Carian

First Impression: Mary Kay Microdermabrasion Set

Assalamualaikum dan hai!

Untuk siri First Impression kali ni, aku nak kongsikan pengalaman pertama kali guna set Microdermabrasion dari Mary Kay. Bagi yang mengenali produk Mary Kay atau memang pengguna Mary Kay mesti dah tahu set ni baru bertukar wajah yang lebih moden dan cantik!

Set Microdermabrasion ni ada dua produk: Microdermabrasion Refine dan Pore Minimizer.

Bagi yang tahu, kulit aku jenis berminyak. Orang kulit berminyak ni biasanya pori-pori besar, senang naik bintik hitam (blackhead) dan juga jerawat pasir (whitehead). Dan memang inilah keadaan kulit aku yang sebenar. Pori besar memang tak boleh buat apa melainkan dengan penjagaan yang betul dengan produk yang betul. Yang whitehead blackhead pun kalau guna produk yang betul dengan cara yang betul dapat dikurangkan penampakkan mereka.

So jom, kita tengok dulu apa sebenarnya set Microdermabrasion Mary Kay.

microdermabrasion mary kay


Cara buat video grafik dengan Microsoft Power Point

 Assalamualaikum dan hai!   

InsyaAllah untuk entri kali ini nak sambung cerita pasal Microsoft Power Point. Bagi yang pertama kali datang menyinggah di sini, jemput baca dulu entri pertama berkaitan Power Point. Dalam entri tu, ada mengupas cara-cara untuk buat grafik atau info grafik (yang statik, bukan video) dengan menggunakan Power Point.

So, berbalik pada tujuan utama entri kali ini, aku nak kongsikan sedikit tentang cara buat video grafik menggunakan Power Point. Bagi mereka yang biasa dengan Power Point mesti tahu kan sebenarnya baaaanyak sangat yang kita boleh buat dengan Power Point.

Zaman sekarang ni, orang nak tengok video. Daya fokus manusia pula tak lama. Dalam 30 saat ke satu minit sahaja. Nak orang tengok content, kena tarik pehatian dalam 5 ke 10 saat pertama dia menonton. Hatta video 10 saat pun boleh viral kalau orang suka tengok. 

Seiringan dengan zaman, selain aku belajar sendiri cara buat infografik dengan Power Point, aku belajar juga cara buat video grafik untuk marketing.

cara buat video dengan power point

Pengalaman Terbitkan E-Book Pertama

 Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Akhirnya cita-cita masa aku sekolah menengah tercapai dah! Nak keluarkan satu buku dengan nama SlumberLady kat depan. Hehe. Kalau korang nak tahu, nama Slumberlady sebenarnya satu nama yang aku cipta sendiri masa aku umur 14 tahun dan entah macam mana nama tu melekat sampai sekarang.

Asalnya, nama Slumberlady ni aku banyak gunakan sebagai nama atas talian. Masa zaman Friendster, MySpace, haaa inilah nama yang aku gunakan. In fact kalau korang perasan, nama IG aku pun @slumberlady. Masa aku buat akaun Instagram lebih kepada nak edit gambar dan masa tu aplikasi Instagram antara rating yang tinggi. Dengan ada preset filter, sangat membantu aku. Tak sangka rupanya benda tu media sosial. Hiks.

Okay. Sampai situ sahaja kisah pasal nama Slumberlady. Jom, kita berbalik kepada pengalaman pertama dapat terbitkan e-book dengan Ukiyoto Publishing.

pengalaman tulis ebook

Tips Pilih Cili dan Tomato

 Assalamualaikum dan hai!

Selepas sekian lama kebuntuan untuk tulis, kali ini aku nak kongsikan sikit pasal membeli belah terutamanya barang dapur. Hehe.

Siapa yang memang follow instagram aku, dan rajin menonton IGStory mesti perasan sejak PKPB ni aku banyak berkongsi pasal pemilihan sayur-sayur. Setakat hari ini aku dah kongsikan cara pilih cili, tomato, kobis, brocolli dan terbaru pasal capsicum.

Cuma untuk entri kali ini aku terhadkan kepada dua sahaja : CILI dan TOMATO sebab aku rasa dua bahan ni antara barang wajib topup bila pergi grocery. Lagipun banyak sangat pun tak seronok kan. Nanti yang lain kita share dalam entri yang lain pula okay. 

tips pilih sayur