penularan wabak Covid-19 berleluasa ke seluruh dunia, banyak syarikat mula mengambil inisiatif untuk membantu memberi sumbangan kepada merea yang memerlukan dan juga kepada barisan hadapan negara yang bertarung tenaga dan nyawa. Tak ketinggalan,  Vit's Makanan juga ada melibatkan diri secara aktif. Baru-baru ni, Vit's Makanan ataupun Vit's Food telah melancarkan satu kempen bantuan derma PPE untuk Hospital Kuala Lumpur. Kalau korang nak tahu, jenama Vit's ni sebenarnya dah bertapak di Malaysia sejak tahun 1975. Kebanyakan rangkaian makanan Vit's adalah mee segera. Aku paling suka beli yang macam maggi tu. Ada yang jenis tebal dan ada yang jenis halus. Sempena PKP ni boleh cari rangkaian produk Vit's Makanan secara online melalui Shopee sahaja.

Tahu tak, sejak perintah kawalan pergerakan diumumkan pada 18 Mac2020, pihak Vit's Makanan telahpun membuat rangka pelan untuk membantu masyarakat sebagai membalas jasa rakyat Malaysia yang telah meyokong produk mereka sejak 1975. Antara aktiviti yang dijalankan adalah agihan makanan kepada barisan hadapan negara seperti kepada pihak polis, pegawai bomba dan juga pusat kawalan Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. 

Aktiviti bersama anak sepanjang PKP

Assalamualaikum dan hai!

Awal bulan hari tu, sempat kongsikan resepi yang kami sekeluarga cuba sepanjang PKP yang berlangsung bermula 18 Mac hingga 14 April 2020 (InsyaAllah akan ada versi no 2). Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat duduk beramai-ramai sejak PKP diumumkan. Cumanya, anak aku yang sulung (Wildan) dah selamat balik Kerteh untuk cuti sekolah tempoh hari. Tiba-tiba keluar arahan kawalan pergerakan. Sudahnya tinggallah dia di sana bersama atuk nenek dan makcik pakcik dia. Alhamdulillah juga sebab keluarga mertua dapat berkumpul sekeluarga kecuali adik ipar seorang yang sedang berlaja di Shah Alam.

Dengan teknologi zaman sekarang ni, ada smartphone, ada akses internet, taklah susah sangat untuk berhubung. Hampir sebulan PKP ni, boleh kata setiap harilah bervideo call dengan anak seorang yang ada di Kerteh. Dia sihat, seronok dan baaaanyak aktiviti. Maklumlah ramai yang nak melayan.

Kembali pada tajuk entri kali ni, aku nak kongsikan sedikit aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat bersama anak-anak. Mungkin bersesuaian dengan anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah sebab anak aku ni baru 3 tahun lebih. Abangnya pun baru nak masuk 6 tahun. So, kebanyakkan aktiviti memang terhad untuk range umur 6 hingga 3 tahun lah.

aktiviti bersama anak di dalam rumah, indoor games, pkp, mco


Resepi Sepanjang PKP 2020

Apa khabar korang semua? Okay tak semua dekat 30 hari berkurung dalam rumah? Aku akhirnya keluar pada hari ke 25 untuk beli barang sebab lagi mudah bila aku sendiri yang pergi. Berdebar juga rupanya nak keluar. Daya imaginasi aku terbayangkan movie Zombieland. Ingatkan lenggang kat luar tapi tidaklah lenggang sangat. Over betul daya imaginasi.

Sepanjang PKP berlangsung, aku banyak habiskan masa dengan buat kerja dari rumah. Of course aku memang dah biasa buat kerja dari rumah. Sejak tahun 2016 lagi aku dah mula kerja dari rumah dengan bisnes dropship. Cuma kali ni meriah sebab semua orang kerja dari rumah. Dan Wildan pula masih lagi berada di Kerteh sebab pergerakkan antara negeri ditutup.

Untuk cerita pasal aktiviti sepanjang PKP atau pun proses pembelajaran anak-anak, insyaAllah aku akan tulis dalam satu entri lain, untuk entri kali ini, seperti yang tertulis pada tajuk, aku nak kongsikan resepi-resepi yang dicuba sepanjang PKP ini berlangsung. Tak kisahlah resepi yang viral ke tidak, boleh kata macam-macam juga kami adik beradik cuba.



Drama Realiti Melayu : Kampung People

Kali ini nak cerita lagi pasal drama Melayu yang trending awal tahun tempoh hari sampai buatkan ramai orang ketawa berdekah dan sedih bila drama ni sampai ke penghujungnya. Drama apa lagi kalau bukan drama Kampung People yang menggabungkan lakonan terbaik dari Rashidi Ishak dan Elly Mazlien bersama dua bakat baru.

Sebenarnya aku memang jarang nak layan drama Melayu yang malam-malam. Sama macam kes cerita Nur dulu, tahu-tahu dah tengah cerita baru sibuk nak layan. Siapa suruh malas layan drama. Kan melepas.

Kisahnya, aku tahu Kampung People trending viral dekat twitter sebenarnya. Ramai yang puji dan sukakan ketelusan dalam drama ni. Masa tu dah masuk minggu ke 2 tak silap. Adik aku siap ajak layan sekali walaupun tengok dekat YouTube je. Episod pertama sahaja dah buatkan aku rasa nak tengok lagi sebab gelagat dan lakonan selamba pelakon-pelakon ni buatkan aku terhibur.

kampung people


Jumpa barang baru di kedai preloved Jalan Jalan Japan!

