Carian

Orgga Malaysia : Produk Kecantikan Tempatan

Assalamualaikum dan hai!

Apa pandangan korang bila dengar pasal produk kecantikan buatan Malaysia atau lebih tepat kita panggil tempatan? Senang kata orang panggil local product. Adakaha negatif atau positif yang ada dalam fikiran korang?

Dulu, kalau dengar nama 'local product' memang aku agak skeptik. Mana tidaknya, saban tahun mesti ada keluar secara online senarai 'local product' yang ada bahan yang terlarang. Tambah pula ada sesetengah dikenali dengan nama 'produk timbang kilo'. Huish seram!

Sebenarnya, kalau nak tahu, ada je produk kecantikan tempatan yang tidak merbahaya dan mengikut standard procedure pembuatan. Ada je beberapa produk tempatan yang bagus. In fact, aku ada senarai produk tempatan yang aku nak cuba dan yang dah pernah cuba. Ada masa, mungkin aku boleh buat entri lain.



Jumpa barang baru di kedai preloved Jalan Jalan Japan!

Baru-baru ni aku dapat jemputan untuk datang ke majlis pra-pembukaan sebuah kedai preloved di KipMall Bangi. Dulu aku kenal KipMall ni sebagai Warta. Sekarang nama dah lain. So, kedai preloved ni sebenarnya sangat unik tau. Bukan macam kedai preloved yang biasa kita jumpa. Kedai ni namanya Jalan Jalan Japan. Haaa, dengar nama pun dah boleh agak kan barang macam mana yang korang boleh jumpa dekat sini. Semestinya barang dari Jepun! Dah nama pun kedai preloved, barang semuanya adalah preloved.


Cawangan Jalan Jalan Japan di KipMall Bangi adalah cawangan yang kelima selepas cawangan keempat di M3 Mall, Gombak. Jalan Jalan Japan mula buka cawangan pertama di One City Sky Park, Subang pada November 2016. Kemudian di 1 Shamelin Mall pada 2017 dan seterusnya cawangan ketiga di CentrePoint, Seremban pada tahun lepas.


Pasta Segera: Panasakan dan Makan!

Biasanya kalau tengah mood malas nak memasak lagi-lagi tengah malam, memang jawabnya makan maggi lah kan? Tak pun dengan teknologi sekarang yang ada Food Panda, Grab Food dan Dah Makan, banyak juga pilihan untuk korang beli kan? Cuma kalau nak cepat of courselah maggi. Tuang air panas, tunggu maggi kembang dah boleh makan. Sebenarnya selain maggi ada juga makanan segera yang lebih cepat dari maggi untuk korang makan waktu malas nak masak. Pilihan yang lebih sihat dan tiada MSG, tiada pengawet serta halal. Dan paling best tak perlu simpan dalam peti pun. Nak tahu apa dia? Pasta segera

Master Pasto: Instant Pasta


Kita jaga kita! - Movie Ejen Ali: Misi Neo

Assalamualaikum dan hai!

Hujung tahun ni rasanya ada baaanyak cerita menarik dekat panggung kan? Nak pula tengah musim cuti sekolah dan banyak movie kartun yang tengah ditayangkan. Memang penuh sentiasa rasanya panggung tu.

Tengah tahun 2019 hari tu dah bawa anak-anak pergi tengok movie BoboiBoy sampai aku yang mak ni terlebih teruja dan seronok tengok. Haha. Kali ni, kami plan nak tengok selepas aku habis persidangan akademik di Langkawi sebab aku nak fokus dulu dan sebenarnya nak ajak MakSu Amanda sekali.

movie ejen ali misi: neo
Credit gambar Google

Fungsi CC Cream Yang Terbaik Dari Hansaegee Nature

Assalamualaikum dan hai!

Nak tanya sikit, korang tahu tak antara langkah paling asas dalam penjagaan kulit adalah untuk memakai pelindung matahari? Atau nama bahasa Inggerisnya sunblock atau sunscreen. Sebenarnya, sebagus mana cara kita jaga kulit tapi kalau malas dengan satu langkah ni, memang susah nak dapatkan kulit yang ideal.

Memang pakai sunscreen atau sunblock ni leceh. Biasanya sunscreen ni buat kulit nampak macam berminyak sikit. Kemudian lepas dah pakai sunblock nak tepek bedaklah, foundationlah. Makin bertambah-tambah benda nak dipakai kan? Jadi rasa memang nak skip sangat sunblock ni.

Kali ni aku nak bagi satu pandangan peribadi tentang satu produk yang ada sunblock yang fungsinya 3 dalam 1.

cc cream hansaegee nature