Carian

EZDuit E-Voucher : Bayar Sedikit Untuk Yang Banyak

Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah sedar tak sedar kita semua berjaya melepasi fasa PKPB. Dan secara rasminya PKPP dah pun bermula! Yeay, dah boleh rentas negeri.

Walaupun keadaan kita nampaknya sudah kembali seperti biasa, sebenarnya langkah-langkah berjaga-jaga masih perlu diamalkan. Sekarang kita panggil 'norma baru'. Nak masuk kedai kena buat catitan, balik rumah terus mandi atau pakai hand sanitizer, jarak 1 meter bila berurusan di khalayak ramai dan banyaklah lagi. 

Selain tabiat-tabiat baru yang dinyatakan, satu lagi norma baru yang sedang meningkat iaitu urusan atas talian. Ada pembelajaran atas talian. Ada jual beli atas talian. Dan yang paling tinggi meningkat adalah pembelian barangan secara atas talian! (Online shopping). 

eatzeely superez
Aku nak kenalkan satu laman sesawang baru. Namanya Eatzeely. Ada jual barang basah, ada juga jual menu untuk makan. Ada dua-dua sekali gus.

Sebelum aku cerita pengalaman 'shopping' di Eatzeely, mari aku kenalkan dulu apa itu Eatzeely.
Eatzeely merupakan satu platform F&B dan peruncitan yang memberikan peluang peniaga dan kedai-kedai tempatan untuk berniaga secara atas talian. Melalui Eatzeely, para pelanggan akan dapat membeli dari pelbagai kedai yang berbeza di bawah satu platform. Bagus kan bila ada satu platform macam ni. 

Ini laman sesawangnya: https://eatzeely.com/

Nak beli barang-barang dapur, boleh terus pergi ke Super EZ. Korang boleh dapatkan pelbagai barang dari pelbagai kedai tetapi dengan satu resit dan sekali penghantaran!

Di Eatzeely, mereka ada gunakan sistem EZDuit e-voucher. Kiranya beli voucher untuk memudahkan urusan masa check out nanti. Dan sekarang mereka ada tawarkan EZDuit e-voucher RM20 dengan harga RM15 sahaja! "Pay Less Get More"

ezduit e-voucher eatzeely


Macam mana pengalaman membeli di Eatzeely?

1. Pendaftaran akaun yang sangat mudah. 

2. Laman web tersusun; pilihan makanan dan barang mengikut kategori.

3. Proses 'check out' yang mudah dengan pilihan bayaran atas talian.

4. Kualiti produk yang memuaskan!

Sejujurnya, aku tak pernah beli buah secara online. Risau buahnya tak segar dan tak menepati citarasa. Tapi tengok buah-buah yang ada di Eatzeely memang aku jadi tergoda. Haha. Sudahnya aku beli 4 jenis buah yang jarang jumpa. Beli anggur, strawberry import, jambu air  madu dan juga plum import. Pihak Eatzeely memang maklumkan yang tempahan kita akan di proses dalam masa 3-5 hari bekerja.


Aku ni jenis suka lupa bila dah beli online. Bila buah ni sampai aku macam pelik. Sebab dalam kepala tak teringat langsung ada order 3 hari sebelum tu. Haha. Memang teruja nak buka plastik buah. Teruja lagi bila tengok buah-buah semua segar! Anggurnya manis dan tak bercerai berai, jambu air tak lembik, plum pun masak ranum, strawberry pun semua elok.

Anak-anak memang pantang nampak buah. Lepas dah siap susun buah, diorang terus ambil buah plum seorang sebiji. Dimakannya sampai licin. Wah, memang sedap buahnya.


Aku sangat sarankan korang untuk pergi sendiri ke laman sesawang Eatzeely dan tengok sendiri pilihan-pilihan yang ada. Dan jangan lupa beli EZDuit e-voucher yang bernilai RM20 dengan harga RM15 untuk penjimatan dan mudahkan urusan pembelian.

Maklumat lanjut boleh terus ke laman sesawang:

Selamat bershopping!

7 ulasan

  1. 1st time dengar eatzeely. Nanti nak try

    BalasPadam
  2. Dapnya. Sis suka buah-buahan. Anak-anak pun jatuh suka.

    BalasPadam
  3. suka juga beli buah kat eatzeely.. mmg fresh..

    BalasPadam
  4. Wah berbaloi ni, bayar sikit dapat banyak

    BalasPadam
  5. Mesti bnayak buah2buahn dijual tu. Menarik. Nak usha la

    BalasPadam
  6. Banyak jimat ni...terbaik lah...ada e voucher lagi best shopping

    BalasPadam
  7. Senang sekarang beli barang basah online je

    BalasPadam

Komen