Baru-baru ni aku dapat jemputan untuk datang ke majlis pra-pembukaan sebuah kedai preloved di KipMall Bangi. Dulu aku kenal KipMall ni sebagai Warta. Sekarang nama dah lain. So, kedai preloved ni sebenarnya sangat unik tau. Bukan macam kedai preloved yang biasa kita jumpa. Kedai ni namanya Jalan Jalan Japan. Haaa, dengar nama pun dah boleh agak kan barang macam mana yang korang boleh jumpa dekat sini. Semestinya barang dari Jepun! Dah nama pun kedai preloved, barang semuanya adalah preloved.


Cawangan Jalan Jalan Japan di KipMall Bangi adalah cawangan yang kelima selepas cawangan keempat di M3 Mall, Gombak. Jalan Jalan Japan mula buka cawangan pertama di One City Sky Park, Subang pada November 2016. Kemudian di 1 Shamelin Mall pada 2017 dan seterusnya cawangan ketiga di CentrePoint, Seremban pada tahun lepas.


KDrama SkyCastle yang menjentik pemikiran

Untuk entri kali ini, berbeza dengan yang biasa. Biasa update pasal anak, cerita review ataupun sekadar berkongsi pendapat. Kali ini nak cerita pasal satu drama Korea yang membuatkan aku tak beralih mata sepanjang menonton. Sebelum cerita pasal drama Korea ni, nak bagitahu siap-siap yang aku bukanlah kaki layan KDrama. Rajin layan Running Man je. Itu pun kalau rajinlah. Movie Korea pun tengoklah mana yang menarik perhatian. Tajuk drama ni Skycastle.

Macam mana boleh tertengok dengan tekun drama Korea ni?

Sebenarnya nampak dekat IG feed (instagram) Ustaz Hasrizal yang mengupas cerita ini secara ringkas dari sudut sistem pendidikan Korea yang agak serupa dengan sistem di Malaysia. Termasuk juga dengan mindset dan budaya yang ada di Malaysia. Terus bagitahu suami, dan dia siap pergi tengok sorang sampai habis dulu. Suami memang bagitahu cerita ni padat dan sarat dengan mesej. Hampir setiap satu episod tu ada mesej. Serius geram dan teruja nak tengok tapi tahulah kan drama Korea bukan macam drama Melayu yang hanya 30-40 minit. Satu episod boleh sejam setengah! Sejam setengah tu banyak benda nak buat tau.


KDrama SkyCastle Review

Pesta Kopi di Malaysia Coffee Fest 2019

Assalamualaikum dan hai!

Hujung bulan lepas (27 Julai 2019) aku dapat jemputan untuk hadir ke Malaysia Coffee Fest 2019 yang belangsung di One Utama Shopping Centre. Malaysia Coffee Fest ni berlangsung bermula 25 Julai hinggalah 27 Julai 2019. Memandangkan hujung minggu je senang nak datang, aku datanglah 27 Julai walaupun tahu manusia akan penuh yang amat.

Sejujurnya aku bukanlah hantu kopi ataupun #coffeeaddict sangat pun. Tapi kalau pergi cafe memang aku akan pilih kopi. Waktu belajar kat Rusia, aku suka beli latte. Sejak ada anak ni jarang sikit nak beli sebab budak-budak ni suka sangat nak kongsi air umminya. So, kena kurangkan minumlah.

Berbalik pada cerita Pesta Kopi di OU tadi, Malaysia Coffee Fest 2019 ini diaturkan oleh Conference and Exhibition Management Service (CEMS) cawangan Malaysia bersama Malaysia Specialty Coffee Association (MSCA) dan Cafe Owners Alliance, Malaysia (COA, My). Dan sepanjang pesta ini berlangsungnya pertandingan antara barista yang disusun oleh Barista Guild Asia (BGA).

Malaysia Coffee Fest 2019


Kenapa aku rasa drama Nur 2 patut ditonton?

Jarang aku nak menulis pasal movie atau drama. Lagi-lagi kalau cerita melayu. Sebab aku tak layan sangat. Banyak sangat fantasi dan kadang-kadang tak ada isi, lebih kepada nak puaskan hati rakyat Malaysia. Tapi, untuk drama Nur (Nur 1 dan Nur 2) memang aku ikut terjebak menonton sejak musim yang pertama, Nur 1, sampailah keluar musim kedua, Nur 2.

Awalnya aku tak layan juga drama Nur. Aku memang sebelah malam mana tengok TV. Nak pula bulan puasa masa tu. Lepas isya' kemas rumah, layan budak-budak dan paksakan tidur. Aku jadi tertengok sebab kecoh dekat media sosial pasal netizen mengamuk babak Ustaz Syed Hamadi melanggan pelacur. Masa tu babak tu memang aku tengok dekat rumah Ummi. Tak tahu pula esoknya kecoh netizen marah sebab babak macam tu seolah-olah menghina status ustaz. Adik aku pulak, bersungguh rekomen aku tengok cerita Nur sebab katanya cerita tu padu. Masa tu dah lebih 10 episod bersiaran. Serius rasa malas nak layan, nak kejar lagi.

Memandangkan kecaman netizen sangat heboh, suami ajak aku layan drama Nur. Nak tahu juga part mana yang director menghina status ustaz. Kena tengok dari awal untuk faham karekter ustaz tersebut. Maka kami memang berkejaranlah menonton drama Nur. Masa tu, memang nampak setiap episod ada mesej yang sangat dalam. Mulut aku jadi becok bercakap sambil tengok cerita sebab berbincang dengan suami intipati daripada drama. Kena tengok dengan mata hati, tak boleh tengok dengan emosi. Sebab setiap babak dan dialog ada isinya.

Intisari Nur 2